Gigih Tanam Cendawan
(Post: Bahasa Melayu)
"Pepatah yang berbunyi 'seperti cendawan tumbuh selepas hujan', seakan-akan menjelaskan apa yang berlaku pada masa ini iaitu ramai individu mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu selepas kerajaan khususnya Jabatan Pertanian berusaha mempromosi tanaman tersebut."
Senario tersebut didorong oleh faktor permintaan yang kian meningkat serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu memberangsangkan terhadap cendawan spesies berkenaan.
Justeru, semakin ramai individu tempatan bertekad untuk menceburi serta mengusahakan tanaman tersebut dengan tujuan mencari pendapatan tambahan serta keuntungan yang boleh dikatakan agak lumayan.
Melihat kepada fenomena tersebut, seorang pegawai kerajaan, Saleha Mohamed, 47, tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk bergiat serta mengusahakan perusahaan tersebut.
Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.
"Kami mempunyai dua buah lot rumah kedai yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki, di mana tiap satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi."
Setakat ini tanaman mereka mampu menghasilkan 40 kilogram (kg) sehingga 50 kg cendawan setiap hari.
Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000 beg yang sudah sampai tempoh matang.
Saleha berharap agar sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan cendawan miliknya atau memasarkannya agar menghubungi
CONTACT INFO:
Lokasi: lot kedai di alamat G23, Jln Kasturi 1B, Bukit Sentosa
Telefon: 019-2199180 (Saleha) atau 017-3953654 (Safri Ali)
Sumber: Utusan Malaysia Online
0 comments:
Post a Comment