ATTENTION !!!

Showing posts with label perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label perkhidmatan. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Panorama 360 Darjah

(Post: Bahasa Melayu)
" Hanya dengan satu klik, pelbagai maklumat dan informasi dari seluruh dunia boleh diperoleh melalui paparan skrin apabila melayari Internet. "

Dengan melayari sistem akses rangkaian maya global itu, pengguna tidak perlu lagi membuang masa dan tenaga untuk mendapatkan maklumat ataupun informasi dari sumber yang pelbagai.

Perkara itu dipermudahkan apabila kerana mereka dapat membuat carian maklumat di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai akses siber pantas.

Melalui dunia maya juga, pengguna boleh mencari variasi produk dan perkhidmatan yang diingini meliputi konteks luas seperti hospitaliti, kulinari, pelancongan dan peruncitan komersial.

Maka, tercetuslah cabang tumpuan yang lebih khusus iaitu pengenalan kepada bisnes perhotelan, restoran, pusat beli-belah, pemotoran dan bermacam-macam lagi mengikut keinginan pengguna.

Pengguna pasti akan lebih menghargai sesuatu maklumat itu sekiranya dapat merasai lebih daripada sekadar melihat gambar dan teks di paparan skrin.

Perincian sebenar sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka melalui alam maya dapat difahami dengan lebih menyeluruh sekiranya lebih banyak suntikan elemen pemasaran digunakan iaitu seperti audio, gambar, teks, visual bergerak.

360 darjah

Semua itu kini menjadi realiti apabila menggunakan kaedah fotografi realiti maya 360 darjah ditawarkan VR Panorama Studio yang ditubuhkan pada tahun 2009.

Kaedah terbaru itu dapat memberi gambaran sebenar sesuatu produk atau perkhidmatan sekali gus meninggalkan impak kepada pengguna.

Pengarah Pengimejan VR Panorama Studio, Jimin Lai, berkata, fotografi realiti maya 360 darjah boleh dianggap baru di negara ini tetapi ia sudah lama dipraktikkan di luar negara.

"Pada awal pembabitan dalam bidang ini, kami memahirkan diri dengan banyak menggunakan kaedah pembelajaran cuba-ralat untuk mendapat satu cara yang betul dan tepat."

"Selain daripada itu, kami juga banyak melakukan penyelidikan dan kajian mendalam terhadap fotografi realiti maya 360 darjah termasuk membuat rujukan melalui Internet," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Jimin menambah, penyelidikan dan kajian dilakukan untuk menambah pengetahuan mengenai peralatan, selok-belok teknik dan aplikasi sesuai diadaptasi dalam menghasilkan karya terbaik kepada pelanggan-pelanggan.

Katanya yang mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun dalam industri media tempatan dan antarabangsa, kesempurnaan serta kualiti tinggi dalam penghasilan karya ini amat penting demi memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.

"Kepakaran kami adalah dalam penghasilan panorama sfera (spherical panorama). Kaedah ini dapat memberi peluang kepada pengguna untuk melihat sesuatu produk ataupun perkhidmatan dari sudut 360 darjah."

"Ini bermakna pengguna dapat merasai pengalaman suasana sebenar malah boleh berinteraktif meskipun hanya melayari alam maya," ujarnya.

Dia merasakan kaedah tersebut mempunyai prospek yang tinggi sebagai medium pemasaran alam maya terutamanya dalam industri pelancongan, hartanah, hospital dan banyak lagi.

Rakaman sekeliling

Jimin berkata, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan sesuatu karya panorama sfera realiti maya 360 darjah tersebut.

“Antara proses utama yang perlu dalam penghasilannya termasuklah merakam imej dengan menggunakan peralatan sesuai seperti kamera, tripod dan lensa.

"Dalam hal ini, saya menggunakan lensa dan tripod yang diimport khas dari Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan lagi proses penghasilan sesuatu projek," katanya.

Sebelum menggunakan peralatan import tersebut, Jimin menambah, proses rakaman imej karya panorama sfera realiti maya 360 darjah amat rumit dan mengambil masa yang agak lama.

"Apabila masih baru dalam bidang ini, saya perlu merakam 24 keping imej dari sudut atas, tengah dan bawah malah perlu memastikan setiap imej tersebut selaras antara satu sama lain."

"Bagaimanapun, penggunaan lensa dan tripod yang diimport tersebut membolehkan saya merakam empat keping gambar sahaja sekali gus memudahkan lagi prosesnya," terang Jimin.

Selepas proses merakam imej selesai, imej-imej tersebut perlu dikemas kini sebelum menjalani proses cantuman.

Menerangkan lebih lanjut, Jimin memberitahu, proses cantuman memerlukan penggunaan perisian khas yang dibangunkan dari AS. Ia memerlukan pengguna mengetahui mengenai algoritma, pengiraan dan beberapa langkah lain untuk memastikan produk akhir kelihatan semula jadi.

Kemas kini

Selepas semua proses berkenaan selesai, Pengarah Teknologi VR Panorama Studio, Saseetharan V., akan mengemaskini karya panorama sfera realiti maya 360 darjah menggunakan perisian produksi.

"Kita akan memasukkan butang arah, logo, grafik dan sebagainya ke dalam antara muka karya tersebut semasa proses produksi."

"Ia dilakukan untuk memastikan pengguna bukan sahaja dapat menyelami sesuatu produk atau perkhidmatan dengan lebih mendalam tetapi merasai melalui paparan interaktif," ulasnya.

Saseetharan menambah, keistimewaan panorama sfera realiti maya 360 darjah yang dihasilkan mereka adalah ia boleh digunakan melalui pelbagai platform termasuk Apple Inc.

Katanya, kelebihan tersebut dapat digunakan pelanggan-pelanggan untuk mempromosikan produk ataupun perkhidmatan mereka dengan lebih meluas.

Cabaran

Dalam pada itu, Saseetharan memberitahu, kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang berlangsung di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya baru-baru ini merupakan salah satu cabaran hebat yang perlu mereka lalui.

"Kami perlu menghasilkan panorama sfera realiti maya 360 darjah dalam masa yang singkat. Hasil karya lebih sukar apabila membabitkan pergerakan kerana memerlukan penelitian yang tinggi."

"Bagaimanapun, kejohanan tersebut boleh dikatakan melakar sejarah tersendiri kerana ia merupakan siaran langsung realiti maya 360 darjah yang pertama pernah kami buat," katanya.

Sementara itu, Jimin menambah, mereka akan mengembangkan lagi sayap untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka.

Katanya, eksperimentasi melakukan panorama sfera realiti maya 360 darjah video juga giat dilaksanakan untuk memberi kelainan kepada pelanggan-pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk VR Panorama Studio boleh melayari laman web 360vrshots.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, June 16, 2011

Beli-Belah Gaya Doorstep Retails

(Post: Bahasa Melayu)
" Senario seperti kekangan masa kerana sibuk bekerja, menguruskan keluarga dan tuntutan harian yang memenatkan sudah menjadi asam garam kehidupan masyarakat kota hari ini. "

Itu belum ditambah lagi dengan masalah kesesakan jalan raya, kesukaran mencari parkir atau barisan di kaunter yang terlalu panjang.

Kerana itu, bukanlah menghairankan apabila budaya beli-belah barangan runcit warga kota hari ini semakin berubah.

Sambil duduk di rumah melayan anak-anak atau menonton TV, dengan satu klik di internet sahaja selepas beberapa jam barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.

Itulah antara perubahan gaya hidup dan budaya beli-belah yang dibawakan Doorstep Retails Sdn. Bhd.

Syarikat itu telah membangunkan laman web Doorstep dalam menawarkan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan keperluan harian rumah sehingga ke pintu pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ragavan P. Nair berkata, laman web berkenaan dibangunkan untuk memberi platform alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian rumah mereka.

"Kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai gaya hidup yang agak sibuk dan tidak mempunyai masa berkualiti untuk membeli barangan keperluan harian rumah mereka."

"Justeru itu, laman web ini akan dapat membantu memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi keluar rumah mendapatkan produk sebaliknya hanya melayari alam maya dan produk akan dihantar ke rumah atau pun pejabat," katanya kepada Kosmo!.

Pada mulanya, Ragavan menambah, laman web tersebut hanya menawarkan produk barangan korporat terutamanya dalam industri hotel, institusi kewangan, hospital, syarikat telekomunikasi dan televisyen.

Bagaimanapun, melihat sambutan yang diberikan segmen tersebut amat positif, ia telah dikembangkan kepada pasaran pengguna pada tahun lalu.

"Terdapat 5,000 produk pengguna manakala lebih 1,000 produk korporat pada harga kompetitif yang boleh dipilih pengguna apabila melayari laman web ini."

"Antara kategori produk yang ditawarkan kepada pengguna termasuk makanan sejuk beku, sayur-sayuran, buah-buahan, penjagaan diri, barangan runcit dan banyak lagi," katanya.

Selain daripada itu, dia memberitahu, terdapat juga kategori produk import daripada negara Jepun, Korea, India, Eropah dan Timur Tengah.

Katanya, produk-produk yang terdapat dalam laman web tersebut akan sentiasa dikemaskini secara berperingkat-peringkat untuk memenuhi permintaan pengguna.

"Saya juga berharap pembangunan laman web ini dapat membantu pengusaha industri kecil sederhana (IKS) tempatan."

"Ini kerana melalui laman web produk yang dihasilkan mereka dapat diperluaskan dengan lebih mudah dan berkesan," ujarnya.

Penghantaran setiap hari

Dalam pada itu, Ragavan menambah, pengguna hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM100 sahaja, manakala caj penghantaran pula dikenakan dari RM1 sehingga RM5.

Apa yang menarik tentang laman web itu katanya, pengguna boleh mendapatkan produk-produk tersebut setiap hari.

Buat masa ini, Ragavan memberitahu, penghantaran barangan hanya dilakukan di Lembah Klang.

Katanya, pengguna boleh menentukan slot masa penghantaran ataupun mengikut jadual dikeluarkan untuk memudahkan lagi pengguna dalam pembelian barangan secara dalam talian.

"Penghantaran akan dibuat dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bagi produk barangan pengguna. Penghantaran barangan korporat pula dilakukan dari pukul 9 hingga 6 petang."

"Pengguna boleh membuat bayaran menggunakan beberapa kaedah termasuk pembayaran secara tunai, kad kredit, kad debit atau melalui perbankan internet," ujarnya.

Laman web yang mesra pengguna itu hanya memerlukan mereka mendaftar secara percuma dan memilih produk serta masa penghantaran yang diingini.

Setiap kali tempahan dan penghantaran produk dilakukan, e-mel akan dihantar secara automatik untuk memudahkan semakan dilakukan mereka.

Sementara itu pengarahnya, Datin Shiamala Arumugam memberitahu, promosi turut diadakan setiap bulan untuk memberi faedah kepada pengguna.

"Melalui promosi ini pengguna akan dapat membeli produk pada harga istimewa sekali gus menguntungkan mereka dalam pembelian dalam talian."

"Kita akan sentiasa menukar produk promosi untuk memberi pilihan kepada pengguna dalam pembelian mereka," ujarnya lagi.

Dalam pada itu Shiamala berkata, terdapat beberapa kelebihan membuat pembelian dalam talian terutamanya produk barangan keperluan harian rumah.

"Ia membantu pengguna membuat perbelanjaan produk keperluan harian dengan lebih berhemah kerana terdapat harga dipaparkan dalam laman web berkenaan."

"Pengguna juga dapat membantu memulihara alam sekitar apabila penghantaran yang dilakukan tidak menggunakan beg plastik," katanya.

Ujarnya lagi, penjimatan penggunaan bahan api turut dapat dilakukan oleh pengguna kerana mereka tidak perlu memandu untuk mendapatkan produk sekali gus membantu mengurangkan pencemaran.

Katanya, pengguna juga dapat mengatur masa mereka dengan lebih mudah kerana tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan Ragavan menambah, dia bercadang mengembangkan lagi lokasi penghantaran ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

"Kita juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan kategori baru pusat beli-belah alam maya yang menawarkan pelbagai produk kepada pengguna," katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, May 21, 2011

Gubahan Hantaran Kimie's Creation

(Post: Bahasa Melayu)
" Jika sebelum ini tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi seorang penggubah hantaran tetapi selepas membantu kakaknya dalam menyediakan gubahan empat tahun lalu, minat dan kreativiti itu datang sendiri. "

Khaizuran Mohd Ali juga tidak menyangka apa yang tidak pernah diminatinya dulu kini dapat membantu memberikan pendapatan sampingan.

Sungguhpun memiliki pekerjaan tetap, apa yang dilakukan kini untuk memenuhi masa lapang.

"Saya menggunakan waktu di hujung minggu sepenuhnya untuk fokus membuat gubahan jika mendapat tempahan dan jika hari bekerja saya tumpukan kerja di pejabat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Indah Cheras, Kuala Lumpur.

Menurutnya, setiap gubahan disediakan memang ringkas tetapi memenuhi kehendak dan keinginan pelanggan terutama bagi mereka yang cuba untuk memperoleh hantaran yang memenuhi bajet perkahwinan masing-masing.

Tidak salah mendapatkan gubahan ringkas serta tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana apa yang penting adalah keikhlasan pemberian yang disediakan kedua-dua mempelai.

"Peruntukan bajet sangat penting kerana bagi saya jika tidak berkemampuan, bakal pengantin boleh memilih gubahan yang bersesuaian dengan apa yang mereka ada."

"Tidak dinafikan majlis perkahwinan sekali buat seumur hidup tetapi kita perlu realistik dan jangan membazir kerana masa masih panjang dan bukan hanya untuk hari itu saja," katanya.

Menggunakan laman sosial facebook memperkenalkan rekaan gubahan terbarunya, dia berkata, pada mulanya dia banyak membantu dalam menyediakan persiapan untuk keluarga terdekat dan rakan kerana ia lebih mudah.

"Malah, ada kalanya mereka menyerahkan 100 peratus kepada saya bagi mereka bentuk hantaran yang diperlukan," katanya.

CONTACT INFO:
Khaizuran binti Mohd Ali
Taman Cheras Indah, 56100 Kuala Lumpur

H/P: 013-2210143

Sumber: myMetro
Foto: Kimie's Creation

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, May 20, 2011

Rangkaian Kedai Emas Rosst Jewels

(Post: Bahasa Melayu)
" ROSST Jewels (M) Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang mengendalikan rangkaian Kedai Emas Rosst Jewels komited untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan apabila merancang membuka 10 lagi cawangannya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. "

Pengarah Urusannya, Mohammad Ruslan Mat Ramle berkata, setakat ini terdapat lima cawangan Rosst Jewels dan pihaknya memperuntukkan lebih kurang RM250,000 untuk membuka setiap satu cawangan baru dan ia tidak termasuk kos barangan.

Katanya, setiap cawangan selalunya memerlukan 10 kakitangan dan ia bergantung kepada saiz serta lokasi cawangan terbabit, namun lebih penting pihaknya akan memberi latihan serta bimbingan kepada pekerjanya mengenai emas dengan lebih terperinci.

"Kami memang akan melatih pekerja supaya mereka mahir mengenai jual beli emas dan paling penting selain mendapat pengalaman kami juga menyokong mereka yang ingin membuka kedai emas sendiri dan setakat ini sudah ada empat usahawan yang dibangunkan Rosst Jewels menerusi kakitangan kami sendiri."

"Mengenai cawangan baru, kami masih mengkaji serta memilih lokasi yang strategik, namun mengikut perancangan ia masih di sekitar Lembah Klang," katanya.

Menurutnya, sebagai menghargai pelanggan, Rosst Jewels juga selalu mengadakan jualan promosi sepanjang tahun dengan memberi harga yang sangat berpatutan kepada mereka yang ingin mendapatkan barang kemas.

Mohammad berkata, selain menjual semua jenis emas, berlian dan emas putih pihaknya turut menyediakan perkhidmatan membeli emas, surat pajak, menerima tempahan, cuci serta membaiki.

"Rosst Jewels juga sudah menjadi tempat utama untuk pelanggan yang ingin menjual atau menggadai barang kemas mereka untuk mendapatkan wang dan secara tidak langsung kami juga membantu mereka yang dalam kesusahan."

"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan kelas bagi membangunkan usahawan emas dan bersedia berganding bahu dengan mana-mana badan seperti PUNB dan Mara bagi menghulurkan khidmat serta pengalaman dalam perniagaan emas," katanya.

Sumber: myMetro

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, January 18, 2011

Virtual Mall Digital Mall

(Post: Bahasa Melayu)
" Perkhidmatan e-dagang yang semakin membangun memudahkan pengguna mendapatkan produk mereka secara talian dengan lebih mudah dan pantas. "

Sejajar dengan perkembangan e-dagang, Digital Mall yang merupakan milik SM Digital Mall Sdn. Bhd. telah memperkenalkan pusat beli-belah maya yang dikenali sebagai Virtual Mall.

Terletak di Petaling Jaya, Selangor, pelancaran Virtual Mall baru-baru ini diadakan bersempena ulang tahun keempat Digital Mall yang menjadi syurga digital bagi segala produk teknologi maklumat (IT), elektronik dan elektrik di Lembah Klang.

Pengarah Eksekutif SM Digital Mall Sdn. Bhd., Eric Seow berkata, semakin ramai pengguna di Malaysia gemar melakukan urus niaga dan pembelian dari rumah terutama yang melibatkan barangan menawarkan khidmat penghantaran disebabkan gaya hidup yang semakin sibuk.

"Mereka akan mencari jenama dan peruncit yang dipercayai seperti Digital Mall tetapi pada masa sama mereka tidak mahu keluar dari rumah atau pejabat dalam usaha mendapatkan perisian, perkakasan, aksesori atau peranti terkini."

"Dengan adanya Virtual Mall, kami ingin membawa pengalaman membeli-belah di Digital Mall kepada mereka yang tinggal di luar Lembah Klang," katanya.

Virtual Mall dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan Eric Seow di Digital Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Eric menambah, penyewa Digital Mall akan menyenaraikan produk jualan mereka dalam Virtual Mall itu sekali gus dapat mengembangkan jualan dan peluang perniagaan masing-masing.

"Penyewa akan mendapat manfaat kerana menyertai peruncitan maya di bawah satu bumbung bersama peruncit IT terkemuka dan langkah ini pasti memberi faedah kepada mereka kerana dapat memperluaskan serta meningkatkan lagi jumlah pelanggan mereka," ujarnya.

Pengguna yang ingin menggunakan Virtual Mall boleh membuat bayaran menerusi kad kredit Mastercard dan Visa yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atau antarabangsa.

Mereka juga boleh membuat bayaran menerusi debit akaun simpanan dan akaun semasa di bank-bank terpilih.

Barangan yang dibeli akan dihantar dalam masa satu hari bekerja untuk di kawasan-kawasan bandar dan bandar utama di Semenanjung Malaysia dan dua hari bekerja untuk Malaysia Timur.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, November 16, 2010

Direktori Orang Gaji

(Post: Bahasa Melayu)
" Berikutan permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia yang mencari khidmat orang tempatan untuk bekerja di rumah mereka secara harian, Syarikat Homeneed Services Sdn. Bhd. telah melancarkan laman web Orang Gaji sejak April tahun lalu."

Sejak itu, aktiviti mencari pemberi khidmat yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun yang tidak tahu menggunakan Internet giat dijalankan.

Menurut Pengarah Urusannya, Nazari Zain, peluang tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menganggur, suri rumah, ibu tunggal, pelajar lepasan sekolah atau sesiapa sahaja yang berminat menambah pendapatan sampingan.

"Antara kerja yang ditawarkan adalah seperti mengurus rumah tangga, menjaga kanak-kanak dan warga emas, mengurus wanita selepas bersalin, bidan atau tukang urut."

"Laman web itu juga menyediakan kerja-kerja untuk lelaki iaitu mengurus taman, mencuci bilik air, mencuci tangki air, membaiki perabot dan lain-lain kerja yang berkaitan," katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! baru-baru ini.

Kerja yang ditawarkan tidak memerlukan si pemohon berhijrah kerana pekerja akan ditempatkan berhampiran kawasan tempat tinggal mereka.

Ilham untuk membuka laman web Orang Gaji berkonsepkan direktori itu tercetus apabila Nazari melihat ramai orang muda yang menganggur selain permintaan pembantu rumah yang tinggi.

"Sambutan terhadap laman web ini sangat menggalakkan daripada majikan di seluruh negara tetapi ramai yang tidak faham cara ia beroperasi."

"Kami bukan agensi pembantu rumah tetapi menyediakan platform untuk majikan dan pemberi khidmat (PK) untuk mengiklankan diri mereka," jelasnya.

Caranya mudah, majikan hanya perlu mengiklankan keperluan mereka secara talian untuk disiarkan sama seperti iklan di akhbar. Bagaimanapun, mereka akan dikenakan bayaran minimum.

Sebaliknya, tiada bayaran dikenakan kepada PK.

"Majikan yang berminat kepada PK boleh terus menghubungi PK. Majikan yang mahu melihat profil PK juga perlu membayar yuran langganan."

"Kepada mereka yang kurang mahir menggunakan Internet, boleh mendaftar secara manual dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) nama dan alamat pada nombor 013-2582668 bagi mendapatkan borang untuk diisi secara manual," katanya.

Tambahnya, borang tersebut perlu dikembalikan pada alamat yang dinyatakan atau e-mel kepada info@oranggaji.com.

Buat masa ini, bilangan majikan jauh lebih tinggi berbanding jumlah PK yang berdaftar iaitu seramai 2,000 majikan berbanding 100 PK.

"Kami tidak menetapkan harga yang perlu dibayar oleh majikan terhadap khidmat PK. Ia terpulang kepada perbincangan antara majikan dan PK itu sendiri."

"Namun, kami sarankan PK supaya meletakkan kadar upah yang tidak terlalu tinggi bagi menarik perhatian majikan seterusnya memilih mereka," katanya.

Walaupun tiada sebarang garis panduan kepada majikan dan PK, namun pihaknya ada menitipkan pesanan buat PK seperti bertanggungjawab apabila menjalankan tugas, menjaga personaliti, kemas, bersih, menjaga keselamatan diri, elakkan perbalahan dengan majikan dan menerima upah secara tunai.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, November 3, 2010

Hotel Haiwan di Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra

(Post: Bahasa Melayu)
" Saat melangkah masuk ke dalam Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, kelihatan Gugu, Linux, Pipi, Lalita, Chelsea, Dina, Hana, Fiona, Oga, Bob, Beany, Finas dan Yona sedang berehat di dalam sangkar masing-masing. "

Ada yang bergurau senda, tidur, menjamu selera dan tidak kurang juga yang sedang bermalas-malas membersihkan diri sementara menunggu tuan masing-masing menjemput mereka pulang ke rumah.

Kesemua kucing tersebut didaftar masuk di situ kerana pemiliknya mempunyai urusan kerja atau bercuti panjang.

Menariknya, semua haiwan di klinik berkenaan akan mendapat kemudahan serta layanan yang sangat istimewa.

Malah, melengkapkan layanan kelas pertama tersebut, haiwan di situ diberikan khidmat rawatan kesihatan kerana doktor bertugas akan memantau tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

Seorang pengaturcara komputer di sebuah syarikat swasta, Nuraini Ibrahim, 23, mula menghantar kucing kesayangannya Ricky Bobo ke klinik haiwan yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor itu, sejak Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

"Saya akan menghantar Ricky Bobo yang berusia setahun setengah apabila ada tugasan luar dan ketika balik ke kampung beraya. Biasanya paling singkat Bobo menginap di sini selama dua hari dan paling lama dua minggu."

"Sebelum ini saya menghantar Bobo di tempat lain tetapi memandangkan pelbagai perkhidmatan ditawarkan di sini selain dikenakan caj yang berpatutan, saya lebih selesa di sini," katanya sambil mendukung Bobo seberat 5.2 kilogram (kg) itu.

Tambahnya, klinik tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan tetapi turut menyediakan perkhidmatan rawatan, grooming dan barang-barang keperluan haiwan. Pendek kata, segala-galanya ada di situ.

"Kos penginapan di sini RM12 sehari lengkap dengan penyediaan makanan selain ia dijaga oleh veterinar yang bertauliah," ujarnya.

Sementara itu, pemilik kucing jantan jenis Mancoon Mix, Mohd. Azhar Abdul Aziz, 29, sependapat mengenai caj yang dikenakan terhadap setiap pelanggan.

Pegawai Eksekutif yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran itu akan menghantar kucingnya bernama Ronaldo 'bercuti' ke situ apabila dia mempunyai tugasan di luar daerah mahupun bercuti.

"Paling lama pernah saya tinggalkan Ronaldo selama lima hari. Keadaan di sini selesa, jadi saya tidak risau jika tinggalkan Ronaldo lama di sini."

"Selain menggunakan perkhidmatan 'hotel haiwan'. saya juga membawa kucing ke sini untuk menjalankan rawatan rutin, suntikan vaksin, mendapatkan ubat cacing dan sebagainya," katanya.

Mohd. Azhar berpendapat pemilik kucing dulu dan kini sangat berbeza.

"Kini, mereka lebih mampu membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan memandangkan klinik-klinik haiwan sudah banyak dibuka," ujarnya.

Empat cawangan hotel kucing

Pemilik Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Dr. Wan Ahmad Kusairy Wan Sulaiman, 45, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang veterinar memberitahu, sebelum haiwan didaftar masuk, keadaan mereka diperiksa dan diberikan suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum diberikan lampu hijau untuk menginap di 'hotel'nya.

"Pemeriksaan awal perlu bagi mengelakkan penyakit berjangkit dengan kucing-kucing lain yang menginap di tempat yang sama. Jika didapati kucing itu tidak sihat, ia akan dikuarantin di bilik khas."

"Jika kucing tersebut sakit selepas pulang dari tempat ini, pemilik mereka boleh mendapatkan rawatan tanpa dikenakan sebarang caj," katanya yang sebelum ini berkhidmat dengan Institut Haiwan Kluang, Johor.

Wan Ahmad merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran Perubatan Veterinar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) menubuhkan kliniknya sendiri pada tahun 2008 di Bangi turut menyediakan asrama untuk haiwan lain seperti arnab, hamster, iguana dan kura-kura.

Caj yang dikenakan ialah RM12 untuk sangkar standard dan RM15 untuk sangkar yang lebih besar. Caj tersebut merangkumi kos penginapan dan makanan sahaja.

Permintaan tambahan daripada pemilik kucing untuk mandi dan grooming akan dikenakan caj tambahan.

Menurutnya, kebiasaannya 'bilik' kucing di kliniknya habis ditempah pada musim perayaan terutamanya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Baru-baru ini, kliniknya menjaga lebih kurang 500 ekor kucing di empat buah cawangan kliniknya iaitu di Seksyen 7, Bangi; Presint 15, Putrajaya; Saujana Impian, Kajang dan Taman Seri Serdang, Seri Kembangan.

Angka tersebut meningkat sebanyak 100 ekor berbanding 400 ekor tahun lalu dan setiap kali raya, Wan Ahmad menghabiskan hampir RM15,000 untuk membeli sangkar-sangkar baru untuk keselesaan 'tetamunya', malah sangkar-sangkar lama pula akan dijual pada harga istimewa.

"Paling singkat pemilik haiwan menghantar haiwan kesayangan mereka ke sini adalah empat hari dan paling lama pula lebih dua minggu. Sambutan yang menggalakkan menyebabkan saya tidak hanya membuka perkhidmatan penginapan pada musim perayaan sahaja, malah turut membukanya untuk musim haji dan cuti sekolah yang panjang."

"Bagi mereka yang bakal menunaikan umrah atau haji, kami akan memberikan diskaun sebanyak 30 hingga 50 peratus," ujarnya yang mempunyai pelanggan daripada segenap golongan.

Semua di bawah satu bumbung

Para pemilik haiwan yang meninggalkan haiwan kesayangan mereka di klinik tersebut tidak perlu gusar kerana haiwan dijaga dan dipantau oleh kakitangan bertugas yang terdiri daripada tiga orang doktor veterinar dan 10 orang pembantu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di semua cawangan klinik.

Selain menawarkan khidmat penginapan, klinik haiwan milik Wan Ahmad juga menjalankan perkhidmatan pembiakan baka kucing.

"Pelanggan hanya dikenakan caj sebanyak RM200 sekali masuk dan andai kata proses tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil, kami akan memberikan peluang kedua kepada kucing mereka secara percuma."

"Kami juga membuat program khidmat masyarakat istimewa buat pemilik-pemilik haiwan. Pada bulan April lalu kami mengadakan program ultra bunyi percuma untuk kucing dan arnab," katanya yang merancang untuk membuka cawangan di Temerloh, Pahang tahun depan.

Wan Ahmad memberitahu, bermula 8 November ini, dia bercadang untuk memberikan suntikan vaksin penyakit kurap bagi kucing dan arnab secara percuma sehingga 30 November.

Dalam pada itu, Wan Ahmad juga mahu memberi peluang kepada pelajar veterinar lepasan universiti untuk membuat latihan praktikal sekali gus menyediakan peluang pekerjaan buat mereka.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, October 28, 2010

Video Perkahwinan Motion Peektures

(Post: Bahasa Melayu)
" Tugas merakam video pasangan pengantin baru bukanlah semudah yang disangka. Silap percaturan, video yang dirakam mungkin akan menjadi 'kenangan pahit' bagi pasangan raja sehari tersebut. "

Justeru tanggungjawab yang dipikul oleh Pengarah Kreatif Motion Peektures, Nor Azmin Md. Nor, ibarat satu amanah besar.

Motion Peektures adalah satu jenama di bawah Pretty Peektures yang menyediakan video perkahwinan untuk pasangan pengantin baru.

Perkahwinan hanya sekali seumur hidup dan kenangan itulah yang akan disimpan sebaiknya dalam video untuk tatapan generasi seterusnya.

Bagi Nor Azmin, 30, setiap amanah yang dipikul sebagai pengarah kreatif video perkahwinan dijalankan dengan sebaik mungkin.

Apabila dipilih untuk memikul tanggungjawab tersebut oleh para pengantin, Nor Azmin tahu beliau perlu bertungkus lumus mencari idea baru dan menarik untuk disuntik pada hasil kerjanya.

Justeru pemilik Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, mengaplikasikan ilmu yang ada dalam menghasilkan videografi yang kreatif.

"Sudut-sudut kreatif menjadi pilihan Motion Peektures dan setiap video kami mempunyai jalan cerita yang tersendiri."

"Kami kerap membayangkan footage (sedutan) kami menggambarkan apa yang dilihat oleh pengantin semasa hari bersejarah mereka dan apa yang mahu dilihat oleh pengantin," jelas Nor Azmin dalam rangkaian temu bual bagi penaja Peraduan Gerbang Cinta anjuran Mega, Utusan Malaysia.

Ketika mengambil keputusan untuk memilih kerjaya yang berisiko itu, beliau sedar tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.

Bagi Azmin cabaran utama selaku juruvideo majlis perkahwinan ialah merakamkan hari bersejarah tersebut selengkap dan semenarik mungkin.

"Majlis perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Kami cuba untuk merakamkan sebanyak mungkin detik-detik tak ternilai ini."

"Cabaran juga hadir apabila kami mengendalikan liputan secara MCP atau Multi Camera Production, di mana rakaman sesebuah majlis dipancarkan secara langsung terus ke kaca televisyen atau skrin projektor di sekeliling dewan majlis tersebut diadakan."

"Ia memerlukan pengetahuan teknikal dan kreativiti yang tinggi. Kedua-dua elemen ini digabungkan pada masa yang sama untuk menghasilkan kerjaya yang terbaik. Krew terlibat dalam majlis-majlis seperti ini juga ramai," katanya yang menggunakan kamera foto DSLR dalam proses merakamkan video detik-detik bersejarah.

Bagi Nor Azmin, penggunaan DSLR yang lebih kompak memungkinkan sudut-sudut yang sukar bukan lagi mustahil.

Ini meningkatkan lagi keberkesanan jalan cerita yang cuba disampaikan berbanding kamera video 3CCD konvensional yang lebih besar dan berat.

"Kebiasaannya sebelum pengantin menempah perkhidmatan Motion Peektures, kami akan berbincang dengan pelanggan tentang jalan cerita video tersebut supaya kelihatan menarik dan tidak membosankan."

"Pengantin juga perlu tahu penyuntingan video memerlukan masa lebih panjang berbanding penyuntingan foto. Maka kos dan tempoh masa juga tidak sama dengan foto."

"Video juga lebih sukar untuk disunting sekiranya ada pembetulan perlu dilakukan kemudian," katanya.

Dengan pengalaman yang dimiliki, Nor Azmin menyarankan kepada bakal pengantin supaya melawat penyedia video perkahwinan pilihan mereka dan melihat sendiri video perkahwinan yang terdahulu.

"Nasihat saya jangan tempah sebelum lihat hasil akhir. Pastikan juga penyedia video tersebut berpengalaman dan mempunyai reputasi yang baik."

"Dan apabila majlis selesai, pengantin juga perlu tahu bahawa kerja-kerja penyiapan biasanya selesai antara dua minggu hingga empat minggu selepas majlis. Jadi tidak akan timbul salah faham antara jurufoto dengan pengantin tentang kelewatan penyediaan gambar perkahwinan mereka," ujarnya yang pernah merakam detik perkahwinan beberapa selebriti tanah air seperti Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila, Serina Redzuawan dan sebagainya.

Justeru beruntung para pemenang Peraduan Gerbang Cinta kerana video perkahwinan mereka dapat dirakam standard artis.

"Teruja dan tidak sabar untuk menawarkan khidmat kami kepada pemenang utama di samping dapat bekerjasama dengan penaja-penaja lain yang berprestij," katanya.

Pakej video Motion Peektures bermula RM1,450 dan mereka boleh dihubungi melalui talian 013-6701890.

Sumber: Utusan Malaysia Online
Foto: Motion Peektures

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, October 20, 2010

Dari Akaun ke Fotografi

(Post: Bahasa Melayu)
" Benar kata orang, jika sudah ada minat disusuli iltizam dan kerja kuat, impian pasti tercapai. "

Inilah yang dilalui anak muda dari pekan Tanjung Karang, Selangor. Berbekal minat yang mendalam, graduan jurusan akaun Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini memberanikan diri membuka sebuah kedai gambar di Tanjung Karang untuk menawarkan pelbagai khidmat fotografi kepada penduduk setempat.

Bagi Suzaini Sulaiman, 37, anak jati Tanjung Karang, kedai gambar yang diusahakannya bukan sekadar tempat mencari sumber rezeki semata-mata.

"Saya berhasrat membuka kedai ini selepas menyedari minat saya adalah dalam bidang fotografi. Alhamdulillah, akhirnya pada 2008, impian saya bagi membuka sebuah kedai gambar milik Melayu untuk berbakti kepada masyarakat akhirnya menjadi nyata."

"Pada peringkat awal, saya tidak memikirkan sangat soal keuntungan kerana saya mahu menambah ilmu dan mencari pengalaman sebagai jurufoto," katanya ketika ditemui di kedai gambarnya, Snapdigital di Taman Ria Emas, Tanjung Karang.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan Snapdigital ialah rakaman di studio fotografi, merakam gambar pengantin pada hari persandingan, majlis rasmi dan cuci gambar selain pelbagai bingkai, album, kamera dan aksesori yang dijual.

Suzaini yang mendapat pendidikan di UiTM, Segamat, Johor, menamatkan pengajian pada 1994 sebelum mula bekerja sebagai Pegawai Bekalan Input Persatuan Nelayan Kuala Selangor pada 1999.

Bagaimanapun, katanya, minat yang mendalam dalam bidang fotografi menyebabkan beliau beralih arah untuk mengejar cita-citanya sebagai jurufoto terkenal pada suatu masa nanti.

Justeru, bersandarkan azam 'jadikan terbaik, cari formula terbaik', Suzaini banyak menghadiri kursus fotografi anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kursus berbayar lain bagi memantapkan kerjaya baru pilihannya itu.

"Saya tidak mempunyai asas dalam jurusan fotografi. Jadi, saya perlu banyak menambah ilmu pengetahuan untuk memenuhi kehendak pelanggan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka," katanya.

Suzaini bagaimanapun bukan saja menggenggam harapan untuk membuka cawangan di beberapa kawasan sekitar, malah berhasrat membuka pusat pembelajaran fotografi serta kelab fotografi Tanjung Karang untuk anak muda di kampungnya.

"Saya mahu berkhidmat kepada masyarakat terutama anak muda kampung kerana berpendapat bidang fotografi ini mampu membina kerjaya malah memberi pendapatan lumayan jika dapat dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya.

Anak kepada pasangan Sulaiman Yusof, 74 dan Siti Asa Ahmad, 68, berkata bukan mudah baginya untuk membuka perniagaan fotografi dan bersaing dengan peniaga Cina yang sinonim dengan kedai gambar.

Malah stigma masyarakat yang sering memandang rendah hasil kerja anak Melayu dijadikan sebagai cabaran dalam kehidupan sebagai anak seni.

"Kadang-kadang saya kecewa dengan masyarakat yang tidak memberi peluang kepada saya membuktikan saya juga mampu menghasilkan gambar bermutu," katanya sambil menambah isterinya, Siti Nor Aishah Ahmad, 30, banyak memberi dorongan supaya terus tabah menghadapi rintangan dalam perniagaan.

Suzaini berkata, beliau juga sering berfikir di luar kotak pemikiran bagi mendapatkan idea kreatif dan unik dengan memegang falsafah 'bukan senang untuk menjadi senang tanpa usaha berganda dan tawakal kepada Tuhan'.

Bermodalkan RM140,000, Suzaini nekad memohon bantuan kewangan daripada MARA dan TEKUN untuk membeli mesin cuci gambar serta mengubah suai kedai, studio dan perkakasan fotografi.

"Kedai saya menggunakan mesin cuci gambar jenis Fujifilm dan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding kedai lain. Sebagai peniaga saya lebih suka mengambil sikap mesra terhadap pelanggan walaupun mereka datang ke kedai saya hanya untuk mencetak sekeping gambar atau kertas saja kerana saya percaya mereka adalah lubuk rezeki saya."

"Tidak salah berbaik dengan orang. Paling penting kita perlu sentiasa senyum dan bersangka baik," katanya.

Suzaini pernah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Fotografi Pengembaraan Kementerian Pelancongan Malaysia Photo Festival pada 2005 menerusi gambar kanak-kanak melangkah batu kecil ketika menyusuri banjir pada Aidilfitri.

Kemenangannya itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM3,000, kamera digital dan sijil penghargaan.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, September 29, 2010

Pusat Pelupusan Percetakan Saufi

(Post: Bahasa Melayu)
" Diriwayatkan, seorang sahabat menjumpai Al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. "

Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi, menawarkan khidmat pelupusan Al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah Al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.

"Terkejut dan sedih apabila melihat Al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan Al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?"

"Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan Al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak."

"Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar Al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan Ayat al-Quran begitu saja," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul Al-Quran, buku teks, Yaasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan Al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara.

Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

Rahmat berkata, selepas usaha Percetakan Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat Al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.

Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan Al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi Al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.

"Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci Al-Quran dan saya hanya memulakan dulu."

"Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara," katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.

Skim Al-Quran Wakaf Malaysia

Selain pengumpulan dan pelupusan Al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan.

Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz.

Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049 atau 03-26915184.

Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini.

Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan Al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.

"Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar Al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela."

"Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad," katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.

Elak cebisan, abu Al-Quran dipijak, langkah

PELUPUSAN ayat suci Al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci Al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan.

Menurutnya, proses pembakaran Al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah Al-Quran yang agak tebal.

Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik Al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.

"Pada mula kami bakar naskah Al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian Al-Quran terlebih dulu."

"Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit Al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu," katanya.

Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit Al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.

Proses pembakaran dimulakan dengan meracik Al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.

Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut.

Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.

Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan Al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat Al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.

Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.

Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, June 21, 2010

Dobi Lebuh Ghaut

(Post: Bahasa Melayu)
" Seolah-olah kembali ke zaman silam. Begitulah perasaan ketika berjalan di penempatan Dobi Ghaut di Pulau Pinang. Penempatan itu terletak antara Jalan Air Hitam dan Jalan York dan dihuni oleh mereka yang menyediakan perkhidmatan dobi tradisional sejak turun-temurun. "

Ampaian ratusan kain sari pelbagai warna seperti merah terang, kuning, hijau tua dan biru yang dijemur setiap hari mendominasi pemandangan.

Perniagaan yang dikatakan bermula sejak lebih 100 tahun lepas itu tidak banyak berubah dengan peredaran masa. Malah, cara dan peralatan yang digunakan masih kekal sama iaitu kain dibasuh menggunakan tangan dan digosok menggunakan seterika arang.

Itulah keistimewaan dan keunikannya.

Cuma sekarang ini, bilangan pengusaha dobi semakin berkurangan berbanding dulu dengan hanya tinggal 13 orang yang menyediakan perkhidmatan itu. Menurut seorang pengusaha dobi, A. Ramu, 65, pada tahun 1970-an, terdapat lebih 150 orang yang menyediakan perkhidmatan dobi di kampung itu.

"Tetapi kini hanya tinggal 13 orang yang menjalankan perniagaan ini kerana ramai yang telah meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain," katanya yang telah 50 tahun menjalankan perniagaan dobi.

Ramu, yang merupakan generasi ketiga mewarisi perniagaan itu daripada keluarganya berkata, kini tidak ramai lagi golongan muda yang berminat untuk menjalankan perniagaan berkenaan.

Cuci Tanpa Mesin

Beliau tidak berasa terbeban mencuci pakaian tanpa menggunakan mesin basuh, malah berbangga kerana masih dapat mengekalkan tradisi keluarganya.

Kebiasaannya Ramu yang dibantu adiknya, Muniandy, 62, memulakan kerja mencuci pakaian seawal pukul 8 pagi dan meneruskan kerjanya sehingga pukul 8 malam setiap hari.

Menurut Muniandy, mencuci pakaian secara tradisional mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa melalui beberapa peringkat. "Pada suatu ketika dahulu mereka menggunakan air sungai berhampiran kampung untuk mencuci pakaian," katanya.

Beliau menambah, bagaimanapun aktiviti itu kini beralih ke rumah masing-masing berikutan air sungai itu tidak lagi bersih untuk mencuci pakaian.

"Mulanya, pakaian direndam dengan serbuk pencuci dan kemudian dibasuh dan dibilas sebelum dijemur," katanya.

Setelah itu kain yang telah kering akan digosok sebelum dihantar kepada pelanggan menggunakan basikal.

"Saya dan abang saya mengayuh basikal untuk mengutip dan menghantar kain pelanggan di sekitar George Town dan Bayan Baru," jelas Muniandy sambil mencuci kain.

Beliau berkata, mereka mengambil masa dua hari untuk mencuci dan dua hari lagi digunakan untuk menggosok pakaian setiap pelanggan.

"Kami akan menghantar semula pakaian kepada pelanggan dalam tempoh seminggu selepas menerimanya," kata Muniandy.

Pada harga antara RM1 dan RM8 untuk upah mencuci sehelai kain mengikut saiz, mereka mencuci antara 100 kilogram (kg) dan 150kg kain setiap hari.

Seorang lagi pengusaha dobi, V. Manoharan, 42, yang merupakan generasi keempat mewarisi peniagaan mencuci pakaian daripada keluarganya berkata, kerja-kerja mencuci pakaian secara tradisional itu dilakukan dengan teliti bagi memuaskan hati pelanggan.

"Walaupun ramai yang menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian, tetapi masih terdapat golongan yang suka baju mereka dicuci dengan cara lama," katanya.

Bagaimanapun, pengusaha dobi ini sedar akan nasib yang menunggu mereka.

Walau apa pun, Lebuh Ghaut akan terus diingati penduduk tempatan seperti ia dikenali sebelum ini sebagai Vannan Thora Tedal, yang bermakna daerah dobi dalam bahasa Tamil.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, June 2, 2010

Pusat Sehenti Perkahwinan Hotel De Palma

(Post: Bahasa Melayu)
" Persediaan mendirikan mahligai perkahwinan bukan sahaja menuntut komitmen sepadu pasangan pengantin. Ia juga memerlukan bajet terutamanya bagi yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang. "

Apabila memikirkan bajet yang tinggi itu, mungkin ramai pasangan baru dan kaum keluarga lebih cenderung mengadakan majlis tersebut sekadar di rumah ataupun dewan serba guna yang serba sederhana.

Namun, ada juga yang berkemampuan dan bersedia mengatur persiapan perkahwinan di hotel-hotel.

Menyedari tuntutan itu, Hotel De Palma yang terletak di Shah Alam, Selangor menawarkan pakej perkahwinan yang murah dan ideal sesuai dengan bajet serta cita rasa semua lapisan masyarakat.

Setelah pembukaan dewan besar hotel itu pada hujung tahun lepas, tercetus idea untuk mendirikan pusat sehenti perkahwinan bagi kemudahan masyarakat setempat.

Pembukaannya yang terbit daripada idea Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Hotel De Palma, Datuk Mohd. Ilyas Zainol Abidin, adalah satu-satunya hotel yang menyediakan khidmat pakar rundingan perkahwinan dalaman sendiri serta menyediakan kemudahan setempat untuk segala keperluan bagi sesuatu majlis perkahwinan.

Menurut Pengurus Residen, Hanidah Shahril, pusat sehenti perkahwinan itu menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kerana dikendalikan oleh perunding perkahwinan yang berpengalaman.

Segala tertib dan urusan atur cara akan dibimbing bermula daripada majlis pertunangan, akad nikah hinggalah kepada majlis resepsi.

"Bakal para pengantin dapat merealisasi perkahwinan idaman mereka dengan pilihan pakej yang ditawarkan ini. Antaranya, Pakej Sumayyah, Sakinah, Mawaddah, Firdaus dan juga Adam dan Hawa."

"Kelima-lima pakej ini direka bagi melengkapkan permintaan daripada semua lapisan masyarakat pada harga yang bermula serendah RM35++ seorang termasuk terma dan syarat yang ditetapkan," katanya.

Sejajar dengan pakej perkahwinan yang ditawarkan, hotel tersebut juga memperkenalkan pakej akad nikah seperti Akad Nikah Sakinah, Mawaddah dan Firdaus. Kos bagi pakej itu bermula daripada RM4,000 sehingga RM8,000.

Berbeza daripada pakej perkahwinan, pakej akad nikah itu lebih menjurus kepada majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sanak saudara terdekat sahaja. Pakej yang dirangka itu amat berpatutan nilainya dan ideal untuk kapasiti hadirin seramai 50 orang.

Selain menekankan soal makanan yang bakal menjamu para tetamu, kelima-lima pakej perkahwinan tersebut turut menitikberatkan aspek perkhidmatan lain seperti rekaan pelamin, bunga-bunga segar, hiasan meja, pintu gerbang, hantaran, laluan permaidani merah dan lain-lain lagi.

Hanidah memberitahu, bagi menghargai para pelanggan, pihak hotel turut menyediakan pakej hotel untuk setiap pakej perkahwinan yang dipilih. Ia merangkumi penyediaan bilik untuk pengantin, bilik bagi keluarga pengantin, penyediaan kek lima tingkat, susun atur meja pengantin dan sebagainya.

Kemudahan lain yang disediakan adalah perkhidmatan imam bagi majlis akad nikah, pembacaan doa dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan bagi menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut.

Baru-baru ini, perkhidmatan katering yang dilengkapi dengan peralatan kerusi meja, dome dan sebagainya turut menjadi pilihan mempelai.

Selain menjamin keselesaan para pelanggan, keenakan juadah yang disajikan pula dipastikan oleh pengendalian chef yang berpengalaman dari hotel tersebut.

Bagi mereka yang berminat, boleh hubungi perunding perkahwinan, Hussain Salleh di talian 012-6427313 ataupun Pengurus Residen di talian 03-55428080 untuk mendapatkan sebut harga dan keterangan lanjut.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, May 19, 2010

Perahu Tambang Bandaraya Alor Setar

(Post: Bahasa Melayu)
" Perahu tambang masih ada di tengah-tengah Bandar Raya Alor Setar? Memang benar, perahu tambang masih wujud di sini iaitu di Sungai Kedah. "

Sekali pandang, jeti serba ringkas itu saling tidak tumpah seperti jeti dalam cerita Pendekar Bujang Lapok lakonan Tan Sri P. Ramlee.

Lebih mengejutkan apabila terpandang seorang pengemudi perahu tambang yang masih gagah membawa penumpang mengharungi sungai itu walaupun dia sudah berusia.

Lelaki Cina itu, Teoh Lian Hock, sudah berumur 67 tahun. Beliau aktif membawa perahu tambang sejak dua tahun lalu.

Setelah bersara sebagai nelayan, beliau mengambil keputusan untuk membawa perahu tambang bagi mengisi masa lapang selain menambah duit poket untuk membeli barang-barang keperluan harian.

"Saya sudah biasa bekerja dan jika duduk di rumah sahaja terasa bosan. Bawa perahu ini sekurang-kurangnya dapat keluarkan peluh dan menyihatkan badan," katanya.

Lian Hock berkata, tugas mengemudi perahu tambang itu tidak dilakukan secara berseorangan sebaliknya terdapat dua rakannya yang lain yang juga berumur dalam lingkungan 60-an, menawarkan khidmat perahu tambang dan mereka bekerja mengikut waktu yang telah ditetapkan.

"Kami mula bekerja seawal pagi, iaitu pukul 7 pagi dan syif kedua bermula pukul 12 tengah hari manakala syif terakhir pukul 5.30 petang sebelum berakhir pada 8 malam."

"Saya ditugaskan untuk mengambil penumpang pada syif tengah hari," kata Lian Hock.

Tambah beliau, kebanyakan penumpang merupakan penduduk tempatan yang tinggal di Seberang Nyonya dan mereka menaiki perahu tambang untuk pergi ke Pekan Cina bagi membeli barang-barang keperluan harian. Ada juga penumpang yang ingin dibawa ke bandar raya Alor Setar.

"Di Seberang Nyonya ada banyak kampung termasuk Kampung Berjaya, Teluk Yan dan Seberang Terus."

"Pada tahun 1960-an, tiada kemudahan jalan masuk ke situ menyebabkan kebanyakan penduduk mengambil jalan pintas untuk ke pekan dengan menaiki perahu tambang."

"Tapi sekarang jalan yang elok sudah ada dan kebanyakan orang lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri berbanding perahu tambang," ujar Lian Hock yang tinggal di tepi Sungai Kedah.

Lian Hock mengenakan bayaran tambang sebanyak 30 sen untuk perjalanan sejauh 200 meter dari Seberang Nyonya ke Pekan Cina.

"Bayaran itu sangat murah dan perjalanannya pula tidak sampai lima minit. Walaupun pendapatan tidak menentu, dalam sehari boleh dapat RM15. Cukuplah untuk duit belanja harian," katanya.

Bagaimanapun, Lian Hock yang mempunyai dua anak berumur 25 dan 30 tahun itu merasakan pekerjaan sebagai 'nakhoda kecil' perahu tambang akan lenyap pada masa akan datang kerana tiada pewaris yang mahu meneruskan tugas itu lagi.

"Tengoklah keadaan saya sendiri, sudah lanjut usia dan dua rakan-rakan lain juga lebih kurang sebaya."

"Saya tidak rasa generasi sekarang mahu melakukan kerja ini kerana ia adalah satu pekerjaan yang memerlukan seseorang memerah kudrat di bawah sinaran matahari," katanya.

Sememangnya generasi akan datang tidak dapat merasa menaiki perahu tambang jika tiada usaha pihak berkuasa untuk mengekalkannya.

Alangkah bagus sekiranya kawasan tersebut boleh dinaik taraf menjadi salah satu produk pelancongan seperti yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka menerusi projek Melaka River Cruise.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, April 15, 2010

Usaha Bisnes Kumpulan Argung

(Post: Bahasa Melayu)
" Ejekan rakan kerana menjual kerepek ubi pedas, kacang goreng dan kuih-muih ketika di sekolah rendah sedikit pun tidak menjadi nanah dalam dirinya. "

Sebagai anak kedua juga anak sulung lelaki daripada sembilan beradik, rasa tanggungjawab sememangnya tersemai sejak kecil biarpun usaha yang dilakukan itu berdepan cabaran.

"Ejekan rakan hampir menghancurkan semangat saya. Saya semakin tertekan apabila pengusaha kantin sekolah turut kurang senang dengan saya kerana perniagaannya terjejas. Katanya, kalau hendak berniaga, niaga di luar."

"Apapun, saya kuatkan hati serta tidak mempedulikan segala kata mereka kerana tekad membantu meringankan beban orang tua. Kehidupan kami ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' kerana bergantung pada upah diterima ibu bapa yang bekerja di kebun milik tauke Cina."

"Jika rakan lain ada duit belanja sekolah, saya perlu mencari duit sendiri. Itulah yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berniaga," katanya.

Berpegang teguh pada prinsip tidak pernah kenal erti putus asa dan berazam mahu mengubah nasib keluarga membuatkan Mohd Indra yang kini bergelar Pengerusi Eksekutif Kumpulan Argung berbangga dengan pencapaiannya.

Kumpulan Argung kini mempunyai tujuh anak syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Antaranya, insurans kemalangan peribadi, pelancongan, perunding teknologi maklumat dan pengurusan, program korporat dan SMS, menjadi wakil memasarkan barangan pengilang, program keahlian dan pengurusan acara.

Menurut Mohd Indra, dia tidak pernah merasai zaman kanak-kanak atau remaja seperti orang lain kerana kebanyakan masanya dihabiskan bagi membantu kedua ibu bapanya menyara keluarga.

Menceritakan kembali zaman keperitannya sebelum bergelar usahawan berjaya, Indra berkata banyak rintangan dilalui, namun semuanya dapat diatasi dan pengalaman banyak membantunya mengenal erti hidup.

"Hasil membantu ibu menjual kuih-muih dan kerepek membolehkan saya menabung dan menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri. Ketika darjah tiga, saya dapat membeli basikal dengan duit sendiri. Waktu itu, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya," katanya.

Ketika bersekolah asrama, Mohd Indra yang sememangnya 'otak bisnes', mengambil upah menggunting rambut bagi menambah duit kocek.

"Pada mulanya, ketika rakan meminta saya menggunting rambutnya, saya main 'belasah' saja. Lama kelamaan, bakat menggunting rambut semakin terserlah dan setiap Ahad, ramai kawan beratur menunggu giliran mereka. Saya cuma mengenakan upah 50 sen seorang dan wang itu dapat menampung perbelanjaan saya," katanya.

Tanpa pengetahuan pihak asrama, Mohd Indra turut berniaga barangan keperluan seperti ubat gigi dan berus gigi sebagai pendapatan sampingan.

"Ibu bapa tidak pernah membekalkan duit sekolah dan jika inginkan sesuatu, saya harus berusaha untuk mendapatkannya," katanya.

Walaupun sibuk berniaga kecil-kecilan, Mohd Indra tetap fokus pada pelajaran. Dia mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).

Tawaran menyambung pelajaran diterima terpaksa dilupakan kerana kekangan kemiskinan. Mohd Indra terpaksa memberi laluan kepada adiknya yang lain menyambung pelajaran.

"Saya tidak pernah menganggur. Selesai pengajian, saya memikirkan cara untuk menjadi usahawan berjaya. Ketika di sekolah, cita-cita saya sering menjadi bahan ketawa kawan yang lain. Ketika ditanya guru, jika pelajar lain memberitahu mereka bercita-cita menjadi doktor atau jurutera, saya pula ingin menjadi orang kaya yang berjaya."

"Saya mahu menumpukan pada perniagaan kerana bidang ini yang boleh membuatkan seseorang keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Bagi merealisasikan cita-citanya, anak muda kelahiran Sekinchan itu belajar selok-belok perniagaan dengan menyertai syarikat pembinaan selepas tamat pengajian.

Pada usia 18 tahun, dia yang tidak sabar mempunyai syarikat sendiri berjaya mencapai impian. Memiliki lesen kontraktor kelas F, Mohd Indra melalui saat sukar dalam perniagaan iaitu bagi mendapatkan tender dan bayaran menyebabkan perniagaan itu cuma bertahan setahun serta menanggung hutang.

"Saya meneruskan kehidupan sebagai jurujual peralatan mainan, berus gigi dan barang kelengkapan diri. Harga barang dijual RM10 dan daripada jumlah itu, saya hanya mendapat komisen RM2."

"Bekerja sebagai jurujual menuntut kesabaran kerana tiada gaji pokok dan ia bergantung sepenuhnya kepada komisyen yang diterima. Saya perlu bekerja lebih masa kerana mahu mencari pendapatan lebih dan mensasarkan 150 barangan sehari bagi menampung perbelanjaan bulanan," katanya.

Jika orang lain bekerja hanya lapan jam sehari, Mohd Indra terpaksa bekerja 16 jam iaitu dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

"Untuk berjaya, seseorang itu perlu melakukan perkara luar biasa daripada orang lain untuk menghasilkan pendapatan di luar jangkaan. Percubaan sebagai jurujual tidak memberangsangkan lalu dia berhijrah ke Johor Bahru untuk mencari peluang membina hidup baru."

Menggunakan bakat yang ada, Mohd Indra menulis dan melukis pada cenderahati serta lukisan dan menjualnya di tapak bersebelahan Plaza Kotaraya.

Melihat potensi perniagaannya yang semakin maju, Mohd Indra melebarkan sayap dengan membuka perniagaan kereta terpakai dan restoran tanpa memikirkan risiko bakal dihadapi.

Pada usia 20 tahun, dia berjaya memiliki tiga perniagaan sekali gus dalam masa singkat. Di saat mengecapi kemewahan, semua perniagaannya mengalami kegagalan akibat kelemahan diri sendiri selain tempias kegawatan ekonomi.

Gagal perniagaan kali kedua membuatkannya hilang punca dan mengkaji penyebab kegagalan kerana kegigihannya tidak pernah berkurangan.

"Saya dapati kelemahan saya ialah terburu-buru mengembangkan perniagaan tanpa memikirkan risiko. Saya kecewa dan tidak sangka kerana daripada menjalani kehidupan mewah, akhirnya terpaksa berhutang kira-kira RM200,000."

Mohd Indra membuat keputusan merantau ke Indonesia. Dari Tanjung Balai, dia ke Karimon dan Pekan Baru. Dalam tempoh lapan bulan di negara orang, dia mengkaji kelemahan diri, mengenal diri dan belajar ilmu agama.

Di sana, dia banyak bermuhasabah diri dan mempelajari ilmu agama serta mendapat semangat baru daripada kegagalan yang dialaminya.

"Saya dapati, perlu ada peranan dari segi tanggungjawab dan keberkatan dalam pekerjaan yang dilakukan. Selama ini saya tak fikir tanggungjawab pada orang sekeliling," katanya.

Pada 1999, dia pulang ke tanah air dengan azam, semangat dan matlamat baru. Masih menjadi jurujual barang kelengkapan diri, tetapi kali ini dia bekerja lebih masa bagi merealisasikan cita-citanya menjadi usahawan berjaya.

Anak muda itu sedar, untuk mencapai sesuatu kejayaan, semangat, kekuatan emosi dan fizikal harus ada. Pada masa sama, dia turut mengikuti bengkel dan kelas perniagaan waktu malam selama enam bulan.

Hasil usaha gigihnya yang tak pernah kenal erti putus asa, pada 2001, Mohd Indra berjaya menubuhkan syarikatnya pertamanya diberi nama Dynasty Vision Resources yang menjalankan perniagaan berasaskan program keahlian.

Melihat perkembangan positif dan sambutan baik yang diterima syarikatnya, dia berjaya membuka beberapa syarikat lain yang turut berada di Kuantan.

"Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kerja keras saya akhirnya membuahkan hasil. Jika dulu saya hanya mempunyai enam pekerja, tapi kini bertambah kepada 180 pekerja."

"Saya turut berterima kasih kepada ibu bapa dan keluarga termasuk isteri yang banyak memberi dorongan dan sokongan moral hingga berada pada tahap sekarang," katanya.

INFO:
Nama: Mohd Indra Kirana Mansod
Umur: 34 Tahun
Jawatan: Pengarah Urusan Kumpulan Argung.

Anak syarikat:
1. Argung Auto Garage
2. Dynasty Vision Resources
3. Argung Privileged Management
4. Dynasty Vision Resources Centre
5. Argung Global Management Sdn Bhd
6. Dynasty Argung Travel & Tours Sdn Bhd

Sumber: myMetro

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, April 9, 2010

Urutan Refleksologi Therapy Zone

(Post: Bahasa Melayu)
" "Ada ke orang yang mahu membaca kisah orang buta seperti Kak Jah ni? Seganlah, nanti disalah erti oleh masyarakat bahawa kami mahu meraih simpati pula," demikian kata pemilik dua pusat urutan refleksologi, Siti Hadijah Abu Bakar, 35, ketika dihubungi penulis, baru-baru ini. "

Selepas diterangkan tujuannya, lantas waktu ditetapkan untuk kami bertemu di Therapy Zone, pusat beli-belah Maju Junction di ibu negara dan pertemuan berkenaan turut disertai suaminya, Khairul Fauzi Zainudin, 37.

Orangnya begitu sederhana dan merendah diri, tetapi senyuman tidak pernah lekang daripada bibir wanita yang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Jah ini.

Biarpun mempunyai masalah penglihatan sejak kecil (enam daripada lapan adik beradiknya mempunyai masalah penglihatan), tetapi wanita ini tetap cekal memburu impiannya bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti.

Menurutnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mengambil keputusan untuk menjalani latihan mengurut di Pusat Latihan Gurney (PLG) yang dikendalikan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia.

Selepas itu, dia menimba pengalaman dengan bekerja secara sambilan di beberapa pusat pusat mengurut di sekitar 'Bandar Buta', Brickfields selama hampir tiga tahun.

Kata Siti Hadijah, pada tahun ketiga kerja, perasaan untuk membuka pusat urut sendiri mula timbul kerana memikirkan sampai bila harus bekerja makan gaji dengan orang lain dan sudah tiba masanya untuk dia membuat sesuatu bagi meningkatkan lagi taraf hidupnya.

Katanya, beberapa rakannya yang turut membuka pusat urut sendiri berjaya mengendalikannya dengan baik walaupun mereka cacat penglihatan.

"Kejayaan mereka bertahan dalam perniagaan itu mendorong saya memberanikan diri membuka pusat urut sendiri bersama seorang rakan di Ampang."

"Tetapi disebabkan beberapa masalah, saya terpaksa menarik diri daripada perniagaan berkenaan dan mula mencari tapak baru."

"Alhamdulillah, ketika itu rezeki saya ada di stesen pengangkutan awam sebuah pusat beli-belah terkenal di kawasan Bukit Bintang. Namun, tidak lama kemudian sekali lagi saya diuji berikutan pihak pengurusan bertindak menamatkan kontrak kedai kerana menerima tawaran lebih menarik daripada penyewa lain," katanya yang mahir dalam urutan dan refleksologi.

Ibu kepada dua anak perempuan berusia empat dan enam tahun ini berkata, dugaan itu tidak pernah sesekali mematahkan semangatnya untuk berjaya, malah keinginannya untuk mencapai sesuatu yang dapat dibanggakan semakin berkobar-kobar.

Pertemuan dengan seorang rakan lama, Hasidi Hassan, mendorong Siti Hadijah bersama dua lagi rakan kongsi iaitu Mohd Nasir Mohd dan suaminya melabur wang simpanan mereka bagi membuka pusat terapi di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2006.

Ternyata, kelainan teknik urutan yang diperkenalkan menarik perhatian masyarakat dan boleh dikatakan dipenuhi pelanggan hampir setiap jam.

Kejayaan itu mendorong Hadijah untuk membuka sebuah lagi pusat urut di Maju Junction dua tahun kemudian bersama rakan kongsi, Hasidi dan ia masih kekal beroperasi sehingga hari ini.

Ditanya mengenai kejayaan itu, Siti Hadijah menganggap semua itu adalah hasil kerjasama rakan kongsi, pekerja serta keluarga yang tidak pernah jemu memberi yang terbaik kepada perniagaan.

Kata Siti Hadijah, biarpun Allah menguji dengan tidak memberinya peluang untuk melihat dengan sempurna, tetapi hatinya masih terang dan tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.

Dia yang mempunyai daya penglihatan kurang daripada 30 peratus berkata, keluarga bukan daripada golongan senang dan kesusahan itu mengajar dirinya supaya lebih cekal dalam mengharungi ujian yang mendatang.

"Sebagai orang kurang upaya (OKU), Kak Jah pernah merasai betapa susahnya untuk mencari pekerjaan di zaman yang serba moden hari ini. Ia mendorong saya dan rakan kongsi untuk membantu rakan senasib dengan menawarkan pekerjaan sebagai tukang urut kepada mereka."

"Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami mempunyai 10 orang pekerja yang semuanya terdiri daripada OKU yang mempunyai masalah penglihatan."

"Kami membimbing mereka supaya dapat memahirkan diri dalam pelbagai teknik urutan terutama teknik tersendiri pusat urutan kami bagi membolehkan mereka membantu pelanggan," katanya yang pernah mendalami ilmu urutan badan di Akademi China Chongzheng dan menjalani latihan jangka panjang di akademi urutan di Guangzhao, China.

Perkenalan biasa sebagai rakan ketika mengikuti latihan di PLG membibitkan perasaan cinta di hati Siti Khadijah dan suaminya.

Selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Khairul yang normal, tetapi buta selepas terbabit dalam kemalangan sewaktu perjalanan ke tempat kerja.

Kerukunan rumah tangga mereka sejak sembilan tahun lalu turut diceriakan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan berusia empat dan enam tahun.

Namun, memandangkan mereka tidak dapat melihat, kedua-dua anak itu terpaksa diserahkan kepada keluarga mentua untuk untuk dijaga sejak kecil.

"Kami berasakan mereka lebih selamat dan dijaga sempurna oleh keluarga mentua disebabkan ibu sendiri (Enom Osman, 66) juga mempunyai masalah penglihatan."

"Memang sedih untuk berpisah daripada anak sendiri, tetapi memandangkan mereka masih kecil dan masih tidak dapat berdikari, kami terpaksa merelakan."

"Untuk menghilangkan kerinduan, setiap dua minggu kami pasti akan pulang ke kampung untuk menjenguk mereka," katanya.

Biarpun hidup tanpa penglihatan sepenuhnya, Siti Hadijah masih mampu menguruskan rumah tangga dengan baik.

Rutin hidupnya bermula seawal jam 5 pagi untuk bangun menyediakan sarapan sebelum bersiap ke tempat kerja.

Mengakui suaminya seorang yang tidak cerewet, Siti Hadijah memasak apa saja yang mudah kerana seawal jam 7 pagi, mereka perlu keluar dari rumahnya di Cheras ke pusat urut di ibu kota.

"Saya bersyukur ditemukan suami yang bukan saja memahami, malah tidak jemu mendorong saya untuk terus berusaha dalam kerjaya ini. Jika dulu saya sering tertanya-tanya kenapa Tuhan memberi ujian ini tetapi kini saya memahami bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah tersembunyi."

"Dapat melihat atau tidak bukan alasan kerana segalanya bergantung kepada usaha dan tekad kita. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: myMetro

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, February 28, 2010

Siti Hadijah Lovely Touch

(Post: Bahasa Melayu)
" Merancang sebuah majlis perkahwinan bukanlah satu tugas yang mudah. Perancangan perlu diadakan berbulan-bulan lebih awal. Persiapan harus dilakukan dengan teliti agar tidak ada yang tercicir. "

Pendek kata tugas ini memerlukan banyak kesabaran, kudrat yang tinggi, idea yang kreatif, bijak berhujah bagi menyakinkan pelanggan dan sebagainya.

Walaupun tugas sebagai perunding perkahwinan nampak mudah kerana orang melihat fungsi mereka hanya memasang pelamin, menghias bilik tidur, menyediakan baju pengantin dan sebagainya, hakikatnya tidak semudah itu.

"Kerja ini sebenarnya rumit. Memang ramai yang menjadi perunding perkahwinan namun ada juga yang lari separuh jalan. Ini kerana mereka tidak pandai menguruskan sesuatu majlis itu dan akhirnya majlis tidak menjadi," kata pemilik butik pengantin Siti Hadijah Lovely Touch, Siti Hadijah Ishak ketika ditemui di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Beliau yang pernah bekerja sebagai pembantu peribadi kepada pengarah sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur menambah, tugasnya dahulu banyak mengajarnya bagaimana hendak membuat pengurusan dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Menurutnya, pasangan yang hendak berkahwin hendaklah memilih konsep apa yang mereka inginkan kerana konsep amat penting sebelum persiapan lain dilakukan. Begitu juga dengan pilihan kesesuaian warna.

"Ramai yang menghadapi masalah pada saat akhir majlis kerana mengharapkan keluarga yang berjanji hendak menolong tetapi kemudian tidak menjadi."

"Bukannya tidak mahu mengharapkan bantuan saudara-mara tetapi biasanya mereka terlupa kerana tidak mencatat dan sekadar mengharapkan janji mulut. Akhirnya jadi bergaduh pula atau bermasam muka."

"Tetapi seorang perunding perkahwinan yang bertauliah akan berbincang dengan pihak keluarga pengantin, mencatatkan setiap kehendak dan keperluan keluarga serta pengantin, menasihatkan apa yang cantik dan tidak cantik."

"Perunding perkahwinan ini samalah seperti membuat satu projek besar yang memerlukan sebut harga dan sebagainya. Pendek kata mereka menyediakan khidmat dari A hingga Z," ujar ibu kepada dua orang anak ini, Farha Fatin Atasha Hazaron, 20 dan Amirul Shafiq Hazaron, 17.

Beliau berkata, butiknya menyediakan segala-gala yang diperlukan pengantin dan keluarga seperti katering, kanopi, hiasan bunga, pelamin, bilik tidur, mekap, aksesori perkahwinan, gubahan hantaran, cenderahati, bunga pahar, sewa baju, baju kanak-kanak dan sebagainya.

Kebanyakan pelanggan Siti Hadijah terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Bangsar dan Damansara.

"Siti Hadijah Lovely Touch merupakan satu-satunya butik pengantin Melayu yang ada di Taman Tun Dr. Ismail. Sebelum membuat tempahan, pelanggan akan datang dahulu ke butik saya dan kami akan berbincang. Setelah mereka berpuas hati, barulah tempahan dibuat. Kemudian saya akan ke rumah mereka bagi mendapatkan gambaran mengenai persiapan majlis."

"Kadang-kadang bukan pengantin sahaja yang diuruskan malah ibu bapa dan kaum keluarga pengantin pun perlu diuruskan seperti baju mereka untuk majlis tersebut, hiasan rumah dan sebagainya," jelasnya.

Ujar Siti Hadijah, semua yang ada di butiknya dibuat sendiri seperti bunga pahar, bunga telur, bunga pegang pengantin, cenderahati dan banyak lagi. Dengan kata lain, barangan yang ada adalah eksklusif dan tidak terdapat di luar.

Selain menguruskan majlis perkahwinan, beliau juga sering menerima tempahan pelanggan bagi majlis pertunangan, cukur jambul, menyediakan cenderahati korporat, baju tradisional dan menyewa baju songket.

Menurut Siti Hadijah lagi, beliau kini merancang membuat kursus penyediaan majlis perkahwinan yang sempurna, pengurusan dan bajet. Kepada yang berminat boleh menghubunginya di 017-3501364.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, February 11, 2010

Produk Kayu De Fine Nature

(Post: Bahasa Melayu)
" Penggunaan kayu dijangka terus mendapat permintaan ramai tahun ini berdasarkan aliran klasik dan tradisional yang kembali mewarnai seni hiasan laman. Aliran klasik dan tradisional lebih bertumpu kepada konsep nusantara dan tempatan, walaupun masih ada yang berminat dengan konsep Bali yang menampilkan penataan hias penuh misteri dan lapuk. "

Jangkaan itu dibuat De Fine Nature - syarikat yang memasarkan produk keluaran 18 usahawan Bumiputera yang menumpukan produk kayu.

Pengurus syarikat pengedar dan pemasaran produk kayu, De Fine Nature, Jamal A Aziz, menjangkakan pemilik kediaman mewah dan sederhana mewah lebih suka menggunakan kayu sebagai kemasan dan pelengkap hiasan laman kediaman untuk tahun ini.

Katanya, berdasarkan faktor jualan serta permintaan peminat seni hias laman akhir tahun lalu, penggunaan kayu semakin meningkat kerana ramai yang mahu beralih kepada penataan klasik dan tradisional.

"Selain itu, saya lihat kesedaran dan kemampuan ntuk menghias laman dengan kayu semakin bertambah terutama di kalangan kelompok pemilik kediaman mewah dan sederhana mewah. Kini, mereka yang berkemampuan sanggup mengeluarkan belanja untuk landskap berbanding lima tahun lalu."

"Memandangkan produk kayu lebih mahal serta berkualiti, maka ia menjadi pilihan dan koleksi eksklusif bagi penggemar hiasan laman."

"Malah, ada yang melabelkan penggunaan kayu sebagai simbol kemewahan kerana nilai estetikanya," katanya yang mempunyai tanggungjawab besar iaitu memasarkan produk 18 usahawan Bumiputera yang menumpukan kepada produk kayu selain kraftangan serta perkhidmatan rekaan hiasan dalam dan luaran yang menampilkan konsep tempatan sepenuhnya.

Syarikat De Fine Nature yang mendapat bimbingan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), mula menjadi ejen pemasaran sejak dua tahun lalu, kini berjaya memasarkan produk dengan nilai pulangan RM1 juta tahun lalu bagi pasaran domestik.

Jamal berkata, penggunaan kayu tidak terhad kepada produk seperti pergola, pagar dan kerusi laman saja tetapi kini diperluaskan kepada aksesori atau bahan hiasan laman lain seperti terendak lampu, hiasan dinding, pelantar, pancuran air, buaian laman dan pengadang tembok.

Katanya, aliran dan kehendak semasa juga menyaksikan bukan hanya kediaman seperti banglo atau kembar dua saja yang dihiasi kemasan kayu, malah rumah teres lot tepi dan tengah sama ada setingkat atau dua tingkat juga dihiasi dengan produk berasaskan kayu.

"De Fine Nature memasarkan produk kayu padu yang mementingkan aspek kualiti dan ketahanan yang sering diabaikan pengusaha kayu di pasaran tempatan."

"Produk yang dipasarkan dijamin berkualiti dengan harga setanding bahan digunakan. Saya sering mengingatkan pelanggan, penting untuk mengetahui jenis kayu bagi produk yang dibeli supaya tidak tertipu serta rugi di kemudian hari."

"Bagi kayu padu seperti cengal, jangka hayatnya panjang dan ia tidak mudah rosak, berkulat serta reput. Malah, cengal semakin lama digunakan rupanya semakin cantik, kerana kayu ini jenis berminyak juga ditakuti anai-anai."

"Selain cengal, produk yang dipasarkan adalah daripada kayu merawan, resak dan balau. Kayu jenis ini tahan lasak tetapi tidak boleh terlalu terdedah kepada panas dan hujan. Harganya lebih murah daripada cengal tetapi masih cantik untuk menjadi pelengkap laman," katanya.

Selain menjual produk baru, Jamal memberitahu syarikatnya juga membuat kerja membaik pulih serta menawarkan perkhidmatan landskap serta pemasangan wayar elektrik untuk laman,.

Beliau menjelaskan kebanyakan pelanggannya adalah mereka yang mahu berpindah ke rumah baru atau mereka yang baru berpindah ke kawasan perumahan baru.

"Melihat kepada aliran pelanggan, ramai yang mahu rumah mereka diubahsuai dan diberikan sentuhan seni hias laman. Kayu sering dipilih menjadi bahan untuk kemasan laman."

"Selain itu, saya lihat ramai cenderung memilih kayu dan elemen alam, kerana berpendapat ia dapat menenangkan selepas seharian penat bekerja," katanya.

Beliau menjelaskan ramai juga pelanggan yang mencari pancuran air dan kolam buatan pasang siap dengan kemasan kayu bagi melengkapkan lagi kediaman masing-masing.

"Bunyi air terhasil daripada kolam dan pancuran air menghidupkan lagi seri laman serta ramai mahukan bunyian berkenaan sebagai terapi selepas penat bekerja seharian. Begitu juga kehadiran ikan di dalam kolam," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::