ATTENTION !!!

Wednesday, August 5, 2009

Teknologi TMOF Membasmi Wabak Denggi

(Post: Bahasa Melayu)
"Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Zaini Ujang berkata, penghasilan protein yang dikenali sebagai Trypsin Modulating Oostatic Factor (TMOF) itu berkeupayaan membunuh jentik-jentik nyamuk aedes."

Setiap tahun, sebanyak lebih 50,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia akibat penularan wabak denggi.

Di Malaysia, penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes itu telah merekodkan sebanyak 49,355 kes dengan 112 kematian pada tahun 2008.

Malah, untuk setengah tahun pertama tahun ini sahaja, lebih 23,000 kes dengan 57 kematian telah dilaporkan.

Melihat kepada jumlah kes yang terus meningkat, pelbagai langkah drastik telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha menanganinya daripada terus merebak.

Justeru, bagi menyokong usaha berkenaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat swasta, EntoGenex Industries Sdn. Bhd. telah menghasilkan protein kombinan yang boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Projek tersebut turut mendapat sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"Protein kombinan ini dihasilkan melalui proses penapaian menggunakan sel yis di mana maklumat genetiknya telah diubah suai menjadi TMOF untuk bertindak mengganggu sistem penghadaman jentik-jentik."

"Apabila jentik-jentik nyamuk memakan sel yis yang telah dimasukkan ke dalam tempat pembiakan, ia akan memberi kesan kepada sistem penghadaman dan seterusnya menyebabkan kematian," katanya.

Projek penyelidikan yang bernilai RM175,000 itu dibiayai sepenuhnya oleh EntoGenex Industries dan telah dijalankan sejak Disember tahun lalu oleh sekumpulan penyelidik Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) di UTM Skudai.

Menurut Fadillah, pihaknya akan terus menyokong inisiatif penyelidikan seperti itu demi manfaat masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah untuk warga dunia.

"Jalinan kolaborasi antara institusi pengajian tinggi (IPT), badan kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan merupakan suatu usaha yang baik dalam menghasilkan produk tempatan."

"Di samping sokongan penyelidikan, MOSTI juga akan memberi bantuan dari segi pra pengkomersialan produk-produk bioteknologi selain mempromosikannya kepada kementerian berkaitan serta pihak berkuasa tempatan (PBT)," jelasnya.

Teknologi TMOF mempunyai keunikan seperti tidak bersifat toksik, tiada kesan sampingan kepada hidupan dan alam sekitar serta memberi kesan yang berpanjangan.

Sebagai medium pembawa bahan TMOF itu, pihak CEPP telah menjalankan kajian untuk menggunakan hampas beras dan juga jagung.

Secara keseluruhannya, pembanguan TMOF yang dijalankan oleh CEPP itu bakal melibatkan pemindahan teknologi tinggi dalam usaha merealisasikan pembuatan berskala besar di Malaysia.

Untuk tujuan itu, UTM akan menjalankan projek teknologi inkubator dan seterusnya bertindak sebagai hab bioteknologi bagi pembangunan industri berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

1 comments:

Masokis August 5, 2009 at 5:16 PM  

Rasanya, mungkin perlu kita tukar pandangan..

kerajaan dah lancar kempen utk bersihkan kawasan dari menjadi habitat dan pembiakan nyamuk...
tp kebanyakkan kita cuma pejam mata.

Ada 1 teknologi yang dlu pernah diutarakan, iaitu menggunakan BUNYI.

Bunyian tersebut tak didengari oleh manusia.. tp haiwan serangga mampu mendengar dan merosakkan sistem deria mereka..

daripada fogging atau ubat kimia..
teknik fizik ni lebih membawa kebaikan..

Jemputlah ke:
http://PROGRAMMER-NOTE.BLOGSPOT.COM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::