Nasi Beriani Berempah - Restoran Nasuha
(Post: Bahasa Melayu)
"Kegigihan suami mengurus perniagaan dan perladangan herba mencetus idea kepada wanita ini untuk menjadikan rempah ratus sebagai pertaruhan penting dalam perniagaan restoran yang dipacunya."
Restoran Nasuha yang diusaha lebih enam tahun lalu turut mengembangkan industri herba apabila Rohaya Ahmad mengakui gabungan makanan dan herba bagaikan sinonim.
"Suami menceburi bidang herba sudah 30 tahun. Selain Nasuha Enterprise Sdn Bhd, rempah ratus jenama Mak Siti, rempah ratus produk kesihatan berasaskan herba iaitu teh dan sup jenama CT Herbs Spices Organic Natural Herbs adalah keutamaan kami."
"Tetapi sejarah Restoran Nasuha bermula hanya dengan produk teh yang mengandungi lapan jenis aroma di samping nasi beriani berempah ilham tiga rasa yang mendapat sambutan menggalakkan."
"Pesan suami, biarlah menu tidak banyak tetapi resipinya benar-benar asli dan memberi kepuasan kepada pelanggan."
Memiliki lebih 200 pekerja yang mengurus 3,200 ekar ladang yang mengandungi lebih 6,000 spesies pokok herba di samping 25 tenaga kerja di restoran banyak melakar kejayaan untuk memartabat herba tempatan dalam industri makanan yang berkhasiat.
"Idea untuk mempelbagaikan bidang perniagaan telah mencetuskan idea untuk untuk memiliki ladang sendiri, kilang dan penginapan berbentuk vila serta kabin."
"Memiliki restoran, ladang dan kilang sendiri membuatkan kami diyakini pelanggan. Cara pengendalian bekalan dan pengurusan ladang yang terancang memberi kelebihan tersendiri kepada restoran serta produk kami," katanya.
Sumber: myMetro
Foto: NasuhaHerbsParadise
0 comments:
Post a Comment