ATTENTION !!!

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Pusat Mental Literasi Minda Malaysia

(Post: Bahasa Melayu)
" Ketika menuntut di tahun tiga pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Gas Asli, Universiti Teknologi Malaysia, Lim Teck Hoe, 35, mendapati dirinya sukar membahagikan masa antara belajar dan aktiviti kokurikulum. "

Sebagai seorang yang aktif dalam debat dan menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Teck Hoe berasa amat sukar untuk dirinya fokus dalam pembelajaran. Tambahan pula subjek-subjek yang diajar pada tahun tiga sudah mula fokus pada pengkhususan.

"Dari situ, saya mula memikirkan kaedah bagaimana mengoptimum masa untuk belajar tanpa meninggalkan aktiviti-aktiviti yang saya minat," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor.

"Kita pasti berasa pelik mengapa orang lebih mudah mengingati peserta Akademi Fantasia (AF) berbanding dengan senarai formula subjek sains. AF dipersembah dalam bentuk interaktif yang pasti menarik perhatian ramai, manakala mata pelajaran sekolah disampaikan dalam bentuk yang kurang menarik," ujarnya.

Dalam pembacaannya, Teck Hoe mendapati asas otak manusia terbahagi kepada dua bahagian dengan kedua-dua belah membawa cara dan tempoh simpanan masa mengingat dengan cara yang berbeza.

Bahagian otak

Otak kiri mampu mengingati fakta berbentuk gambar dalam jangka masa lama, manakala otak kanan pula digunakan untuk mengingati pembelajaran berbentuk matematik tetapi dalam tempoh masa yang sekejap.

Menggunakan asas tersebut, dia mengaplikasi proses pembelajaran dengan menggabungkan kedua-dua bahagian otak manusia.

Nota-nota pengajian kejuruteraannya menggunakan pelbagai gambar rajah dan peta minda bagi memudahkan dia mengingat dengan cepat.

Dalam masa yang sama, Teck Hoe masih juga aktif dalam sukan, debat dan perwakilan pelajar sehinggalah dia memperoleh ijazah pada tahun 1999.

Melihatkan potensi dan kebaikan pembelajaran secara optimum, jejaka yang masih bujang itu mengambil keputusan untuk terus serius dalam mengembangkan teknik pembelajarannya.

"Sehingga kini hampir 5,000 orang yang terdiri daripada pelajar universiti dari pelbagai bidang seperti undang-undang dan neurologi serta sekolah pernah mengikuti ceramah saya," ujar jejaka berasal dari Raub, Pahang itu.

Malah pada tahun 2002, dengan menggunakan teknik mengingat, dia telah berjaya memecah rekod Asia dalam Kejohanan Memori Sedunia di England anjuran Persekutuan Sukan Memori Dunia.

"Saya melakukan persediaan selama tiga bulan untuk pertandingan tersebut dengan sentiasa melakukan senaman berkala dan makan banyak kismis terutama apabila pertandingan semakin dekat."

"Sebanyak 70 buah negara menyertainya dalam 10 buah acara yang berbeza seperti mengingati puisi dalam tempoh masa beberapa minit."

"Rekod yang saya pegang adalah mengingati 129 nama dengan ejaan yang tepat berserta wajah dalam tempoh masa 15 minit," ujar anak lelaki ketiga daripada lima orang adik-beradik itu.

Teck Hoe juga sempat berkongsi ilmu dengan penulis bagaimana ingin mengingati satu susunan nombor yang mempunyai berbelas-belas angka dalam masa yang singkat.

Kaedah yang digunakan adalah dengan mencipta satu cerita pendek yang berkaitan angka-angka tersebut dan didapati ia lebih mudah dan cepat untuk diingati.

Teck Hoe kemudian menubuhkan Pusat Mental Literasi Minda Malaysia (Mentalist) pada tahun 2004 sebagai salah satu cara mempromosi pembelajaran secara literasi.

"Saya sudah mengumpul lebih 100 tip berkaitan cara untuk belajar dengan cemerlang pada tahun 2009 melalui pembacaan dan kajian."

"Pada mulanya, saya mahu menerbitkan sendiri tetapi tahun lalu, saya mendapat tawaran daripada syarikat penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.," ujar sambil menunjukkan buku 123 Amalan Belajar Cemerlang.

Dalam buku yang berbentuk kepingan kad itu, Teck Hoe berkongsi 123 amalan belajar cemerlang daripada fasa persediaan belajar sehingga teknik belajar yang betul.

Otak seperti komputer

Salah seorang pelajar yang mengamalkan teknik memori Mentalist, Iman Nazurah Zulkifli, 17, mengakui hanya mengambil masa yang singkat untuk mempelajari teknik meningkatkan memori.

Mula mengoptimum proses pembelajaran sejak berumur 12 tahun ketika menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Iman sering menggunakan perkara di persekitarannya dan aktiviti harian sebagai satu cara untuk belajar.

"Saya sering menggantikan benda-benda yang perlu dihafal dengan perkara-pekara yang mudah diingati dan menjadikan subjek yang bosan seperti sejarah satu keseronokan," ujarnya.

Pakar Neurologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, otak manusia berfungsi seperti sebuah komputer dengan proses input, penyimpanan dan mendapatkan semula tetapi ia lebih kompleks.

"Sebagai contoh, jika individu mahu menghafaz al-Quran, mengingati gambar atau wajah manusia, dia perlu melihat bagi menerima data."

"Data-data dari mata akan disimpan di korteks oksipital dan korteks posterior temporal di bahagian belakang otak untuk interpretasi," ulas Raymond ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Raymond, untuk individu yang mahu mengingati kata-kata atau lagu, maklumat yang dapat dari telinga bergerak ke pangkal otak dan berakhir di neokorteks lateral temporal untuk interpretasi.

"Jika menonton filem pula, kedua-dua aliran akan berfungsi. Selepas maklumat ditafsir dan kita memahaminya, ia akan disimpan ke dalam pusat memori yang dipanggil hipokampus," katanya.

Apabila seseorang itu mahu menggunakan maklumat yang disimpan, arah aliran bergantung kepada cara yang digunakan untuk mengingat.

"Jika seseorang itu mahu menulis ayat-ayat yang diingati, aliran memori akan bergerak dari hipokampus ke korteks motor yang terletak di lubas frontal supaya tangan dapat digerakkan," ulasnya.

Kata Raymond lagi, secara saintifik, manusia mampu meningkatkan memori dan mengingat lebih banyak fakta kerana setiap maklumat disimpan dengan sambungan baru antara sel-sel otak.

Genetik

"Kita hanya perlu ada keinginan yang kuat untuk mengingat selain faktor genetik yang memainkan peranan penting. Kerana itu, jika ibu bapa pandai, selalunya anak akan pandai tetapi tidak bermakna ibu bapa yang sederhana, anaknya tidak boleh pandai."

"Terdapat pelbagai cara yang boleh meningkatkan daya memori seseorang seperti sentiasa mempunyai keinginan untuk mengeluarkan semula maklumat yang disimpan."

"Jika kita sentiasa menggunakan maklumat yang disimpan di hipokampus untuk disampaikan kepada orang lain, lama-kelamaan ia akan menjadi lebih mudah untuk dikeluarkan apabila perlu."

"Sebab itu, pensyarah-pensyarah di universiti kelihatan pandai kerana mereka sentiasa mengeluarkan maklumat yang disimpan untuk mengajar," katanya.

Selain kerap mengeluarkan maklumat, Raymond juga mengamalkan teknik mnemonik dan akronim dalam proses pengajarannya dan ia terbukti memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta.

Menurut beliau, teknik mnemonik menggunakan perkataan atau nama untuk mengingati sesuatu maklumat. Contohnya, untuk mengingati warna-warna pelangi, huruf pertama setiap awalan perkataan dibina menjadi satu kisah ringkas.

"Dianggarkan, manusia biasa hanya menggunakan 10 peratus daripada otak dan ia bersifat keplastikan neuronal. Otak perlu kerap dilatih, dengan cara itu mungkin ia mampu ditingkatkan kepada dua kali ganda daripada biasa," ujarnya.

Faktor pemakanan

Dalam pada itu, Pakar Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak menegaskan, corak pemakanan yang betul sejak peringkat kandungan lagi memainkan peranan penting membentuk keupayaan mental seseorang.

Namun, Shariza turut mengakui amalan pemakanan untuk menguatkan memori perlu diamalkan sepanjang hayat.

"Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bok choy serta buah-buahan yang mengandungi pigmen antosianin dan bahan aktif kuarcetin merupakan makanan yang amat baik untuk memori."

"Asid folik dan kumpulan vitamin B seperti B1, B3, B6 dan B12 dikatakan dapat membantu dalam mempercepat pemprosesan maklumat dan proses mengingat," ulasnya.

Selain itu, menurut Shariza, kajian daripada Universiti Waikato, New Zealand mendapati madu lebah asli dikatakan baik dalam melegakan tekanan dan membaiki daya ingatan.

"Walaubagaimanapun, madu perlu diambil secara terkawal kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetis," nasihat Shariza.

Tambahnya lagi, seorang individu itu perlu minum air kosong antara 1.5 hingga 2 liter sehari bagi mengelakkan penyahhidratan.

Penyahhidratan otak dan badan akan memberi masalah kepada memori jangka pendek dan tidak dapat menumpukan perhatian.

"Penggemar minuman diuratik seperti kopi, teh dan minuman beralkohol pula perlu mengambil lebih banyak air kosong," katanya lagi.

Selain amalan pemakanan yang baik, Shariza turut berkongsi tip meningkatkan daya ingatan iaitu dengan selalu melakukan aktiviti riadah.

"Aktiviti tersebut mampu melancarkan aliran oksigen ke dalam otak," ujar beliau.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, June 11, 2011

Pusat Latihan Kemahiran Septronic

(Post: Bahasa Melayu)
" Sebaik mendengar taklimat ringkas daripada guru kursus automotif berkaitan ujian yang bakal dijalankan, beberapa pelajar pantas mencapai peralatan masing-masing lalu menuju ke empat buah kereta yang telah disediakan. "

Salah seorang daripadanya bernama Gogulakrishnan Balakrishnan yang berasal dari Ipoh, Perak. Remaja berusia 20 tahun itu kelihatan bersemangat untuk melaksanakan ujian berkaitan memperbaiki sistem penyerap hentakan (absorber) kereta.

Hari itu, Gogulakrishnan diberi peluang membaiki kerosakan absorber bahagian depan kereta Proton Waja 1.6 berwarna perak.

Meskipun tidak mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, namun anak bongsu daripada empat adik-beradik itu berjaya menunjukkan kemampuan dalam kerja-kerja berkaitan bidang automotif. Kini, dia merupakan pelajar Sijil Kemahiran Automotif Tahap II di Pusat Latihan Kemahiran Septronic (SSTC).

"Saya seronok mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan di sini. Walaupun saya pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi, peluang belajar di SSTC boleh menjadikan saya individu yang berdikari."

"Tambahan pula, sejak di sekolah saya memang meminati bidang automotif. Justeru, apabila melihat terdapat kursus kemahiran automotif turut ditawarkan di pusat ini, saya tidak teragak-agak untuk mengikutinya," kata Gogulakrishnan kepada Kosmo! ketika ditemui di kampus utama SSTC yang terletak di Bukit Beruntung, Selangor.

Menurut Pengarah Urusan SSTC, Abdul Rashid Nopiah, antara objektif utama pusat tersebut diwujudkan adalah untuk membantu dan mendorong pelajar yang lemah dalam akademik agar dapat menguasai kemahiran tertentu sekali gus mampu bersaing di pasaran kerja.

"Sejak ditubuhkan pada tahun 2003, SSTC telah melahirkan 1,200 pelatih yang berkualiti dan berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang kemahiran masing-masing sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta," jelas beliau sambil memberitahu pusat tersebut mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia sejak 2 Januari 2003.

Apa yang pasti, SSTC mempunyai visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam kejuruteraan dan hospitaliti.

Institusi itu juga berazam melahirkan pelatih yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Terdapat enam kursus kemahiran yang ditawarkan SSTC iaitu automotif, pengetuk panel kenderaan rendah, penyembur cat, elektrikal, pastri dan penyelia makanan atau minuman (pramusaji).

Setiap kursus mempunyai tiga tahap dengan bagi Sijil Kemahiran Tahap I dan II, tempoh pembelajaran mengambil masa selama enam bulan manakala Sijil Kemahiran Tahap III dalam tempoh setahun.

Pengetua SSTC, Sugunadevi Arjunan, 48, berkata, pengambilan pelajar bagi mengikuti kursus yang ada dilakukan sebanyak empat kali setahun.

Uniknya, mereka bukan sekadar menyasarkan pelajar dalam kalangan remaja lepasan sekolah untuk mengikuti kursus tersebut, bahkan golongan ibu tunggal atau individu menganggur yang mahu mempelajari kemahiran yang diminati juga amat dialu-alukan.

"Dalam aspek ini kami bersikap terbuka kerana mahu memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu mengembangkan bakat dan potensi diri untuk masa depan yang gemilang."

"Malah, SSTC boleh dianggap sebagai alternatif utama bagi mereka yang lemah atau tidak berminat menyambung pelajaran dalam bidang akademik," ujar Sugunadevi yang memainkan peranan penting dalam mengasaskan penubuhan SSTC sebagai respons terhadap kekurangan profesional teknikal terlatih dalam industri vokasional.

Sejarah Penubuhan

Pada mulanya Septronic hanya menawarkan kursus Mekanik Kenderaan Motor pada tahun 2003 di Selayang, Selangor dengan 13 pelajar perintis.

Dua tahun kemudian, lokasi pusat tersebut berpindah ke Jalan Ipoh di Kuala Lumpur apabila satu lagi kursus tambahan iaitu elektrikal diwujudkan.

Di samping itu, apabila menyedari industri pelancongan Malaysia semakin berkembang dan permintaan terhadap kakitangan dalam penyediaan makanan dan minuman (F&B) dan kursus pastri meningkat, Sugunadevi terus mengambil langkah proaktif memulakan kursus-kursus berkaitan.

Keadaan itu mendorong beliau untuk mencari lokasi yang lebih sesuai di Sentul Raya bagi menyediakan pembelajaran yang kondusif buat pelajar yang mengikuti kursus kemahiran di bawah kelolaan SSTC.

"Tahun lalu, SSTC berpeluang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Amerika Syarikat, ICAR International untuk menjalan kursus pengetuk panel dan penyembur cat yang secara tidak langsung meluaskan lagi skop pembelajaran kemahiran di sini," katanya yang berhasrat menjadikan SSTC sebagai pusat sehenti bagi kursus-kursus kemahiran.

Kampus utama SSTC di Bukit Beruntung ini baru sahaja beroperasi sejak dua bulan lalu. Ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang badminton, futsal, sepak takraw, perpustakaan, surau dan kafe.

Mereka yang berminat mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di SSTC turut diberi kemudahan penginapan di apartmen yang terdapat di kampus tersebut.

Tenaga pengajar pula terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Antaranya seperti guru dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan mereka yang terlibat dalam industri berkaitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SSTC layari laman web SSTC atau hubungi talian 03-40452468.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, December 12, 2010

Cambridge Learning Malaysia

(Post: Bahasa Melayu)
" Masih segar dalam ingatan Pengurus Cambridge Learning Malaysia, Cambridge University Press (CUP), Gregor D. Smart apabila beliau didatangi oleh seorang lelaki ketika menyertai Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada Mac lalu. "

Menurut Gregor, 44, lelaki pertengahan usia yang ditemuinya di gerai CUP itu kelihatan sangat teruja kerana bertemu kembali judul buku yang pernah digunakannya pada suatu ketika dahulu sebagai bahan dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris.

Lelaki tersebut memberitahu Gregor bahawa buku berjudul "English Grammar in Use" itu banyak membantu beliau dalam mempelajari teknik tatabahasa dan beliau berhasrat membelikannya untuk anak perempuan beliau.

"Buku berkulit tebal dan berwarna perak berkilau itu merupakan keluaran khas sempena ulang tahun pengeluarannya yang ke-25 pada tahun lalu."

"Ia tidak dapat diperoleh di negara ini kerana dicetak dengan terhad untuk pasaran London sahaja. Namun sesiapa yang ingin memilikinya dalam versi asal boleh mendapatkannya di gedung-gedung buku di negara ini," kata lelaki kelahiran Paisley, Scotland itu.

Mengulas mengenai keistimewaan buku tersebut, kata lelaki yang menggemari masakan rendang daging itu, buku tersebut sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat usia pelajar terutama mereka yang sedang mempelajari bahasa itu pada tahap pertengahan.

Dengan terdapat lebih 200 latihan yang berbeza dan format serta penerangan yang mudah difahami membuatkan buku yang dihasilkan oleh Raymond Murphy tersebut merupakan buku tatabahasa paling banyak terjual oleh CUP.

"Bayangkan sejak mula diterbitkan pada 1984, buku tersebut sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh guru-guru bahasa dan pelajar, bukan sahaja di negara ini tetapi seluruh dunia," katanya sambil menjelaskan bahawa buku setebal 142 muka surat itu turut dijual bersama sekeping cakera padat (CD) interaktif.

Disasarkan supaya dimiliki oleh setiap orang yang ingin menguasai bahasa Inggeris, kamus Cambridge Advanced Learner's Dictionary pula antara buah tangan penting CUP yang lain kerana ia menjadi kamus utama.

Lelaki yang sudah tiga tahun menetap di Petaling Jaya itu menjelaskan bahawa kandungan perkataan dalam kamus berkenaan merupakan himpunan daripada pangkalan data kursus antarabangsa Cambridge, Universiti Cambridge.

"Ia merangkumi himpunan perkataan akademik, saintifik dan perkataan asas dengan penerangan maksud yang ringkas dan mudah difahami," katanya kepada Kosmo!.

Menurut Gregor, kamus peringkat lanjutan tersebut lebih istimewa apabila turut disertakan dengan ilustrasi mudah difahami seperti kotak Pasangan Perkataan yang menunjukkan cara-cara bagaimana sesuatu perkataan digabungkan bagi membentuk ayat yang hebat.

"Maksud yang diterangkan dalam kamus ini betul-betul ringkas dan disertakan dengan perkataan mudah."

"Selain itu CD rom yang turut ditampilkan bersama juga akan membantu kerana mengandungi kamus dalam bentuk maya, sebutan vokal perkataan dalam loghat British dan Amerika Syarikat serta latihan," katanya mengenai bahan tersebut yang hanya boleh diakses melalui penggunaan kata laluan oleh seorang pengguna.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, November 15, 2010

Sekolah Latihan Wanita SELAWA

(Post: Bahasa Melayu)
" Gelagat sekumpulan pelajar wanita berkemeja-t berlengan panjang hitam dan jingga di bilik kuliah yang bersambung di belakangnya dapur pelbagai guna itu benar-benar mencuri perhatian. "

Kegirangan jelas terpancar di wajah mereka meskipun masing-masing sibuk dengan peranan dan tugas yang diberikan.

Ada yang menyelia api bagi memastikan ayam yang digoreng itu tidak mentah atau terlebih masak, ada yang menghiris dan memotong keperluan bahan-bahan untuk menumis.

Di satu sudut yang lain pula, sekumpulan pelajar sibuk mengadun ramuan untuk menghasilkan beberapa jenis biskut tradisi menggunakan mesin khas.

Setiap arahan diberikan oleh tenaga pengajar dalam penyediaan hidangan itu dipatuhi biarpun ia sekadar peringatan untuk menambah secubit garam atau sesudu kecil gula.

Usai 15 minit pertama menjejakkan kaki di Sekolah Latihan Wanita atau lebih dikenali sebagai Selawa, penulis kemudiannya dibawa menjengah ke kelas jahitan dan sulaman yang terletak di aras satu.

Di dalam kelas itu, seramai 20 pelajar gigih menyiapkan projek baju kurung moden. Ada yang masih berusaha melaksanakan jahitan akhir, membetulkan jahitan butang dan menetas benang yang tersimpul kusut.

Pada masa sama, beberapa orang pelajar menguntum senyuman. Baju kurung yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri itu sudah hampir siap.

Biarpun tidak segah atau secantik hasil tangan tukang profesional, namun kualiti yang dihasilkan oleh pelajar terbabit tidak kurang hebatnya.

Selain kelas memasak lauk-pauk, kuih-muih moden dan tradisional serta jahitan, empat lagi kelas lain di bangunan dua tingkat itu turut bergerak serentak.

Antaranya termasuklah sulaman tangan dan mesin, solekan dan dandanan rambut, kemahiran komputer dan pendidikan agama.

Demikianlah keunikan Selawa, institusi kemahiran wanita yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah pertubuhan dakwah dan antara yang tertua di negara, Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).

Menerusi sistem pembelajaran yang ditawarkan, setiap pelajar yang menyertai sekolah kemahiran tersebut, akan mengikuti kesemua kelas tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan.

Menurut Pengetua Selawa, Norhafizah Harun, 39, apa yang ditawarkan oleh institusi terbabit merupakan latihan asas yang lengkap bagi seorang wanita.

Menawarkan kursus peringkat asas dan lanjutan sejak 1962, Selawa sehingga kini telah melahirkan lebih 7,000 bekas pelajar yang mendapat manfaat daripada silibus istimewa ini.

"Setiap pelatih dalam kumpulan masing-masing akan mengikuti semua modul di Selawa secara bergilir-gilir."

"Mungkin pada hari ini, seseorang pelatih itu akan mempelajari cara membuat kek, rakannya pula didedahkan teknik sulaman manakala seorang lagi mengikuti kelas asas komputer," katanya kepada Kosmo!.

Norhafizah yang merupakan salah seorang daripada tujuh tenaga pengajar di Selawa memberitahu, setiap pelatih yang berjaya menamatkan pengajian asas selama setahun, boleh berbangga dengan apa yang dipelajari.

Mereka bukan saja boleh membuka bisnes jatihan, sulaman atau masakan, lepasan Selawa hakikatnya adalah individu yang pandai serba-serbi dalam hal ehwal kewanitaan.

"Tidak keterlaluan jika dikatakan, lepasan Selawa sebenarnya bersedia 100 peratus untuk menjadi seorang wanita apatah lagi bergelar suri rumah."

"Bahkan sebelum ini pun, ramai memberitahu Selawa merupakan antara tempat yang terbaik bagi kaum lelaki khususnya di Ipoh, Perak mencuba nasib mencari jodoh," selorohnya.

Pelatih dari seluruh negara

Menurut Norhafizah, sejak hampir lima dekad lalu, Selawa menerima pelatih dari seluruh pelosok negara. Namun persepsi kononnya institusi terbabit seolah-olah seperti pusat pemulihan akhlak menyebabkan tidak ramai yang mengetahui kewujudannya.

"Salah tanggapan ini berlaku mungkin kerana nama Selawa sendiri iaitu Sekolah Latihan Wanita."

"Pada hakikatnya, inilah satu-satunya institusi yang menawarkan modul latihan bersepadu dengan yuran yang berpatutan," katanya.

Menurut Norhafizah, pada satu-satu masa Selawa mampu menampung sehingga 100 orang pelatih dan setiap yang mendaftar bagi mengikuti kursus, digalakkan menetap di asrama yang disediakan.

"Selain asrama yang lengkap dengan kemudahan asas termasuk bilik bacaan dan ruang menonton televisyen pada waktu senggang, pelajar juga disediakan sarapan pagi sehinggalah makan malam," katanya.

Bagi mempelbagaikan aktiviti kokurikulum pelajar, Selawa secara konsisten menganjurkan ceramah agama, menubuhkan kumpulan nasyid, kompang, silat, selain mengadakan kursus motivasi keusahawanan, lawatan sambil belajar selain pertandingan masakan dan gubahan.

Meskipun syarat kemasukan ke Selawa sekurang-kurangnya lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mampu membaca serta menulis, Norhafizah mengakui terdapat juga graduan institusi pengajian tinggi melanjutkan pengajian di institusi terbabit.

"Pelajar yang menuntut di sini datang daripada pelbagai latar belakang dan kehidupan. Ada yang datang dengan kerelaan sendiri, terdapat juga yang dihantar oleh ibu bapa bagi mendalami ilmu kewanitaan."

"Apa yang membanggakan, Selawa pernah menerima graduan ijazah sarjana muda tidak lama dahulu," kata Norhafizah yang bertugas di Selawa sejak 16 tahun lalu.

Selawa bukan calang-calang institusi. Nurul Atiqah Mohd. Yusop, graduan diploma perakaunan dari Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan misalnya, sudah hampir menamatkan kursus asas selama setahun di Selawa.

Berasal dan menetap di Tangkak, Johor, Nurul Atiqah mengakui kehadirannya di institusi tersebut sejak Januari lalu didorong oleh ibunya. Kata Nurul Atiqah, 22, ibunya menghantar dia ke Selawa sebagai mengisi masa terluang sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

"Pada mulanya, saya ingat hanya belajar memasak dan menjahit tetapi rupa-rupanya kami didedahkan dengan pelbagai kemahiran lain."

"Apa yang menarik, saya kini boleh memasak hidangan kegemaran ibu di kampung bahkan boleh menjahit baju kurung sendiri," katanya teruja.

Ujar Nurul Atiqah, dia langsung tidak menyesal menghabiskan masa setahun di Selawa biarpun ramai di kalangan rakan sekuliah semasa menuntut di politeknik dahulu selesa dengan kerjaya masing-masing selain menyambung pelajaran.

Kemahiran sebagai kerjaya

Seorang lagi pelajar, Nurliza Musa, 16, pula menyimpan seribu satu harapan apabila tamat latihan di Selawa kelak.

Remaja terbabit sedar dengan kelulusan akademik sehingga tingkatan tiga itu tidak menjamin apa-apa kepadanya. Justeru, dia bertekad menjadikan sesi latihan asas dan lanjutan selama dua tahun di Selawa sebagai peluang kedua.

"Saya mahu menjadi seorang tukang masak yang berjaya dan mungkin satu hari nanti kemahiran tersebut akan menjadi sumber rezeki seperti sebahagian besar bekas pelajar Selawa sebelum ini," katanya.

Berbeza dengan Nurul Atiqah dan Nurliza, Nurshazlesha Suhaimi pula mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sudah pun mempunyai kerjaya sebagai seorang kerani dengan pendapatan tetap di Kuala Lumpur, wanita berusia 26 tahun itu nekad mendaftar di Selawa sejak Januari lalu.

Kata Nurshazlesha, ramai rakan-rakannya terkejut dengan keputusan lebih-lebih lagi tindakannya seolah-olah terkebelakang.

"Saya sudah mempunyai kerjaya yang stabil namun minat yang mendalam terhadap masakan dan jahitan membuatkan saya membulatkan tekad mendaftarkan diri mengikuti pembelajaran di sini."

"Azam saya adalah membuka sebuah kedai membuat kuih di kampung halaman di Pulau Pinang tidak lama lagi," katanya.

Setiap pelajar yang menamatkan pengajian akan dianugerahkan sijil yang dikeluarkan PSIP.

Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM450 dan yuran bulanan RM120, Selawa seharusnya dijadikan pilihan kepada semua wanita berusia antara 16 hingga 35 tahun yang berminat.

Sesi pembelajaran adalah pada hari Isnin sehingga Jumaat bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai Selawa boleh datang terus ke Kompleks PSIP di No. 9, Jalan Seruan, 30250 Ipoh Perak atau hubungi talian 05-2548708.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, September 28, 2010

Teknik Membaca Cahayaku

(Post: Bahasa Melayu)
" Aimi Nur Fatihah Ahmad Nazlan baru berusia 3 tahun 3 bulan. Namun, dia cukup lancar membaca buku. Tanpa tersekat-sekat atau tergagap, kelancarannya itu cukup sempurna. Ya, tiada kesilapan. "

Aimi dihantar ke Tadika Cahayaku seawal umurnya 2 tahun 2 bulan. Hanya selepas tiga bulan di situ, dia sudah mula membaca dengan lancar. Pantas bukan?

Selain Aimi, rakan-rakannya yang mengalami masalah seperti pelat, lembam, disleksia, sindrom down, autisme, gagap dan hiperaktif juga boleh membaca sepertinya.

Persoalannya, bagaimanakah kanak-kanak pada usia Aimi dapat membaca secepat tiga bulan sahaja?

Semuanya adakah berkat kaedah unik dipanggil Cahayaku yang diilhamkan oleh seorang wanita, Chahaya Abdul Manan, 48, kira-kira dua dekad lalu.

Chahaya yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa segulung ijazah dari mana-mana universiti mendapat ilham mencetuskan teknik Cahayaku selepas mengajar anak saudaranya berumur 7 tahun yang tidak tahu membaca.

"Ketika itu cuti sekolah. Kakak saya meminta bantuan untuk mengajar anaknya membaca kerana khuatir anaknya itu akan dimasukkan ke kelas pemulihan."

"Anak saudara saya mempunyai daya ingatan yang lemah, kerana itulah dia lambat membaca. Hari ini ajar, esok lupa. Idea ini terbit ketika anak saudara saya tanya, boleh tak baca kalau tak kenal ABC?" katanya ketika ditemui di Tadika Cahayaku, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Idea unik Chahaya

Pada mulanya Chahaya menggunakan kaedah lama dan ia ternyata tidak berkesan. Sehinggalah suatu hari, anak saudaranya menangis ketika sedang bermain dengan kawan.

"Dia menangis kerana diejek kawan. Dari situlah saya dapat idea bahawa mengejek memberikan kesan yang amat mendalam dalam diri kanak-kanak."

"Pada ketika itulah saya terdetik menggunakan mimik muka untuk mengajar kanak-kanak membaca. Melalui teknik mengejek ini juga, saya perkenalkan kepada kanak-kanak huruf vokal," ujarnya.

Ternyata cara mengejek menggunakan pendekatan mimik muka amat berkesan ke atas anak saudaranya kerana dia boleh membaca dalam tempoh satu bulan.

Teknik Cahayaku itu bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tidak boleh membaca dalam kalangan kanak-kanak normal, malah ia mampu membantu kanak-kanak bermasalah yang mengalami masalah penulisan dan pertuturan.

Teknik tersebut menggunakan gabungan tiga kaedah iaitu mimik muka, iqra' dan latih tubi. Teknik mimik itu juga melibatkan posisi bibir, gigi dan lidah membolehkan kanak-kanak membaca tanpa perlu mengenal abjad terlebih dahulu.

"Setiap huruf vokal diajar dengan bunyian sahaja dan mempunyai pengenalannya tersendiri."

"Huruf A dikenali dengan nganga besar, huruf E sendawa atau nganga kecil, huruf I tersengih atau tersenyum, huruf O membulatkan mulut dan huruf U disebut dengan muncung," katanya yang lebih suka menggunakan pendekatan bermain kerana itu lumrah bagi kanak-kanak.

Melihat penulis yang pada mulanya seperti kurang percaya dengan kaedah tersebut, Chahaya memanggil beberapa orang kanak-kanak prasekolah untuk mengeja perkataan yang sukar untuk dieja oleh murid tahun dua.

Jika di sekolah, apabila guru menyuruh murid tahun dua mengeja perkataan seperti ‘eksekutif’, pasti ramai yang tidak dapat menjawab. Tetapi kanak-kanak prasekolah di Cahayaku berebut-rebut untuk mengejanya tanpa silap.

Bantu kanak-kanak sindrom down

Bukan itu sahaja, penulis juga berpeluang mendengar sendiri Nur Adriana Fatini Khairul Anuar, 6, membaca buku bahasa Inggeris dengan yakin dan lancar tanpa kesalahan sebutan.

"Sistem ini berbeza kerana ia tidak kenalkan abjad tetapi kenalkan mimik. Kanak-kanak hanya tahu lakaran abjad tanpa mengetahui namanya dan setiap konsonan ada mimiknya."

"Mungkin ia kedengaran pelik kerana saya mengajar dengan menggunakan kaedah mimik muka, bunyi-bunyian dan ejekan tetapi ia sangat berkesan," jelasnya.

Tidak seperti tadika atau di sekolah-sekolah lain, pelajar istimewa di tadika Cahayaku tidak diasingkan dan menariknya mereka dapat menangkap apa yang diajar seperti kanak-kanak normal lain, malah ada yang lebih cerdik.

Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 12 tahun bernama Hamzan Abdul Rahman. Tutur katanya pelat, tidak jelas dan tidak difahami serta dia menghidap sindrom down tetapi apabila diajar menggunakan kaedah itu, dia tidak pelat, malah membaca dengan jelas.

Mohd. Danial Hakim Mazlan, 6, yang menghadapi masalah pelat dan gagap pula kini sudah boleh membaca dengan lancar. Begitu juga dengan Nur Adelyn Marissa Azhar yang menghadapi masalah disleksia sudah boleh membaca dengan baik.

Tidak mahu dikatakan mencipta sesuatu yang 'syok sendiri' Chahaya bertindak mendekati beberapa tadika untuk menguji dan menilai kaedah cepat membaca Cahayaku.

"Projek perintis telah dijalankan di tadika Kemas di Taman Pedas Indah, Rembau, Negeri Sembilan pada tahun 2008. Bayangkan dalam masa sebulan sahaja, 45 kanak-kanak dari tujuh kelas di situ sudah boleh membaca," katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, September 21, 2010

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan

(Post: Bahasa Melayu)
" Seingat dirinya, tak pernah sekali pun dia menyentuh kitab Al-Quran semasa usia remajanya. Beliau mengaku tidak suka membaca Al-Quran dan sering mengelak daripada mendekatinya. Baginya, tidak ada kepentingan untuk membaca Al-Quran. "

"Saya tidak nampak kepentingan Al-Quran. Dalam kamus hidup saya, definisi kejayaan ialah berkelulusan, berjawatan tinggi dan banyak duit."

"Pada masa itu saya menganggap Al-Quran tidak lebih hanya sebagai kitab orang Islam," kata Dr. Mohd. Shafie Md. Amin, 47, kepada Jurnal.

Beliau yang berkelulusan bidang perakaunan dari sebuah universiti di England merupakan seorang penghafaz 30 juzuk Al-Quran ketika berusia 30 tahun.

Kesemua 13 anaknya dilatih menjadi hafiz Al-Quran dengan tujuh daripadanya telah menghafal keseluruhan Al-Quran.

Tiga anak perempuannya bahkan bergelar johan hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan termasuk Siti Nadhira, 17, yang menjadi johan dan peserta wanita terbaik Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada April lalu.

Hidayah

Sungguh mengagumkan apabila Shafie yang pada asalnya boleh disifatkan sebagai buta Al-Quran menjadi seorang guru tahfiz dan pengasas kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan di Ampang, Selangor.

Mengakui dirinya pada asalnya seorang yang tidak begitu mendalami agama, Shafie berkata, sembahyang pun dilakukan hanya sekadar ikut-ikut orang.

"Bukan tak tahu langsung agama. Tapi tak pernah serius. Masa kecil ada belajar mengaji Al-Quran, tapi tak pernah bersungguh-sungguh."

"Ustaz mengajar, saya pilih tempat di belakangnya agar dia tak nampak saya main. Lepas tak berjaya dengan ustaz, ibu saya sendiri mengajar. Bila ibu baru mengajar, bila salah, ibu marah, saya menangis."

"Sudahnya, berhenti mengaji dan tak pandai-pandai," ujarnya.

Kemudian, Shafie membesar dan jiwanya hanya bergelora untuk berjaya bagi mengecap material duniawi. Jika Al-Quran disuakan kepadanya untuk dibaca, kalimah 'kacaulah' pernah tergetus dalam benaknya.

Siapa sangka, di kota Londonlah, hidayah turun buatnya. Semasa berusia 18 tahun, Shafie melanjutkan pelajaran di kota itu. Kebetulan, dia tinggal bersama rakan serumah yang agak baik.

"Apabila tinggal serumah, kami melakukan banyak aktiviti bersama-sama termasuk mengaji Al-Quran. Mereka ajak saya mengaji. Saya berasa tidak selesa."

"Saya tidak mahu mereka tahu saya tidak tahu mengaji Al-Quran. Tapi akhirnya saya kena mengaji juga. Saya malu, kawan-kawan lain baca dengan baik, sedangkan saya merangkak-rangkak. Mereka ajar saya sikit demi sikit, lama-kelamaan saya boleh mengaji dengan lancar."

Usia lanjut

"Saya sangat tertarik dengan bacaan seorang kawan yang sangat sedap suaranya. Saya rasa menyesal kerana tak pandai mengaji Al-Quran sebelum ini. Saya berusaha memperbaiki bacaan antaranya dengan bantuan kaset bacaan Al-Quran."

"Saya cuba hafal sedikit ayat-ayat Al-Quran yang mudah, lama-lama saya boleh hafal," ujarnya yang turut berjaya menyelesaikan pengajiannya dalam bidang perakaunan di London.

Bermula daripada usia yang agak lanjut untuk mempelajari Al-Quran iaitu pada usia 18 tahun, akhirnya pada umur 30 tahun, kandungan 30 juzuk Al-Quran sudah memenuhi kantung memorinya.

Ketika usia itu juga, beliau bersama beberapa kawan bertindak menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan untuk mendidik kanak-kanak termasuk anak-anak mereka menjadi al-hafiz.

Ia bermula dengan 12 murid. Maahad tahfiz itu turut mengajar bidang akademik seperti di sekolah biasa.

"Ramai orang yang mentertawakan saya. Mereka kata, boleh percayakah seorang lulusan perakaunan mengajar Al-Quran?"

Penampilan

"Ramai juga yang tidak percaya saya sudah menghafal Al-Quran 30 juzuk. Ya, saya telah bertalaqqi (membaca hafazan berhadapan) dengan ustaz-ustaz dari Indonesia dan Mali, tetapi bagaimana masyarakat boleh mempercayai saya?"

"Saya akhirnya menyertai pertandingan hafazan peringkat negeri Selangor. Tujuan utama saya adalah untuk menguji sejauh mana kemampuan saya."

"Tahun pertama saya sertai, saya tidak meraih apa-apa tempat, saya berusaha memperbaiki bacaan lagi. Dua tahun kemudian, saya sertainya sekali lagi dan bergelar naib johan negeri Selangor sebelum menjadi johan pada tahun berikutnya," ujarnya.

Dia kemudian turut ditawarkan untuk menjadi guru tahfiz di Masjid Negara. Shafie satu-satunya guru tahfiz di situ yang mempunyai kelulusan dari England berbanding guru-guru tahfiz yang lain dari Mesir.

Ketika ditemui, penampilannya juga berbeza daripada kebanyakan ustaz dan guru tahfiz apabila beliau selesa memakai kemeja, tidak memakai kopiah atau songkok.

Katanya, itu dirinya dan dia mahu memberi mesej kepada masyarakat bahawa agama bukan hanya milik ustaz-ustaz.

Masyarakat semakin mempercayai kebolehannya mengajar Al-Quran apabila berita salah seorang anaknya, Rabiah, mencipta rekod sebagai johan hafazan peringkat kebangsaan termuda tersiar di dada akhbar pada tahun 1999. Rabiah ketika itu baru berusia 12 tahun.

Shafie meyakini sistem pengajarannya sehinggakan kesemua anaknya disekolahkan di maahad tahfiznya.

Murid-murid di situ tidak ketinggalan pembelajaran akademik dan turut mengikuti peperiksaan seperti Siji Pelajaran Malaysia. Mereka juga berjaya ke menara gading seperti Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Madinah.

"Macam mana orang nak percaya kepada pengajaran kita kalau anak-anak kita sendiri tidak bersekolah dengan kita?" soalnya menunjukkan keyakinannya kepada sistem pengajarannya.

Kini, Shafie yang juga merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz al-Itqaan memberitahu, maahad itu kini bertaraf kolej kerana menawarkan pengajian diploma dan bercita-cita untuk menjadi universiti Al-Quran.

Ditanya reaksinya mengenai Paderi Terry Jones dari Dove Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat yang mencetuskan berang antarabangsa kerana berhasrat membakar Al-Quran baru-baru ini, jawapannya cukup bernas dan bukan terbit daripada api kemarahan semata-mata seperti kebanyakan kita.

"Kalau dulu, sewaktu saya jahil, saya akan marah kerana ia merupakan kitab saya, orang Islam. Tapi marah yang kosong kerana saya sendiri tidak tahu mengapa saya perlu marah sangat."

"Kini, saya juga marah. Tetapi, sebagai umat Islam, kita juga perlu melihat apa yang berlaku dari sisi positif. Kenapa ia berlaku?"

"Mungkinkah peristiwa itu Allah jadikan kerana mahu menyedarkan kita bahawa kita sudah terlalu jauh daripada Al-Quran?"

"Kita lemah kerana kita tinggalkan Al-Quran dan orang kafir sudah berani melakukan penghinaan kepada Al-Quran kerana mereka lihat kita sendiri tidak mengambil manfaat daripadanya," ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, June 20, 2010

Kit Pembelajaran Sains USM

(Post: Bahasa Melayu)
" Kesukaran guru-guru di pedalaman untuk mengajar mata pelajaran sains kini dipermudahkan dengan adanya kit pembelajaran khas ciptaan sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM). "

Kit berkenaan menumpukan aspek pembelajaran sains dengan cara lebih praktikal terutama kepada pelajar yang lemah.

"Modul kit pembelajaran sains sekolah rendah itu adalah hasil kajian yang dilakukan selama setahun terhadap corak pembelajaran murid-murid di beberapa sekolah di kawasan pedalaman Sabah," kata Ketua penyelidik, Dr. Hashimah Mohd. Yunus.

Beliau turut dibantu oleh Dr. Nooraida Yacoob, Dr. Norizan Esa dan Dr. Nordin Abdul Razak melalui geran serta peruntukan daripada Yayasan Sabah (YS) sebanyak RM2.7 juta serta kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS).

Hashimah yang juga pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) berkata, kajian itu meliputi pelajar luar bandar di kawasan pulau, persisir pantai, kaki bukit dan pedalaman negeri itu untuk dijadikan kajian dengan kerjasama JPNS.

"Tahap pencapaian dan kebolehan murid di kawasan-kawasan ini amat berbeza, kebanyakannya tidak mampu mengikuti sukatan pelajaran sains yang dibuat oleh kementerian."

"Sehubungan itu, kita cipta satu kit mudah alih yang berupaya menarik minat mereka untuk mengikuti subjek berkenaan menggunakan barang-barang yang biasa dilihat dan dekat dengan diri serta persekitaran mereka," katanya.

Kit tersebut direka untuk disesuaikan mengikut kebolehan murid-murid tersebut dengan memasukkan unsur-unsur persekitaran mereka sebagai elemen pembelajaran.

Kit pembelajaran tersebut juga telah dipertandingkan pada Ekspo Sains Malaysia 2010 di Kuala Lumpur dan mendapat pingat gangsa bagi kategori Inovasi Penyelidikan.

"Berpandukan sukatan sains sekolah rendah, kita hasilkan kit yang di dalamnya mengandungi empat komponen iaitu Panduan Guru, Aktiviti Murid, Penilaian Murid dan Kit Sains."

"Kit sains ini mengandungi pelbagai bahan mengajar untuk guru dan murid-murid misalnya termometer, anak patung, tin kosong dan klip kertas mengikut tema subjek sains yang dipilih," jelasnya.

Jjelas Hashimah, murid-murid akan diuji tahap kebolehan mereka terhadap mata pelajaran itu sebelum menggunakan kit tersebut.

Sementara itu, Dekan PPIP, Prof. Abdul Rashid Mohamed pula menjelaskan, barisan penyelidik terlibat mula mendemonstrasikan kit tersebut di sekolah-sekolah pedalaman Sabah bermula Jun sebelum ia dikormesialkan.

Kit yang dianggarkan bernilai RM696 setiap satu itu dibangunkan dengan kerjasama penuh Yayasan Sabah dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah.

"Perkembangan masa depan bergantung kepada pihak berkenaan (Yayasan Sabah dan JPN). Namun sehingga kini kedua-dua pihak berbesar hati untuk tidak mengehadkan penggunaan kit tersebut kerana ia bersifat universal dan boleh digunapakai oleh semua," katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, June 18, 2010

Pen Membaca Pintar AJV

(Post: Bahasa Melayu)
" Jika dilihat kaedah konvensional, lidi atau bilah buluh bersaiz kecil sering digunakan untuk tujuan menunjukkan huruf-huruf atau ayat yang dibaca dalam kitab al-Quran. Namun, kebijaksanaan inovasi telah berjaya menerapkan unsur teknologi bagi tujuan tersebut. "

Pen Membaca Pintar jenama AJV bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk ayat-ayat al-Quran. Apabila ia disentuh pada ayat, surah atau muka surat yang telah dikodkan, ia akan membacakan ayat-ayat serta terjemahan tanpa tersilap.

Pembacaan bukan sahaja menjadi lebih menarik, bahkan penggunanya dapat memperbaiki mutu bacaan melalui kaedah mendengar. Apatah lagi kalau audio itu adalah rakaman bacaan daripada imam Masjidil Haram iaitu Sheikh Ali Abdur-Rahman al Hudaify.

Menurut Pengarah Urusan AJV Electronic Devices (M) Sdn. Bhd., Amran Ahmed, aplikasi utama produk tersebut ialah membaca teks al-Quran yang dikodkan. Suara akan dikeluarkan apabila pen disentuh pada ayat yang ingin didengar.

"Semakan ke atas bacaan dan terjemahan al-Quran adalah diambil daripada Tafsir Pimpinan Al-Rahman itu dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)."

"Surah-surah ini akan lebih dihayati apabila diperdengarkan dengan cara yang efektif dan mesra pengguna. Aplikasi ini sudah tentu dapat memberi ruang dan cara pembelajaran yang lebih mudah," katanya.

Selain itu katanya, keupayaan pen itu untuk membaca apa juga teks yang telah dikodkan sudah tentu memberi impak besar dalam usaha penyelidikan dan pembelajaran.

"Keberhasilan ini jika digunakan dengan kaedah dan matlamat yang betul, akan seiring dengan hasrat negara iaitu hendak mewujudkan golongan cerdik pandai. Ini langkah awal menjadikan negara ini sebagai negara penyelidikan."

"Justeru, kita tidak lagi sekadar mengharapkan penyelidikan dari negara-negara Barat," tambahnya.

Dalam pada itu katanya, keupayaan Pen Membaca Pintar juga dapat dipertingkatkan melalui tambahan kad memori khas yang mengandungi pilihan qari-qari lain serta tambahan bahasa-bahasa terjemahan.

"Antara ciri istimewa peranti ini ialah ruang kad memorinya yang boleh menampung kapasiti sehingga 16 gigabit yang membolehkan simpanan data-data tanpa mengganggu fungsi utamanya sebagai pembaca imej berkod."

"Ia boleh digunakan sebagai perakam suara, pemain MP3 dan mempunyai sambungan kepada fon telinga dan pot USB," katanya.

Jelas Amran, Pen Membaca Pintar berkenaan dijual secara pakej bersama sebuah al-Quran yang sudah dikodkan. Pengguna akan mendapati Quran berkenaan sama seperti Quran biasa yang lain.

"Ia mempunyai halaman-halaman yang dikodkan secara halus tanpa meninggalkan kesan. Selain itu, kod-kod itu juga tidak mudah hilang biarpun berlaku kerosakan kepada ayat-ayat. Penjagaan al-Quran ini sama seperti al-Quran biasa."

"Bagaimanapun, pen mestilah dijaga dengan baik dengan tidak mendedahkannya kepada air," katanya.

Menurut Amran, Pen Membaca Pintar dijual dengan harga RM499 hingga RM699, bergantung kepada kapasiti memori. Pengguna juga akan dibekalkan dengan fon telinga, kabel USB, kompas kiblat, kad jaminan dan manual pengguna.

"Setakat ini, AJV sudah mempunyai kira-kira 500 tempahan dan menganggarkan lebih banyak pengguna akan memilih produk ini bagi tujuan pembelajaran berkesan."

"Ia menjadi gajet yang harus dimiliki oleh semua Muslim," katanya mengenai produk yang melalui proses pembangunan selama lapan bulan dan menelan kos sebanyak RM2.5 juta.

Tambahnya, pembangunan produk berkenaan adalah untuk manfaat komuniti. Amran juga berharap produk itu menjadi pemangkin kepada usaha penyelidikan berterusan yang mampu menghasilkan produk-produk lain. Semua itu bakal mengubah kaedah pembelajaran menyeluruh bermula daripada pendidikan pra sehingga ke peringkat tertinggi.

"Ia juga mampu dikembangkan dan diserap ke semua industri termasuk pelancongan. Bayangkan, pelancong dapat menggunakannya bagi membaca buku panduan pelancong dengan terjemahan ke bahasa masing-masing," katanya.

Sementara itu, pembangunan Pen Membaca pintar ini mendapat sokongan penuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai penyuntik dana dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, June 1, 2010

Akademi Tahfiz Al-Hidayah

(Post: Bahasa Melayu)
" Kitab suci Al-Quran diturunkan sebagai pedoman kepada seluruh umat Islam hingga ke akhir zaman. Di dalamnya terkandung pelbagai mutiara ilmu dan untaian kata yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab sekali pun. "

Selagi manusia berpegang teguh dengan segala perintah dan larangan Allah SWT yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka tidak akan sesat dalam perjalanan meniti kehidupan di dunia ini. "

Berpegang kepada hakikat itu, wanita bernama Roslailawati Mohamad atau lebih mesra disapa Ibu Laila percaya bahawa ia merupakan anugerah Allah yang harus dimanfaatkan sebaik mungkin.

Lantaran itu, dia sentiasa menjadikan kitab tersebut sebagai kaedah utama dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi manusia berguna pada masa akan datang.

Ibu Laila yang merupakan pengasas Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) berkata, anak-anak yang baru dilahirkan ibarat kain yang suci daripada sebarang noda.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mewarnai kain putih itu dengan cara yang betul dan kaedah terbaik sudah tentu dengan mengikuti pedoman yang digariskan di dalam Al-Quran.

"Sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia terdapat dua jenis kekuatan disiplin yang boleh dipelajari iaitu secara tidak sedar (informal) dan harian (formal)."

"Apa yang dimaksudkan dengan didikan secara tidak sedar adalah dengan merangsang minda dan nurani seseorang anak melalui ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan sama ada melalui bacaan sendiri ataupun pemasangan kaset, cakera padat (CD) dan cakera video digital (VCD)," katanya.

Jelas Ibu Laila, didikan sedemikian harus dimulakan sewaktu bayi masih di dalam kandungan, diteruskan apabila mereka lahir sehingga menginjak ke alam kanak-kanak dan dewasa.

"Apabila anak-anak ini sentiasa dekat dengan bacaan ayat-ayat suci ini, secara tidak langsung ia mampu memberi ketenangan yang sukar ditafsirkan dan mereka akan membesar sebagai seorang anak yang cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi juga akhlak dan peribadi mereka," tegas ibu kepada tujuh cahaya mata ini.

Berbicara lebih lanjut, wanita berusia 49 tahun itu tidak lokek berkongsi pengalaman dalam mendidik anak kandungnya dan juga anak jagaannya di ATAH dengan menerapkan konsep pembelajaran holistik secara menyeluruh.

Kaedah itu katanya, berupaya memberi impak yang positif terhadap perkembangan minda kanak-kanak terutama jika ia dilakukan ketika mereka masih bayi.

Menurut Ibu Laila lagi, pendidikan awal kanak-kanak harus bermula daripada saat dia dilahirkan hingga berusia tiga tahun.

"Tempoh itu merupakan waktu terbaik untuk kita lakukan stimulasi pada bayi seperti rangsangan fizikal iaitu daripada terlentang, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan boleh berlari secara cross patern (pembelajaran bersifat sinergetik)."

"Semua ini amat berkesan untuk memberi rangsangan semaksimum yang boleh untuk perkembangan minda si kecil. Apa yang ibu lihat, anak-anak ibu mempunyai pencapaian yang sangat membanggakan."

"Kami mengajar anak-anak di ATAH dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab di samping menekankan subjek Matematik," ujar Ibu Laila yang telah menerapkan kaedah pembelajaran bersifat integrasi atau bersepadu itu sejak tahun 1985.

Sebelum mengasaskan ATAH yang ditubuhkan pada 1 April 2000, Ibu Laila bermula dengan membuka pusat jagaan kanak-kanak daripada bayi hingga berusia empat tahun pada Januari 1985.

Kemudian, apabila mereka mencecah usia lima tahun, wanita berdedikasi ini menubuhkan pula tahfiz prasekolah yang dihadiri hampir 30 kanak-kanak di sebuah rumah di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.

Melihat sambutan yang diterima semakin menggalakkan dengan kehadiran lebih 80 kanak-kanak di tahfiz prasekolah itu, Ibu Laila membuat keputusan berpindah ke sebuah rumah yang lebih besar di Lorong Daud, Kampung Baru.

Dari situlah dia memulakan sistem baru dengan menggunakan medium Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik, Sains dan Pengajian Islam seperti Sirah Nabawiyyah dan Fikah.

Ternyata kaedah yang digunapakai mampu meningkatkan intelektual, spiritual, perkembangan fizikal dan menjadikan anak-anak di sana lebih kreatif dan inovatif.

"Kita nampak keseimbangan membentuk seorang manusia amat penting dengan menekankan kepada empat aspek tersebut kerana dengannya kanak-kanak akan menjadi cemerlang dan menjadi individu yang luar biasa dalam aspek pencapaian akademik dan sosial," ungkapnya sambil memberitahu semua anaknya kecuali yang sulung berjaya menamatkan pengajian di sekolah tersebut.

Salah seorang anak Ibu Laila yang berpeluang belajar di tahfiz pra-sekolah dan ATAH, Ahmad Abdul Hadi Samat, 21, melahirkan rasa syukur dan terharu di atas kerja keras yang dilakukan bonda tersayang.

"Alhamdulillah, ibu telah memberikan saya satu pendidikan yang sempurna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Sebagai anak, memang saya berbangga dengan pencapaian ibu sehingga ke hari ini."

"Ibu memang menyerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk melihat anak-anak beragama Islam memperoleh kejayaan sama ada bersifat duniawi mahupun ukhrawi."

"Moga Allah terus mengurniakan kekuatan dan ketabahan untuk ibu mengendalikan akademi tahfiz ini," tutur Ahmad yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan mencatat keputusan 11A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2007) dan kini menyambung pengajian di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam bidang kejuruteraan.

Selain Ahmad, anak-anak Ibu Laila yang lain ialah Siti Nurul Fatihah (25), Asma (24), Nur Sakinah (23), Ahmad Abdul Hakim (18), Nur Atiqah (15) dan Muhammad Hanis (13).

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, May 23, 2010

Al-Quran Digital Fifteen Network Solutions

(Post: Bahasa Melayu)
" Sesetengah orang mungkin malu untuk mempelajari dan melancarkan bacaan al-Quran kerana faktor usia sudah lanjut, atau mungkin juga tidak tahu di mana hendak bermula dan tiada siapa yang mahu mengajar. "

Bagi mereka yang benar-benar ingin mempelajari bacaan al-Quran, penggunaan al-Quran digital mungkin salah satu usaha mengenal ayat-ayat suci dengan mudah dan berkesan melalui teknik mendengar dan mengikut.

Kelebihan al-Quran digital tidak dapat dinafikan melalui aplikasi tambahan yang paling penting iaitu terjemahan mengikut bahasa yang memenuhi kesesuaian masing-masing. Lalu, ia menjadi gajet penting yang harus dimiliki umat Islam hari ini.

Produk-produk al-Quran digital keluaran ENMAC Engineering Technology adalah salah satu pilihan terbaik yang menawarkan kelebihan-kelebihan aplikasi tersebut. Ini kerana ia tampil dalam pelbagai gajet antaranya telefon bimbit, naskhah digital dan terkini pemain MP3.

Pekongsi Utama Fifteen Network Solutions yang mengedarkan produk berkenaan, Ahmad Hazik Mohd. Amin berkata, al-Quran digital mempunyai banyak kelebihan dan mampu memberi minat yang lebih mendalam kepada pemiliknya untuk mempelajari bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

"Selain terjemahan, al-Quran digital juga mempunyai pilihan qari dari tanah suci Mekah dan beberapa kelebihan lain mengikut pakej yang diinginkan pelanggan."

"Bagi al-Quran dalam bentuk MP3, ada tiga pilihan iaitu EQ500, EQ300 dan EQ100 yang menawarkan aplikasi-aplikasi berbeza seperti jumlah qari, himpunan hadis-hadis, kamera, kad memori dan pemain video," katanya.

Ujar Ahmad Hazik, qari-qari yang membacakan ayat suci al-Quran dalam MP3 berkenaan antaranya ialah Sheikh Al-Sudais, Sheikh Saad Al Ghamdi, Sheikh Mohammad Ayoub, Sheikh Al-Hudaifi dan Sheikh Misheri Rashid.

"Pemilik MP3 al-Quran bukan sahaja dapat mempelajari bacaan-bacaan al-Quran melalui qari-qari terkenal, tetapi proses pembelajaran dapat dilakukan di mana-mana sahaja menggunakan fon telinga yang disediakan."

"Proses pembelajaran melalui teknik mendengar juga lebih berkesan kerana penggunanya dapat memperbaiki kelancaran bacaan dengan lebih cepat melalui kaedah ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Pekongsi Fifteen Network Solutions, Mohd. Yusri Kassim berkata, setiap satu gajet al-Quran digital dilengkapi 24 bahasa terjemahan seperti bahasa Inggeris, Melayu, Perancis, Jerman, Cina, Belanda dan Albania.

"Sebelum ini penggunaan al-Quran digital lebih mendapat sambutan di kalangan pelajar maahad tahfiz tetapi kebaikannya seharusnya dikongsi bersama semua umat Islam lain."

"Ia juga adalah gajet penting yang harus dimiliki para mualaf yang mahu mendalami pembacaan al-Quran serta maksud terjemahannya," tambahnya.

Dalam pada itu katanya, banyak perbezaan apabila membaca al-Quran bersendirian berbanding mendengar bacaan al-Quran orang lain dari segi kerohanian.

"Apabila kita sering mendengar orang lain membaca al-Quran, kadangkala suara bacaan itu akan terngiang-ngiang walaupun ketika kita tidak mendengarnya kerana sudah terbiasa," katanya.

Jelas beliau lagi, kelebihan lain yang ditawarkan MP3 al-Quran termasuklah selingan video-video latar yang memaparkan kebesaran Allah seperti sungai dan langit yang terbentang luas.

"Melalui video-video ini, ia akan menimbulkan keinsafan kepada pemiliknya untuk mensyukuri kebesaran Allah dan mencintai al-Quran," katanya.

Untuk maklumat lanjut hubungi Fifteen Network Solutions di talian 03-80237015.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, January 16, 2010

A Web Site for Homeschoolers

(Post: English)
"Thomas Morrow, a serial entrepreneur and former Motorola manager in Asia, thinks he has just the thing for home schoolers: the Internet."

Morrow, 46, founder of Home School in Des Plaines, Ill., says that data-storage technology for home schooling up to now has been PC-based.

"This meant if you lost your hard drive, you lost the records that many states require to prove you're following the curriculum at home," he says.

His online service, offers free lesson plans and a regulatory reporting tool so well backed up, he claims, that only a nuclear strike could knock it out.

Home School pulled in less than $100,000 last year from selling books and educational materials online, but Morrow is forecasting revenue to jump to $1.8 million in 2008.

He has 11 employees now but expects to finish 2009 with as many as 40.

Morrow, who plowed more than $600,000 of his own money into the business, takes home schooling seriously.

This fall, he pulled his 11-year-old daughter and 9-year-old son from school; they're now enrolled at home.

Source: BusinessWeek

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Sunday, December 13, 2009

Teaching Junior a Foreign Language

(Post: English)
"Her father, renowned linguist Dr. Paul Pimsleur, was the brains behind a language learning system that bears his last name."

So when Julia Pimsleur Levine, then a documentary filmmaker, wanted to teach her first son how to speak French, she was understandably picky.

Audio learning materials for myriad languages based on her father's method continue to be sold by Simon & Schuster, but are intended for adults.

After finding nothing suitable for the under-5 set, she shot a $30,000 pilot video she and her husband paid for themselves and launched Little Pim full time in early 2008.

A departure from her father's audio method, her animated series features a panda as instructor and is intended to be as entertaining as any children's TV fare.

"We recognize that no child is going to say, 'Mommy, I want to learn Chinese.' But if they fall in love with the panda, which many of them do, they're going to say, 'Mommy, I want to watch the panda' and then the next thing you know, they're learning Chinese."

Little Pim has won numerous awards and earned positive reviews and parent testimonials.

Still, distribution is a challenge, because the New York-based company has to compete with such big players as Fisher-Price and Walt Disney for shelf space.

The courses are available on DVD in 10 languages and will soon be available via two iPhone apps.

Pimsleur Levine, 41, says her seven-person startup has landed about $2 million from angel investors, will bring in about $500,000 in revenue in 2009, and expects about $1.2 million in 2010.

Source: BusinessWeek

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, December 2, 2009

NoteHall

(Post: English)
"Launched in 2008, NoteHall is an online marketplace for college students who want to buy and sell class notes."

Sean Conway, who has ADHD and finds it difficult to comprehend a lecture and take notes simultaneously, says the impetus to start the company came when he noticed fellow students shared his frustration.

For initial funding, the founders used $70,000 they put together from Conway's inheritance and Miller's bar mitzvah money.

To access documents, users purchase credits via the site's virtual currency system ($3 buys 100 credits; notes from one lecture cost 25 credits; a study guide costs 100 credits).

When a student purchases credits and redeems them, NoteHall receives a commission that varies based on the product.

According to Conway, 20 colleges and universities are participating now, including Drexel University and the University of Arizona, and an additional 30 will be by December.

Last year, NoteHall had $40,000 in revenue, will be profitable this year, and expects to reach $900,000 in revenue in 2010.

INFO:
The Company: NoteHall
What It Does: Online marketplace for class notes
Founders: Sean Conway, 25; Justin Miller, 21; D.J. Stephan, 24; Fadi Chalfoun, 23
Based: Tucson, Ariz.

Source: BusinessWeek

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::