ATTENTION !!!

Friday, October 31, 2008

Akar-Akar Kayu (Penyediaan Tradisional) - Aina Resources

(Post: Bahasa Melayu)
"Mahu cuba mengenali jenis-jenis akar kayu dan herba sebagai ubat-ubatan tradisional dan penjagaan kesihatan sebenarnya amat menarik. Semakin 'dikorek' semakin banyak rahsia dan ilmu yang boleh diperoleh."

Bagaimanakah akar-akar kayu yang berada di perut bumi ini boleh mendapat nama seindah seperti Tongkat Ali, Tongkat Haji Samad, Kacip Fatimah, Panah Arjuna, Gajah Beranak, Tengkuk Biawak, Akar Sekecut dan Akar Kucing Galak?

Bertanya kepada Pengarah Urusan Aina Resources, Zarina Amirah Zainal Abidin, 24, yang merupakan pembekal dan penjual akar-akar kayu (penyediaan tradisional), hanya senyuman dilemparkan sambil menjawab, nama-nama itu memang telah diberikan oleh orang-orang dahulu dan menjadi warisan hingga kini.

"Saya sering melihat bapa membawa pulang akar-akar kayu selepas keluar dari hutan kerana bertugas membawa pelajar sekolah dan penuntut universiti yang membuat jungle tracking."

Melihat susah payah bapa mencari rezeki di dalam hutan dan ibu yang berniaga nasi lemak, Zarina tersentuh hati dan bertekad untuk membantu kedua-dua orang tuanya itu.

Dengan simpanan sendiri dan bantuan kedua-dua orang tua sebanyak RM15,000, Zarina memberanikan diri membuka perniagaan sendiri di pejabat yang hanya sekangkang kera pada bulan Mei lalu.

Beliau percaya dengan tekad dan niat untuk membantu ibu bapa, Tuhan akan memakbulkan doanya agar perniagaannya akan berjaya pada suatu hari kelak.

"Minuman akar kayu lebih bagus daripada kapsul kerana mudah serap ke dalam saluran darah berbanding kapsul yang lambat menyerap. Bagaimanapun ada orang yang lebih suka mengambil kapsul daripada terpaksa merebus akar kayu setiap hari."

Kepada sesiapa yang mengamalkan perubatan tradisional atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keistimewaan akar kayu boleh berhubung terus dengan Zarina.

CONTACT INFO:
Telefon: 012-6279080

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Bookmark and Share

Manik Pinakol

(Post: Bahasa Melayu)
"Bukan dipaksa atau terpaksa, minat membuat kraftangan manik sememangnya terbit secara semula jadi dalam diri ibu muda ini."

Di rumah panjang itulah dia dibesarkan dan belajar mengenal erti hidup.

Rumah panjang yang terletak di Kampung Tinangol, Kudat, Sabah itu memang terpencil dan sukar untuk dijejaki jika tiada pemandu pelancong yang membawanya.

Namun di situlah tempat Erllin Agunchai, 25, membesar dan menghabiskan hampir seluruh waktu siangnya membuat kraftangan yang berasaskan manik.

Berpusat di sebuah bengkel yang didirikan khas, setiap hari Erllin bersama dua anak perempuannya, Elvera, 6, dan Elfey Ferra, 2, akan membuat kraftangan manik.

Di situlah juga manik yang telah dicantumkan menjadi barangan perhiasan akan dijual kepada pelancong yang sampai ke kampung mereka.

Dalam sehari Erllin mampu menghasilkan lebih dari tiga perhiasan yang diperbuat daripada manik. Sebagai suri rumah dan pengusaha manik sepenuh masa, Erllin mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan.

Setiap corak yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti mereka sendiri. Perhiasan seperti rantai dibahagikan beberapa nama seperti litai Sabah, litai Venusak, tinutu (corak tradisi), inavol dan pinakol.

Antara produk daripada manik yang dihasilkan termasuklah gelang, rantai, kerongsang, balutan pen dan macam-macam lagi.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Bookmark and Share

Vermiculture - Ternak Cacing Hasilkan Baja

(Post: Bahasa Melayu)
"Cacing yang dianggap sebagai mainan kaki pancing untuk umpan membawa pulangan lima angka kepada pengusahanya."

Haiwan invertebrat yang bergelar sebagai ejen penguraian bahan buangan industri untuk dijadikan baja organik, pemusnah sampah organik dan bahan campuran dalam makanan ternakan serta pembuatan kosmetik ini menjadi binatang peliharaan yang membuka lubuk emas bagi Shahadi Mansor.

"Wang simpanan sebanyak RM20,000 digunakan sebagai modal awal untuk membeli bekalan cacing dari Indonesia dengan bantuan seorang rakan yang sekian lama mengusahakan perniagaan ini dengan jayanya."

Usahanya menternak cacing menjanjikan pendapatan lumayan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram (kg) pada harga pasaran.

Pemilik syarikat Fantastis AGRO, Shahadi Mansor juga melipatgandakan pendapatan melalui perusahaan cacing ini dengan memproses sendiri baja kompos hasil daripada najis cacing.

Dengan bilangan cacing yang kian meningkat, hasil baja yang dihasilkan juga semakin banyak. Daripada sejumlah satu kg baja kompos yang dihasilkan setiap bulan, kini jumlah tersebut telah mencecah 1 tan baja kompos sebulan.

Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan apabila anggaran pendapatan sebulan syarikat juga mencecah sehingga kira-kira RM10,000.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Bookmark and Share

Thursday, October 30, 2008

Ceburi Bidang Tekstil

(Post: Bahasa Melayu)
"Beruntung memiliki anak ramai bagaikan menyuntik semangat kerja kerasnya. Bagi Noor Kartini Noor Mohamed, 42, tiada kerjaya yang menyeronokkan selain dapat memanfaatkan peluang berniaga dalam bidang tekstil."

"Saya terpanggil untuk membuka perniagaan ini tambahan pula rekaan baju kurung di pasaran terutama baju kurung untuk kanak-kanak kurang menarik."

"Saya tidak mengehadkannya kepada kanak-kanak bahkan untuk orang dewasa kerana saya mahukan mereka cantik bergaya dengan baju tradisi," katanya lagi.

Melihat deretan baju kurung yang menarik dan eksklusif dengan hiasan manik serta labuci indah, tidak mustahil rekaannya menyerlah dalam kelasnya tersendiri dan menepati kehendak ramai.

Beriltizam menjadi pembekal kepada pemborong dan membesarkan lagi perniagannya, beliau menyandarkan harapan tinggi terhadap anak untuk meneruskan perniagaan itu.

"Saya yakin pasaran baju kurung mempunyai potensi masa depan dan sedia menghadapi persaingan."

"Butik saya menyediakan pilihan tersendiri kepada mereka yang sukakan baju kurung eksklusif untuk majlis tertentu," katanya.

Beliau memang cerewet dalam pemilihan fabrik dan pilihannya adalah bahan bermutu seperti sutera shantung dan Thai, kapas Jepun bermutu tinggi serta sifon Korea.

INFO:
Lokasi: 148 Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Telefon: 019-3138958

Sumber: myMetro
Foto:
blog MumtazLittlEgypt

Read More ->>>
Bookmark and Share

Nasi Beriani Berempah - Restoran Nasuha

(Post: Bahasa Melayu)
"Kegigihan suami mengurus perniagaan dan perladangan herba mencetus idea kepada wanita ini untuk menjadikan rempah ratus sebagai pertaruhan penting dalam perniagaan restoran yang dipacunya."

Restoran Nasuha yang diusaha lebih enam tahun lalu turut mengembangkan industri herba apabila Rohaya Ahmad mengakui gabungan makanan dan herba bagaikan sinonim.

"Suami menceburi bidang herba sudah 30 tahun. Selain Nasuha Enterprise Sdn Bhd, rempah ratus jenama Mak Siti, rempah ratus produk kesihatan berasaskan herba iaitu teh dan sup jenama CT Herbs Spices Organic Natural Herbs adalah keutamaan kami."

"Tetapi sejarah Restoran Nasuha bermula hanya dengan produk teh yang mengandungi lapan jenis aroma di samping nasi beriani berempah ilham tiga rasa yang mendapat sambutan menggalakkan."

"Pesan suami, biarlah menu tidak banyak tetapi resipinya benar-benar asli dan memberi kepuasan kepada pelanggan."

Memiliki lebih 200 pekerja yang mengurus 3,200 ekar ladang yang mengandungi lebih 6,000 spesies pokok herba di samping 25 tenaga kerja di restoran banyak melakar kejayaan untuk memartabat herba tempatan dalam industri makanan yang berkhasiat.

"Idea untuk mempelbagaikan bidang perniagaan telah mencetuskan idea untuk untuk memiliki ladang sendiri, kilang dan penginapan berbentuk vila serta kabin."

"Memiliki restoran, ladang dan kilang sendiri membuatkan kami diyakini pelanggan. Cara pengendalian bekalan dan pengurusan ladang yang terancang memberi kelebihan tersendiri kepada restoran serta produk kami," katanya.

Sumber: myMetro
Foto:
NasuhaHerbsParadise

Read More ->>>
Bookmark and Share

Produk Sundari Rumusan Sendiri

(Post: Bahasa Melayu)
"Memiliki aura menarik dan tampil menawan menjadi impian ramai wanita terutama yang mementingkan kecantikan serta kesihatan diri."

Bagi Sundari Danise Shan, 32, pesona melihat lebih ramai wanita cantik bergaya seiring dengan penjagaan diri yang sempurna mesti bermula sejak awal.

Menurut gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini, minatnya yang mendalam terhadap dunia kecantikan memberi definisi tersendiri kepadanya.

"Saya sudah membuat pilihan tepat apabila sepanjang menjalankan perniagaan spa dan butik kecantikan ini, ia mendedahkan banyak aspek berkaitan serta tidak terjangkau selama ini."

"Sebenarnya saya berhasrat meramaikan lagi wanita tampil menarik kerana dengan kesedaran pentingnya penjagaan kesihatan, mereka akan menghargai diri," katanya.

"Kita kena sayangi diri terlebih dulu dengan menjaga penampilan dan kesihatan diri. Tanpa kedua-dua elemen itu, tidak mungkin kita dipandang cantik oleh orang lain."

"Sebagai pengusaha dalam bidang kecantikan saya turut mempertaruhkan produk rumusan sendiri yang menggunakan nama Sundari buat mereka."

"Saya rumuskan khusus kepada yang mahu tampil menarik dengan formula penjagaan muka di samping bahan pemutihan," katanya yang tidak lokek dengan senyuman.

Sumber: myMetro
Foto:
Evedayspa

Read More ->>>
Bookmark and Share

Wednesday, October 29, 2008

Creative Creative Gift

(Post: Bahasa Melayu)
"Apabila memiliki syarikat sendiri, saya mengambil langkah berani untuk mengembangkan lagi perniagaan ini. Saya sentiasa memikirkan bagaimana mempelbagaikan kebolehan seiring dengan keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan."

Memiliki perniagaan sendiri sesudah puas meraih pengalaman bekerja dengan syarikat besar membuatkan Kathy Anita Ng-alim, 34, terus mengorak langkah untuk merealisasikan impiannya.

Biarpun perniagaan yang dilakarnya hanya berorientasi bunga-bungaan dan salun kecantikan, ia tidak membuatkannya menyesal memilih bidang berkenaan walaupun banyak pihak mentertawakannya.

"Tidak dinafikan bidang ini semakin berkembang pesat terutama di kalangan masyarakat bukan Bumiputera. Lebih meyakinkan saya, pendidikan dalam dua bidang berbeza memberi saya dimensi baru dalam berfikir. Apatah lagi, saya mula belajar menggubah daripada tenaga pengajar dari Jepun."

"Dari situ saya belajar mengenai ikebana, gaya gubahan Inggeris dan penataan Hong Kong kerana semua gubahan itu lebih bernilai komersial dan permintaan terhadap gubahan sedemikian lebih melatari pasaran."

"Lebih penting, ia bukan hanya mengenai bunga tetapi turut praktikal menyeimbangkan antara kreativiti dengan memanfaatkan peluang ke peringkat lebih berdaya saing," katanya.

Didorong perasaan untuk bekerja terlebih dulu membuatkan dia yakin mengisi dadanya dengan ilmu sebanyak mungkin sebelum menjana premis miliknya sendiri.

Apabila lahirnya syarikat sendiri iaitu Creative Creative Gift, dia semakin galak berusaha kerana baginya kegigihan untuk melonjakkan syarikat sendiri adalah berbaloi walaupun ada kalanya masa banyak dihabiskan di pejabat berbanding masanya di rumah.

Sehingga kini kata Anita, pada musim perayaan mahupun konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) swasta mahupun awam, dia menjadi orang paling sibuk dengan gubahan bunganya.

Dia turut bercita-cita untuk mengadakan kelas gubahan bunga dan hiasan untuk majlis lebih besar bagi memberi kemahiran kepada mereka yang dahagakan ilmu dalam bidang berkenaan.

Sumber: myMetro
Foto:
WorldGiftStores

Read More ->>>
Bookmark and Share

Tuesday, October 28, 2008

Gigih Tanam Cendawan

(Post: Bahasa Melayu)
"Pepatah yang berbunyi 'seperti cendawan tumbuh selepas hujan', seakan-akan menjelaskan apa yang berlaku pada masa ini iaitu ramai individu mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu selepas kerajaan khususnya Jabatan Pertanian berusaha mempromosi tanaman tersebut."

Senario tersebut didorong oleh faktor permintaan yang kian meningkat serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu memberangsangkan terhadap cendawan spesies berkenaan.

Justeru, semakin ramai individu tempatan bertekad untuk menceburi serta mengusahakan tanaman tersebut dengan tujuan mencari pendapatan tambahan serta keuntungan yang boleh dikatakan agak lumayan.

Melihat kepada fenomena tersebut, seorang pegawai kerajaan, Saleha Mohamed, 47, tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk bergiat serta mengusahakan perusahaan tersebut.

Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran.

Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.

"Kami mempunyai dua buah lot rumah kedai yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki, di mana tiap satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi."

Setakat ini tanaman mereka mampu menghasilkan 40 kilogram (kg) sehingga 50 kg cendawan setiap hari.

Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000 beg yang sudah sampai tempoh matang.

Saleha berharap agar sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan cendawan miliknya atau memasarkannya agar menghubungi

CONTACT INFO:
Lokasi: lot kedai di alamat G23, Jln Kasturi 1B, Bukit Sentosa

Telefon: 019-2199180 (Saleha) atau 017-3953654 (Safri Ali)

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Bookmark and Share

Sehari 30 Gantang Cendol

(Post: Bahasa Melayu)
"Setiap hari dia menghasilkan kira-kira 30 gantang cendol untuk dibekalkan kepada peraih-peraih pada harga RM7 untuk satu gantang, malah permintaannya akan meningkat sekali ganda pada bulan Ramadhan."

Sumbangan RM1,000 daripada seorang ayah untuk dijadikan modal permulaan kira-kira 17 tahun lepas berjaya mengubah kehidupan pengusaha cendol Md. Abd Hadi Md. Zain, 40, atau lebih dikenali Mat Cendol.

Pengalaman selama tiga tahun bekerja di kilang membuat cendol ibu saudaranya sebelum itu, telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengubah kehidupannya sekeluarga.

Pada awal pembabitan di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Kelantan dia hanya menggunakan motosikal untuk membawa cendol ke pasar tetapi sekarang dia mampu memiliki sebuah van dan sebuah rumah binaan konkrit yang dibina sembilan tahun lepas di atas tanah milik keluarga bernilai kira-kira RM80,000.

"Semuanya itu merupakan hadiah kepada sebuah pengorbanan ibu bapa yang tidak ternilai harganya," katanya dengan nada pilu ketika memulakan cerita.

"Masa tu memang susah, kerja hanya seada-adanya saja, nak kerja lain sijil tidak ada, sekolah pun tok habis," katanya penuh dengan kekesalan.

Walaupun tidak memiliki segulung ijazah, dia bertekad untuk menempa nama setanding insan lain bagi menebus kesilapan masa lampaunya.

"Setiap pekerjaan yang dilakukan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil, itulah prinsip yang dipegang," kata ayah kepada empat orang anak itu.

"Tuhan telah memakbulkan permintaan saya, kita tidak sunyi daripada membuat kesilapan, cuma akal sahaja yang mampu memperbetulkannya agar kesilapan lalu tidak akan berulang lagi."

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Bookmark and Share

Teknologi Biotek Untuk Keli

(Post: Bahasa Melayu)
"Objektif utama penghasilan Bio-Aqua adalah untuk penjimatan kos makanan dan mempercepatkan tempoh tuaian dari 60 hari ke 45 hari."

Teknologi penternakan ikan keli bukan sahaja mencakupi sistem infrastruktur atau kaedah menternak tetapi kini dipertingkatkan lagi dengan pengenalan beberapa produk sampingan."

Terbaru, kumpulan penyelidik, Perintis Agrotech Centre (PATC) memperkenalkan hasil penemuan terbaru mereka, Bio-Aqua iaitu formula khas untuk pembangunan industri ternakan dan pembenihan keli tempatan.

Bio-Aqua merupakan satu usaha menjadikan campuran mikrob baik dan zat mineral yang telah diuji kesesuaiannya dan terbukti keberkesanannya sebagai bahan asas dan komposisi utama produk tersebut.

Formula khas keli ini dicipta khas bagi membantu pengusaha benih dan pengusaha ternakan keli memandangkan margin keuntungan yang kecil dan memerlukan satu formula untuk mengurangkan kos operasi serta kos makanan.

Berdasarkan testimoni dan kajian yang dibuat, Bio-Aqua sangat sesuai untuk kedua-dua industri pembenihan ikan keli serta ternakan keli.

"Penjimatan ini pasti melegakan pengusaha yang terpaksa berbelanja besar untuk kos makanan iaitu melebihi 60 peratus kos operasi."

"Pada masa sama, ia, mengurangkan kadar kematian hasil peningkatan antibodi dan pengurangan stres pada ikan dan dapat menghasilkan ikan bermutu tinggi."

Untuk yang berminat mendapatkan produk ini, penghantaran Bio-Aqua akan dibuat terus ke alamat pembeli dengan menggunakan perkhidmatan KTM bagi yang membuat tempahan melalui telefon manakala bagi pembeli di sekitar Lembah Klang, mereka boleh terus ke pusat jualan syarikat.

Kursus dan latihan juga diberikan kepada sesiapa yang berminat dalam pembenihan keli aruhan.

CONTACT INFO:
Lokasi pusat jualan: Business Suite B-17-G, The Medan Selayang, Batu Caves, Selangor.

Telefon: 03-61873796

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Bookmark and Share

Blog Satu Juta Idea

Assalamualaikum..... Salam sejahtera semua,

Blog SatuJutaIdea ini adalah satu laman web perkongsian idea dan informasi dengan anda semua mengenai cara, kaedah, teknik, panduan serta idea menjana pendapatan.

Idea-idea yang dikongsi ini adalah bersumberkan daripada inspirasi dalam kehidupan individu yang sebenar di mana ianya telah membawa mereka ke arah kejayaan.

Idea-idea ini mungkin juga dapat membantu anda untuk menjana pendapatan. Atau, ia juga mungkin akan dapat memberikan anda idea untuk mencipta kejayaan anda yang tersendiri.

Untuk pengetahuan semua, segala artikel, gambar, brand, trademark, info dan sebagainya yang dipaparkan dalam blog ini adalah hak milik pemilik asalnya.

Setiap komen yang diberikan adalah pandangan peribadi individu yang membuat komen tersebut.

Blog ini hanya membantu menyebarkan informasi kepada anda semua. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan sebagainya dengan penggunaan informasi yang disampaikan.


Salam bahagia,
Admin, SatuJutaIdea






Read More ->>>
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::