ATTENTION !!!

Showing posts with label butik kecantikan. Show all posts
Showing posts with label butik kecantikan. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Restoran AlRawsha

(Post: Bahasa Melayu)
" Jika anda melalui Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, menuju ke Kampung Pandan, anda pasti akan tertoleh melihat sebuah bangunan batu dengan reka bentuk istana lama Arab yang tersergam indah. "

Siapa menyangka bangunan milik El-Ozeir Sdn. Bhd., ini merupakan sebuah restoran milik orang Islam.

Terpampang tanda Restoran AlRawsha, sebuah restoran Arab yang menghidangkan makanan Lebanon dan Arab Yaman.

Restoran milik bersama Pengarahnya, Sharifah Zainab Syed Ahmad dan suaminya, Toufic Muhammad El-Ozeir ini merupakan cawangan kedua Restoran AlRawsha di mana cawangan pertama terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur yang dibuka pada 2004.

Selain merupakan restoran Arab yang terbesar, AlRawsah juga restoran makanan Arab pertama yang berkonsep pandu lalu dan dibuka 24 jam.

Menurut Sharifah Zainab, beliau dan suami memilih lokasi sekarang kerana mahukan sebuah kawasan yang besar dan di Kuala Lumpur memang sukar mendapatkan tanah yang luas.

Restoran dua tingkat yang terletak di kawasan seluas satu ekar dengan keluasan lantai 3,000 kaki persegi ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang pada satu masa.

"Di sini disediakan lebih 200 jenis masakan Arab yang amat digemari baik oleh golongan VIP, golongan istana mahupun orang kebanyakan."

"Bukan sahaja orang Melayu atau pelancong Arab malah orang Perancis, Rusia dan bangsa-bangsa lain di Malaysia juga menggemari makanan Arab kerana cara masakan yang menyihatkan di mana nasi, kambing dan ayam dimasak dengan cara ditanam di bawah tanah (mova)."

"Nasi mandy (sesetengah orang memanggil nasi mandil) kami dimasak menggunakan minyak zaitun dan minyak jagung manakala kebanyakan makanan lain dimasak dengan cara dipanggang."

"Di antara menu istimewa kami ialah nasi mandi kambing, nasi mandi ayam, makanan Lebanon seperti humus (kacang kuda kisar yang dimakan bersama roti, makanan yang dipanggang, tebulah dan pelbagai jenis manisan)."

"Selain pelanggan yang datang terus ke restoran, kami juga menerima tempahan daripada mereka yang hendak mengadakan sebarang majlis di sini."

"Banyak kemudahan yang disediakan di sini bagi keselesaan pelanggan seperti surau yang boleh memuatkan seramai 150 orang jemaah, bilik bermain untuk kanak-kanak, butik pakaian muslimah, sudut minyak wangi Arab, bakeri roti Arab dan pasar mini yang menjual bahan-bahan masakan makanan Arab," ujar ibu kepada tiga orang anak ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, December 22, 2009

Butik Red Glow

(Post: Bahasa Melayu)
"Sungguhpun rekaan baju yang ditampilkan agak ringkas, sekiranya kena dengan pemilihan fabrik, corak hiasan serta kemasan, penampilan pemakainya tampak lebih menyerlah."

"Penggunaan kain yang bersesuaian serta hiasan digunakan dalam setiap rekaan adalah sangat penting."

"Selain itu, corak yang tidak keterlaluan saratnya memang digemari ramai selain dapat mengekalkan permintaan pengguna tanpa mengira usia," kata pemilik bersama butik Red Glow, Annur Najwa Azizan.

Ditemui di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini, menurutnya, penggunaan kain crepe lembut tanpa corak paling mendapat sambutan untuk dijadikan baju kurung kerana keselesaannya.

"Kain sedemikian memang lembut dan tidak terlalu tebal justeru, ia bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Apatah lagi, baju tradisional seperti kurung lazimnya dipakai untuk tempoh agak lama, misalnya sehari-harian khususnya ketika bekerja atau menghadiri pelbagai majlis."

"Selain itu, kain jacquard bercorak masih menjadi pilihan pengguna untuk dijadikan pakaian tradisional walaupun kini terdapat pelbagai pilihan."

"Rata-rata ramai yang memilih kain ini kerana ketahanannya manakala corak yang dihasilkan pula berlainan," katanya.

Untuk rekaan kebaya, kain sutera serat nanas digunakan bagi membentuk satu rekaan unik mengikut potongan badan individu tanpa mengira usia.

Dari segi kemasan, taburan batu swarovski dan renda antara hiasan utama koleksi baju yang diketengahkan butik berkenaan untuk menarik minat pelanggan.

"Setiap individu pasti berbeza kehendak dan permintaan dari segi berpakaian kerana masing-masing ada cita rasa tersendiri."

"Namun, kami memastikan rekaan yang dihasilkan tidak keterlaluan supaya ia boleh digayakan untuk pemakai pelbagai peringkat umur selain memberi tumpuan terhadap keselesaan pemakai."

"Tidak salah untuk meringkaskan gaya sekiranya dapat diseimbangkan dengan perhiasan sampingan untuk menaikkan seri penampilan."

"Inilah yang banyak kami utarakan kepada pelanggan supaya mereka tidak perlu banyak berhabis wang untuk kelihatan cantik dan bergaya," katanya.

Sumber: myMetro
Foto:
Red Glow

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, October 30, 2008

Produk Sundari Rumusan Sendiri

(Post: Bahasa Melayu)
"Memiliki aura menarik dan tampil menawan menjadi impian ramai wanita terutama yang mementingkan kecantikan serta kesihatan diri."

Bagi Sundari Danise Shan, 32, pesona melihat lebih ramai wanita cantik bergaya seiring dengan penjagaan diri yang sempurna mesti bermula sejak awal.

Menurut gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini, minatnya yang mendalam terhadap dunia kecantikan memberi definisi tersendiri kepadanya.

"Saya sudah membuat pilihan tepat apabila sepanjang menjalankan perniagaan spa dan butik kecantikan ini, ia mendedahkan banyak aspek berkaitan serta tidak terjangkau selama ini."

"Sebenarnya saya berhasrat meramaikan lagi wanita tampil menarik kerana dengan kesedaran pentingnya penjagaan kesihatan, mereka akan menghargai diri," katanya.

"Kita kena sayangi diri terlebih dulu dengan menjaga penampilan dan kesihatan diri. Tanpa kedua-dua elemen itu, tidak mungkin kita dipandang cantik oleh orang lain."

"Sebagai pengusaha dalam bidang kecantikan saya turut mempertaruhkan produk rumusan sendiri yang menggunakan nama Sundari buat mereka."

"Saya rumuskan khusus kepada yang mahu tampil menarik dengan formula penjagaan muka di samping bahan pemutihan," katanya yang tidak lokek dengan senyuman.

Sumber: myMetro
Foto:
Evedayspa

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::