Usahawan Feri Pulau Pangkor
(Post: Bahasa Melayu)
"Selepas empat tahun, Mohd. Nasir Mohd. Rashid puas apabila melihat penduduk Pangkor dapat berulang alik dengan selesa menerusi khidmat feri yang ditawarkan."
Anak jati Pulau Pangkor, Mohd. Nasir Mohd. Rashid, 39, sentiasa memikirkan apa yang terbaik yang boleh dilakukannya untuk memajukan kampungnya.
Justeru tidak hairanlah, beliau begitu bersungguh-sungguh ketika mula menceburkan diri dalam perniagaan perkhidmatan feri kira-kira empat tahun lalu.
"Di sini, feri umpama bas yang menjadi nadi pengangkutan penduduk Pangkor yang berulang-alik ke lumut."
Selepas berfikir panjang, beliau nekad memulakan perkhidmatan ferinya sendiri pada pertengahan 2004.
Dengan pinjaman sebanyak RM8 juta daripada Bank Pembangunan selain modal sendiri sebanyak RM5 juta maka tertubuhlah Mesra Feri Sdn. Bhd.
Berbekalkan pengalaman menguruskan perniagaan sebelum ini, modal tersebut digunakan untuk membeli beberapa buah feri baru.
"Bersaing dengan pengendali sedia ada bukan satu perkara mudah apatah dengan kaum lain. Banyak cakap-cakap kononnya saya akan tersungkur dalam tempoh dua hari atau sebulan selepas memulakan bisnes."
"Sebaliknya, saya bertahan selepas hampir empat tahun," luahnya.
Pada pertengahan Julai tahun lalu, satu sejarah perkhidmatan feri Lumut-Pangkor tercipta apabila Mesra Feri Sdn. Bhd. bergabung dengan pengendali lawan, Duta Feri Sdn. Bhd.
Hasil penggabungan itu telah mewujudkan Konsortium Mesra Duta Bhd. (KMDB), sekali gus mewujudkan sistem pengangkutan awam feri bersepadu di kawasan tersebut.
Pada permulaan penggabungan itu, sebanyak 13 buah feri beroperasi. perkhidmatan feri antara Lumut ke Pulau Pangkor ditingkatkan kepada 48 perjalanan sehari.
Sumber: Kosmo! Online
0 comments:
Post a Comment