ATTENTION !!!

Tuesday, October 28, 2008

Sehari 30 Gantang Cendol

(Post: Bahasa Melayu)
"Setiap hari dia menghasilkan kira-kira 30 gantang cendol untuk dibekalkan kepada peraih-peraih pada harga RM7 untuk satu gantang, malah permintaannya akan meningkat sekali ganda pada bulan Ramadhan."

Sumbangan RM1,000 daripada seorang ayah untuk dijadikan modal permulaan kira-kira 17 tahun lepas berjaya mengubah kehidupan pengusaha cendol Md. Abd Hadi Md. Zain, 40, atau lebih dikenali Mat Cendol.

Pengalaman selama tiga tahun bekerja di kilang membuat cendol ibu saudaranya sebelum itu, telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengubah kehidupannya sekeluarga.

Pada awal pembabitan di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Kelantan dia hanya menggunakan motosikal untuk membawa cendol ke pasar tetapi sekarang dia mampu memiliki sebuah van dan sebuah rumah binaan konkrit yang dibina sembilan tahun lepas di atas tanah milik keluarga bernilai kira-kira RM80,000.

"Semuanya itu merupakan hadiah kepada sebuah pengorbanan ibu bapa yang tidak ternilai harganya," katanya dengan nada pilu ketika memulakan cerita.

"Masa tu memang susah, kerja hanya seada-adanya saja, nak kerja lain sijil tidak ada, sekolah pun tok habis," katanya penuh dengan kekesalan.

Walaupun tidak memiliki segulung ijazah, dia bertekad untuk menempa nama setanding insan lain bagi menebus kesilapan masa lampaunya.

"Setiap pekerjaan yang dilakukan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil, itulah prinsip yang dipegang," kata ayah kepada empat orang anak itu.

"Tuhan telah memakbulkan permintaan saya, kita tidak sunyi daripada membuat kesilapan, cuma akal sahaja yang mampu memperbetulkannya agar kesilapan lalu tidak akan berulang lagi."

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::