ATTENTION !!!

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Produk Makanan Nourlie

(Post: Bahasa Melayu)
" Usaha tanpa mengenal jemu dan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya membawa Norli Ahmad, 43 menjadi usahawan seperti sekarang. "

Biarpun hanya berpendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendirikan rumah tangga seawal usia 19 tahun, perkataan putus asa dan gagal tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Bermula dengan kehidupan sebagai suri rumah tanpa pendapatan, Norli mencari pelbagai pekerjaan bagi menjana pendapatan di rumah dengan menggunakan modal yang kecil.

Malah pengalaman berniaga membantu keluarganya semasa usia remaja banyak membantu Norli dalam usaha membina empayar perniagaannya.

Tidak pernah mengenal erti perkataan putus asa, dia memulakan perniagaan menjual roti canai segera dengan modal sekecil RM10.

Roti canai yang dihasilkan dijual di sekitar kampung menggunakan motosikal sambil menggendong anak dianggap sebagai cabaran bagi mendaki tangga kejayaan.

Selepas bersusah-payah selama lebih tiga bulan dengan mengubah resipi beberapa kali barulah Norli mendapat menambat hati para pelanggan.

Malah sejak itu, dia telah mula mendapatkan bukan saja pelanggan tetap tetapi juga pasaran yang lebih besar.

Menjelang musim perayaan, Norli memang tidak menang tangan menerima tempahan pelbagai jenis kek dan biskut yang hanya dipelajari daripada majalah dan buku masakan yang ada di pasaran.

Ketika itu pada tahun 1990, Norli amat bersyukur apabila mendapat hasil pendapatan pertama hasil jualan biskut lebih RM100.

"Ketika itu saya merasa amat gembira dengan pendapatan pertama dan pada masa itu saya rasakan ini merupakan permulaan bagi membuka jalan bagi saya untuk berkecimpung dalam bidang ini," katanya semasa ditemui di premisnya di Kampung Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor.

Sebagai seorang usahawan yang baru, beliau sentiasa ingin mencuba dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan berhenti sehingga mendapat apa yang dihajati walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Selepas berjaya dengan jualan roti canai yang mendapat pasaran yang menggalakkan, Norli mula terfikir untuk membuat piza bagi memberi peluang bagi masyarakat di Batu Pahat merasai kelazatan dan perbezaan berbanding dengan makanan tradisional.

Mencari resipi dan cuba menghasilkan yang terbaik, akhirnya Norli berjaya membuat piza yang diterima pelanggan.

Malahan Norli berjaya menjual piza buatannya bukan saja di pasar-pasar malam sekitar Batu Pahat tetapi juga di sekolah-sekolah dengan harga yang amat berpatutan dan boleh dibeli oleh segenap lapisan masyarakat.

"Sebenarnya saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus masakan yang banyak dianjurkan seperti sekarang."

"Saya lakukan semuanya sendiri dengan mencuba pelbagai resipi sehingga mendapat apa yang dihajati," ujarnya.

Malah beliau pernah membuang beberapa kilogram tepung dan adunan kerana kuih dan kek yang dibuat tidak seperti yang diingini.

"Saya akan mencuba sehingga berjaya. Saya tidak pernah putus asa dan tidak pernah menganggap adunan yang dibuang hanya membazir."

"Sebaliknya adunan berkenaan boleh dikatakan seperti percubaan saya sebelum mendapat yang terbaik," jelas beliau.

Bersama-sama dengan suami, Afandi Anim, 45 yang banyak memberikan sokongan dan galakan, Norli berjaya menghasilkan produk dengan jenama Nourlie.

Berbekal dengan galakan serta sokongan keluarga walaupun ketika itu tiada skim bantuan kerajaan, perniagaan biskut Norli terus berkembang sehinggalah Jabatan Pertanian menghulurkan bantuan semasa beliau menyewa bangunan pekan Batu Pahat.

Bermula di sana, Norli mula membuat pelbagai jenis biskut termasuk 12 jenis makanan sejuk beku seperti roti canai mampan, donat, karipap, cucur badak, kasturi, popia dan murtabak daging, kek dan roti seperti kek muffin dan coklat moist.

Produk lain termasuk kek marble dan kek aising serta lebih 50 aneka biskut seperti almond slice, black pistachio, malatops crispy, alahai cookies, blackberry tart, chips knox classic dan conflakes crispy.

Norli berkata, kini syarikatnya berupaya mengeluarkan sehingga 30 karton biskut sebulan bergantung kepada permintaan dengan satu karton mempunyai 24 bungkusan biskut.

Manakala bagi makanan sejuk beku pula, syarikatnya berupaya mengeluarkan sehingga 50 kilogram sehari.

Bercerita mengenai cabaran dalam perniagaan, Norli menjelaskan beliau tidak menghadapi masalah dari segi produk.

"Cuma banyak kes yang melibatkan pelanggan tidak membayar selain daripada masalah banjir."

"Ketika dilanda banjir pada tahun 2007, saya mula mengenali Agro Bank semasa membacanya di akhbar," katanya.

Semasa itu beliau membuat pinjaman bagi membaik pulih peralatan dan mesin yang rosak akibat ditenggelami air semasa banjir.

Kini Norli boleh berbangga apabila pasaran biskut jenama Nourlie tersebar luas bukan saja di sekitar Batu Pahat di kedai-kedai runcit, kantin sekolah dan pasar raya malah sehingga ke Lembah Kelang.

"Sehingga kini saya sendiri tidak tahu bagaimana pasaran biskut saya boleh sampai sehingga dijual di kiosk-kiosk di pasar raya ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau mempunyai 15 orang pekerja yang bekerja selama lima hari seminggu dan lapan jam sehari.

Sehingga kini produknya telah menerima persijilan HALAL daripada pihak berkuasa manakala sedang dalam proses mendapatkan bagi mendapatkan persijilan Amalan Pengilangan Baik (APB).

Bercerita mengenai perancangan serta harapan di masa akan datang, Norli berharap dapat meningkatkan lagi kualiti produk bagi mendapatkan pasaran yang lebih luas misalnya sehingga ke negara Timur Tengah.

"Sebelum ini Jabatan Pertanian telah membawa produk saya semasa pameran di China manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga telah membawa beberapa produk saya ke beberapa pameran di luar negara," katanya.

Norli menasihatkan usahawan muda yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan agar jangan menjadikan modal sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Apa yang penting adalah kualiti barangan yang digunakan seperti mentega dan tepung bagi menjamin biskut yang dihasilkan lebih tahan lama.

"Saya sentiasa menggunakan bahan yang bermutu tinggi bagi menghasilkan produk yang bukan saja enak tetapi berkhasiat."

"Selain itu saya juga sentiasa mendapatkan maklum balas pelanggan bagi memberikan yang terbaik," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, January 8, 2011

Kiosk Roti The Bakery Moments

(Post: Bahasa Melayu)
" Din Baker Handel Sdn Bhd (Din Baker Malaysia), syarikat francais jenama The Bakery Moments dari Norway terus memperkukuhkan pasarannya di negara ini apabila memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi rakan niaga menerusi kios The Bakery Moments. "

Pengawal Pentadbiran Perniagaan dan Kewangannya, Meor Syah Eswandy, berkata program rakan niaga itu terbuka kepada sesiapa saja yang berminat terutama lepasan graduan, pesara, ibu dan bapa tunggal.

Katanya, sebagai strategi baru syarikat itu pada tahun ini pihaknya juga akan membuat penjenamaan semula The Bakery Moments untuk memberi produk berkualiti kepada pelanggan di samping suasana yang baru dan lebih santai.

"Modal untuk membuka kios The Bakery Moments adalah serendah RM25,000 dan pihak kami akan turut membantu dari segi promosi dan latihan bagi memastikan setiap kios dan rakan niaga dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan."

"Kami mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang ingin menjadi rakan niaga kerana selain boleh menjana pendapatan, kita secara tak langsung menyokong makanan berkhasiat untuk masyarakat dan roti ini juga dijamin halal serta berkualiti tinggi," katanya kepada Bisnes Metro.

Katanya, bagi permulaan pihaknya mensasarkan untuk membuka tujuh kios The Bakery Moments di sekitar Lembah Klang dan akan memperluaskannya ke seluruh negara sekiranya mendapat permintaan termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Kami akan memberi bantuan dan sokongan bagi membangunkan pelapis yang berminat dalam industri perusahaan roti." katanya.

Penasihat Din Baker Malaysia, Mohd Darmi Darwin, berkata pihaknya juga akan membuka Sentral Kitchen yang berkapasiti besar untuk menghasilkan lebih banyak roti dan produk lain untuk memenuhi permintaan.

"Sentral Kicthen dijangka siap Mac 2011 dan kami akan mengadakan pusat latihan membuat roti yang terbuka untuk kakitangan baru dan rakan niaga, malah mereka yang ingin memahirkan diri dalam pembuatan roti," katanya.

CONTACT INFO:
Telefon: 03-91003583
Email: meor@din-baker.com.my

Sumber: myMetro

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, December 7, 2010

Kafe Baghdad di Bandar Seri Putra

(Post: Bahasa Melayu)
" Aroma nespreso yang menyelubungi ruang kafe segera membangkitkan mood santai serta membawa jauh segala kepenatan tubuh. Diiringi muzik gemalai Asia Barat termasuk lagu terkini daripada penyanyi Maher Zain, para tetamu terasa seolah-olah berada di rantau itu. "

Kedudukan Kafe Baghdad yang agak strategik di kawasan perumahan dan institusi pengajian tinggi, nyata memberi kelebihan kepada kafe dua tingkat ini memancing pelanggan terutamanya dari sekitar Bandar Seri Putra, Kajang serta Putrajaya.

Idea kafe santai ini tercetus berikutan kesukaran untuk mendapatkan roti yang berkualiti seperti di negara Arab, jelas pemiliknya yang berasal dari Iraq.

"Di kafe ini, saya bukan sahaja menonjolkan keistimewaan roti buatan negara saya, bahkan aspek dekorasi juga," kata Ekhlas Tawfik, 60, yang pernah menetap di Switzerland.

Mengambil cara hidup masyarakat Swiss yang gemar minum kopi dan teh di kafe, pasangannya, Sharifah Noor Akma Syed Jamaludin terus menongkah arus dalam menjelmakan kafe idamannya.

Lari daripada konsep tipikal restoran atau kafe biasa, garis utama tatariasnya berlandaskan keselesaan, ringkas dan tenang.

Justeru, susun atur yang dijelmakan, ditambah dengan lukisan abstrak bersaiz dinding sambil disesuaikan dengan gabungan dua negara secara harmoni.

"Bagi tempat duduk, kami menyediakan beberapa jenis sofa mengikut keselesaan pengunjung seperti daripada kulit, baldu serta kayu," sampuk Noor Akma sambil menuangkan teh citarasa Arab.

Lebih menarik, tiada meja makan yang diletakkan. Sebaliknya, sofa yang lembut menjadi pengganti meja hidangan.

Ruang di tingkat atas pula begitu menarik perhatian pengunjung terutama bagi individu yang gemar berkumpul dalam kumpulan.

Dengan tilam yang dibalut dengan kain tenunan khas dari Syiria dan beberapa bantal empuk, tetamu pasti ralit berbual kerana diselubungi keselesaan seumpama di rumah.

Bersila sambil menikmati hidangan istimewa Arab seperti nasi mandi biri-biri serta keenakan roti yang berintikan nasi.

Teh Arab

"Sengaja saya gabungkan warna merah, hitam dan putih di ruang ini. Ia bukan saja untuk menaikkan mood pengunjung malah ia merupakan antara warna pilihan masyarakat di Asia Barat," jelas Ekhlas.

Makanan istimewa kafe ini tidak lengkap tanpa teh Arab yang keras rasanya dan baunya tetapi ia cukup menyenangkan.

Dihidangkan dalam cawan yang cukup unik, teknik menyediakan teh tersebut turut disediakan di tingkat atas bagi kemudahan pelanggan.

Bercerita lanjut, Ekhlas memberitahu, ruang berdinding kuning cair tersebut mempunyai beberapa fungsi lain selain menjadi tumpuan sebagai ruang santai berkumpulan.

Menurutnya, agenda lain seperti seminar, majlis khas atau perjumpaan keluarga sering mendapat tempat di ruang tersebut.

Bagi pengunjung yang baru pertama kali mengunjunginya, miniatur unta, pokok inai gergasi dan minuman soda yang menjadi tradisi masyarakat Asia Barat pasti menggoda.

Bukan itu saja, elemen tembaga yang dipantulkan menerusi artifak seni seperti teko teh klasik dan mangkuk hiasan melengkapkan unsur Arab dan Swiss di Kafe Baghdad.

Kafe berkeluasan keluasan kafe 24 x 7 meter itu dilimpahi cahaya daripada lampu bermanik dengan pelbagai kombinasi warna.

"Lampu memang menjadi tarikan utama dalam hiasan berkonsep Asia Barat. Aspek reka bentuk, warna dan saiz memberi impak pada ruang sederhana besar ini," ungkap Ekhlas.

Dalam pada itu, pengunjung juga tidak harus melepaskan peluang merasa teh yang ditanam di Sri Lanka namun ia hanya dijual di Switzerland.

Dengan adunan tradisi menggunakan rempah khas, tetapi aroma yang terbit dari teko khas yang diletakkan di kaunter minuman dapat dihidu dari jauh.

Tidak dinafikan, teko pembuat teh tradisi yang dibawa khas dari negara teluk berkenaan mempunyai peminat tersendiri.

Dalam ketawa, Ekhlas menjelaskan ia menjadi barangan kesayangan dan signatur kafe tersebut. Lantaran itu, ia diletakkan berhadapan dengan pintu masuk, seolah-olah bertugas menjadi penyambut tetamu.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, February 17, 2010

Kilang Roti Federal Bakery

(Post: Bahasa Melayu)
" Sejarah Kuala Lumpur bermula pada tahun 1857 apabila bijih timah ditemui Raja Abdullah di kawasan Ampang. Hasil penemuan sumber alam itu menarik minat peniaga untuk menjual barangan keperluan kepada pelombong-pelombong bijih. Mereka mendirikan kedai-kedai di pertemuan Sungai Klang dan Gombak sehinggalah pada tahun 1880 apabila Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor. "

Perkembangan itu menyaksikan semakin banyak bangunan dibina manakala jumlah penduduk semakin bertambah. Situasi itu mendorong seorang lelaki membuka sebuah kilang roti.

Kilang itu ialah The Federal Bakery yang dibuka pada tahun 1906 dan masih kukuh bertapak di ibu negara walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.

Diasaskan oleh Mohd. Yusof Ahmad Shah, kisah perniagaan Federal Bakery bukan mudah. Bersama 11 orang rakan, Yusof menjual roti menggunakan sampan dan basikal.

"Keuntungan yang diperoleh seharian digunakan bagi membeli bahan mentah untuk jualan keesokan harinya dan proses itu berterusan."

"Terdapat 11 orang lagi yang turut menjual roti namun hanya datuk saya yang mengambil keputusan membina kilang roti."

"Tidak lama kemudian kilang ini diwariskan kepada bapa saya, Abdul Wahab, ketika dia berusia 18 tahun."

"Saya pula mengambil alih daripada bapa pada tahun 1976 walaupun pada mulanya berasa kekok untuk menceburi bidang pembuatan roti."

"Malah hanya saya seorang daripada lapan adik-beradik yang meneruskan perniagaan ini," kata pemilik Federal Bakery kini, Mashood Abdul Wahab ketika ditemui di pejabatnya di Bulatan Loke Yew, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ujarnya lagi, Federal Bakery sebenarnya telah melalui pelbagai peristiwa suka dan duka untuk terus bertahan.

"Semasa British menjajah negara, kebanyakan kilang roti yang beroperasi menamatkan perniagaan mereka kerana kesukaran mendapatkan bekalan."

"Bagaimanapun, bapa saya mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dengan menawarkan sumber makanan kepada mereka dan pihak British pula menyalurkan bahan mentah kepadanya," katanya.

Semasa pemerintahan Jepun dan Darurat, kesukaran lain pula melanda.

"Pihak tentera Jepun pernah mengugut untuk memotong kepala bapa saya jika dia memberikan makanan kepada British. Tetapi bapa saya membuat perkara yang serupa seperti datuk dengan membekalkan makanan kepada pihak Jepun pula."

"Semasa Peristiwa 13 Mei 1969, Federal Bakery merupakan salah satu kilang yang menyalurkan sumber makanan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur."

"Malah kawasan kilang dikawal tentera 24 jam sehari dan segala urusan keluar masuk perlu melalui proses yang ketat," katanya yang tidak dapat melupakan peristiwa itu.

Walaupun terpaksa bersaing dengan kilang-kilang roti yang lebih besar, Federal Bakery tidak pernah gentar. Rahsianya, kata Mashood ialah resipi asal milik datuknya yang masih digunakan sehingga kini.

"Bukan kaum wanita sahaja suka mengumpul dan menyimpan resipi masakan, saya juga menyimpan dan mereka cipta resipi-resipi baru khususnya dalam pembuatan roti."

"Buku yang berusia lebih 100 tahun ini masih elok dalam simpanan saya dan akan menjadi rujukan anak-anak saya kelak apabila mereka mewarisi perniagaan turun-temurun ini."

"Malah pelanggan yang sudah biasa dengan resipi lama sering memberi ingatan supaya tidak menukar kepada ramuan baru sehingga ada yang sanggup datang ke kilang," katanya ketawa.

Mashood memberitahu, pembuatan roti pada masa dahulu lebih sukar berbanding sekarang yang menggunakan teknologi moden.

"Bapa sering menceritakan kepada saya betapa susahnya untuk membuat sebuku roti berbanding sekarang yang mempunyai pelbagai peralatan canggih yang mempercepatkan prosesnya."

"Ini kerana pada zaman dahulu proses membuat roti mengambil masa selama sembilan jam berbanding tiga jam sahaja kini kerana pada waktu itu yis yang membolehkan tepung cepat kembang belum digunakan."

"Sebaliknya mereka pakai sejenis bunga yang membolehkan tepung kembang tetapi ia tidak secepat yis. Tambahan pula, mereka membakar roti menggunakan arang dan kayu api sahaja," katanya lagi.

Uniknya, bagi mengetahui sama ada roti itu sudah masak atau belum, mereka mengukurnya dengan menghisap cerut.

Sekiranya cerut yang dihisap telah habis, roti yang dibakar sudah boleh dikeluarkan daripada ketuhar. Masa yang diambil ialah sembilan jam dan keseluruhan masa proses sebelum roti siap diedar ialah 15 jam.

Kini, pekerja hanya memutar tombol penentu masa pada ketuhar dan hanya menunggu roti tersebut masak dalam jangka masa kurang dua jam.

Federal Bakery merupakan syarikat pemilik beragama Islam tertua di Malaysia dan kini mempunyai 40 orang pekerja.

"Kami turut menghasilkan roti sandwic berharga RM1.60 sebanyak 40,000 sehari dan bagi roti berkrim pula sebanyak 100,000 biji."

"Pasaran pula ialah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang yang mewakili lima peratus industri roti di negara ini dengan kekuatan 45 buah lori dan 250 orang vendor yang dilantik," katanya yakin.

Bicaranya, antara pelanggan roti keluaran syarikatnya ialah keluarga diraja Kelantan dan Perlis. Malah bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak adalah antara pelanggan utamanya dahulu.

"Bagi keluarga diraja, pemandu mereka akan datang ke kilang di Sungai Besi seminggu sekali untuk mengambil stok. Mungkin kerana roti sandwic yang Federal Bakery hasilkan lebih lembut berbanding pengeluar roti lain."

"Federal Bakery juga menghasilkan roti Perancis yang jarang syarikat roti buat kerana prosesnya yang sukar dan kini kilang ini telah menghasilkan 30 jenis roti seperti roti sandwic, ban berperisa ban kelapa," ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, August 24, 2009

Cafe Al-Ghufran

(Post: Bahasa Melayu)
"Mahukah anda pergi ke sebuah masjid semata-mata untuk menikmati sajian istimewa yang ditawarkan?"

Mungkin ia kedengaran agak pelik, tetapi itulah yang boleh didapati di Cafe Al-Ghufran.

Beroperasi di Masjid Al-Ghufran yang terletak di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, orang ramai berpeluang merasai keenakan sajian dari dapur kafe itu.

Sebut sahaja apa yang diinginkan, kuisin barat mahupun hidangan tempatan, semuanya ada di sana.

Antara menu yang mungkin boleh dicuba termasuklah nasi lemak ayam kampung, set ikan bakar serta hidangan ala carte seperti mi goreng, nasi goreng dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, Al-Ghufran turut menyediakan menu ringkas seperti roti dan sup untuk mereka yang mungkin berdiet.

Lebih menarik, jika berkunjung pada waktu malam, anda juga boleh menyaksikan pemandangan yang mengagumkan dengan kerlipan lampu berwarna-warni dari puncak bukit.

Berkonsepkan tradisional Melayu, kafe ini turut menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti sambutan hari lahir, perkahwinan dan lain-lain lagi.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, July 18, 2009

Biskut Raya D FLOWERS CAKE

(Post: Bahasa Melayu)
"Apa yang pasti, saya suka mengambil pendekatan ringkas agar peserta mudah faham, penggunaan barangan atau bahan mentah yang tidak terlalu mahal dan hiasan yang sedap mata memandang."

Kemunculan biskut pada musim perayaan sering membuat selera sesiapa pun terpana. Ini kerana biskut antara kudap-kudap yang jarang ditemui pada hari-hari biasa berbanding snek lain.

Dengan penampilannya yang istimewa, pelbagai corak dan bentuk, biskut moden menjadi pilihan untuk 'memeriahkan' meja makan pada musim perayaan.

Menyedari hakikat itu, satu bengkel bertemakan Jom Buat Biskut Raya anjuran D Flowers Cake telah diadakan pada 5 Julai ini bertempat di Hotel KL International, Kuala Lumpur.

Program yang diadakan pada hujung minggu itu dijalankan secara teori dan praktikal. Ia bertujuan mengajak mereka yang berminat untuk mempelajari cara-cara menghasilkan biskut-biskut moden bercita rasa enak.

Jelas pemiliknya, Zanifah Md Nor, 41, program itu bukan sahaja sesuai untuk kaum ibu yang berhasrat menghasilkan sendiri biskut untuk ahli keluarga, malah ia boleh dijadikan pendapatan sampingan.

"Dengan kos yang agak rendah berbanding biskut yang ditempah, menghasilkan biskut sendiri pasti memberikan seribu kepuasan.

"Kepada yang kaki berniaga pula, inilah masanya untuk menambahkan pendapatan keluarga. Pendek kata, tidak sia-sia menjual biskut yang ada rupa dan rasa," tambahnya yang sering mengadakan bengkel pastri dan biskut.

Bengkel kali ke-21 anjuran D Flowers Cake ini menampilkan enam jenis biskut moden iaitu lorrita, lambada, santana, balada, kapakabilla dan senjakala.

D Flowers Cake juga turut menawarkan beberapa bengkel pastri seperti bengkel membuat dan menghias kek, kraf gula, roti dan talam yang sering mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.

CONTACT INFO:
Telefon: 019-6647068 / 012-6759076

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, November 29, 2008

Kelas Memasak RFC Enterprise

(Post: Bahasa Melayu)
"Walaupun premisnya itu baru berusia setahun jagung (mula dibuka pada Jun 2008), namun kini premisnya sudah mempunyai lebih 300 ahli, termasuklah dari Sabah, Sarawak dan Brunei, yang sama-sama minat dalam bidang masakan."

Satu kepercayaan yang sentiasa dipegang usahawan, Rohayati Ayub, yang juga merangkap tenaga pengajar yang sudah mencecah usia 45 tahun ini, setinggi mana kejayaan yang diraih pasti bermula dari langkah yang satu.

Kini, dia sudah boleh berbangga dengan pembukaan RFC Enterprise iaitu premis membekalkan bahan dan peralatan membuat kek, roti dan biskut yang terletak di Pusat Perniagaan Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dengan bayaran yuran serendah RM10 untuk setiap kelas masakan, beliau turut meringankan tulang menganjurkan kelas memasak hasil usaha dan pengalaman yang dikutip beberapa tahun lalu.

Selain membekal bahan masakan, dia turut membuka kelas masakan yang boleh memuatkan kira-kira 50 pelajar sekali gus di tingkat satu premis yang sama.

Kelas berkenaan yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad memberi peluang kepada para pelajar melihat demonstrasi memasak sesuatu jenis masakan secara terus selain teori yang diajar berdasarkan resipi yang disediakan.

Dengan pelan jangka panjang untuk menyediakan sebuah asrama kepada pelajar yang datang dari jauh, tidak mustahil premis milik Rohayati ini bakal menjadi kilang yang akan melahirkan golongan wanita yang kaya dengan ilmu orang dapur.

INFO Kelas Memasak:
Antara masakan yang diajar termasuklah:
- roti
- kek
- kuih tradisional
- ais krim
- masakan barat

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::