ATTENTION !!!

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Perabot Kulit Telur

(Post: Bahasa Melayu)
" Terfikirkah anda bahawa barang buangan mampu dijadikan kraftangan termasuk perabut bernilai ribuan ringgit? Barang buangan itu bukannya sekadar logam atau kayu. Malah sisa bahan makanan seperti kulit telur juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan komersial. "

Itulah yang dibuktikan oleh anak tempatan melalui syarikat MIH Wood Industries Sdn. Bhd. yang mana ciptaannya dipasarkan ke seluruh dunia.

Syarikat yang diterajui sepenuhnya oleh bumiputera itu merupakan sebuah anak syarikat yang bernaung di bawah MIH Group Of Companies.

Syarikat tersebut ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2005 dan kilangnya beroperasi di kawasan perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Komunikasi syarikat tersebut, Md. Rais Md. Saman, MIH menyediakan perkhidmatan pembuatan serta kemasan pelbagai jenis perabot berserta hiasan tambahan.

Namun apa yang menarik adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kemasan akhir setiap perabot hasil syarikat ini.

"Antara bahan yang digunakan untuk kemasan akhir pada produk kami adalah seperti kulit telur, buluh dan tempurung kelapa serta ukiran tangan."

" MIH juga turut menggunakan elemen seperti kulit atau cengkerang tiram (mother of pearl), besi dan tanduk," ujarnya ketika ditemui di kilang MIH di Muar.

Antara jenis perabot yang dihasilkan adalah set bilik tidur, set ruang makan dan aksesori tambahan.

Setiap kemasan akhir pada perabot juga boleh dilakukan mengikut cita rasa pembelinya.

Ia sekali gus menjadikan perabot MIH begitu istimewa kerana setiap satunya berbeza berbanding yang lain selain keunikannya.

Ketika ditanya mengapakah syarikat tersebut memilih untuk menghasilkan perabot yang berkualiti tinggi, Rais menjelaskan bahawa mereka menyasarkan untuk pasaran luar negara.

Bagi mereka adalah agak sukar untuk memasarkan produk tersebut dalam negara kerana terpaksa bersaing dengan syarikat yang sedia ada yang lebih kukuh jualannya.

Tambahan pula katanya, kadar pendapatan isi rumah di negara ini juga adalah pada tahap sederhana justeru adalah agak sukar untuk memasarkan perabot yang berkualiti pada harga yang terlalu tinggi.

Jika di luar negara, MIH menerima tempahan mahupun tawaran daripada hotel serta resort yang kebiasaannya memerlukan koleksi perabot unik dan tampak elegan.

Bagi menghasilkan bentuk asas perabot, MIH akan menggunakan mesin namun, bagi sentuhan terakhir, hiasan serta kemasan akhir ia hanya dilakukan oleh manusia.

"Sebagai contoh kemasan seperti kulit telur pada lapisan luar perabot ia merupakan kerja yang amat rumit dan perlu dilakukan dengan penuh teliti."

"Proses menghasilkan kemasan seperti itu juga memakan masa yang agak lama bergantung kepada saiz lapisan yang diinginkan oleh pembeli."

"Kami di pihak MIH juga terpaksa melatih para pekerja dalam masa yang agak lama sehingga mereka benar-benar mahir dan mampu mencapai tahap kualiti yang telah ditentukan," ujar Rais.

Kemasan yang menggunakan tempurung kelapa pula perlu dipotong berbentuk dadu atau pada saiz yang kecil agar mudah untuk dilekatkan pada perabot.

Sejenis resin kayu akan digunakan bagi memastikan kepingan kecil tempurung kelapa tersebut dapat dilekatkan dengan kemas.

Ia kemudiannya akan digilap atau digosok dengan menggunakan kertas pasir sehingga menyerlahkan corak tempurung yang amat menarik.

Kebanyakan produk daripada syarikat tersebut dieksport ke negara-negara Eropah dan Asia dan permintaan terhadap hasil seni tersebut sangat tinggi.

Ketika ditanya apakah cabaran paling besar bagi syarikat tersebut dalam menghasilkan perabot, Rais memberitahu, pihaknya agak sukar untuk mendapatkan pekerja yang benar-benar mahir dan kreatif.

"Ia seolah-olah berkarya, sebagaimana seorang pelukis melakarkan lukisan mereka."

"Kita juga memerlukan lebih ramai pekerja yang berbakat dan memiliki kemahiran dalam seni ukiran dan reka bentuk," katanya.

Menurut beliau lagi, MIH turut menawarkan pakej dekorasi perabot pada ruangan bilik tidur, ruang makan serta ruang tamu kepada pelangan.

Jelas Rais, para pelanggan boleh menempah perabot lengkap bersama aksesori tambahan bersesuaian dengan ruang yang ingin diubah suai.

Sebagai contoh, jika pelanggan ingin mengubah suai ruang bilik tidur dengan perabot yang bertepatan, MIH sedia memberikan perkhidmatan tersebut melalui khidmat nasihat serta pandangan.

Kebiasaannya, para pelanggan agak sukar untuk mendapatkan perabot yang benar-benar memenuhi cita rasa serta kesesuaian ruangan yang ingin dihiasi.

Namun melalui MIH semuanya dapat diselesaikan dengan mudah kerana proses penghasilan perabotnya lebih fleksibel.

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh menghubungi syarikat di talian 03-82101015.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, November 12, 2009

Khaki Campbell Bella Projek

(Post: Bahasa Melayu)
"Jika diberi pilihan untuk bekerja di bilik berhawa dingin atau berpanas terik di bawah mentari, tentu ramai yang lebih rela bekerja di bilik berhawa dingin. Namun begitu, masih terdapat segelintir siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik."

Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini.

"Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor."

"Saya belajar teknik memelihara itik mulai anak yang baru menetas sehingga itik bertelur," katanya ketika ditemui di ladang ternakan itiknya di Kesang Pajak, Jasin, Melaka.

Beliau memilih untuk menternak itik kerana haiwan itu tahan serangan penyakit dan tidak banyak kerenah.

"Saya memilih ternakan itik kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari, berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu," katanya.

Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam.

Cuma, katanya, sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain.

Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu.

Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.

Beliau dibantu 12 orang pekerja bagi mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan dikelilingi kebun getah serta hutan.

Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik pada setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan itik dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur.

Elly Yuza berkata, kaedah Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan pencemaran lain.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladangnya dua kali seminggu.

Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya pada setiap hari dan dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu, pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak.

Mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ.

Telur yang dikutip itu kemudiannya dikumpul di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin.

Telur yang telah dibersihkan tanpa menggunakan air itu, kemudiannya akan disusun di dalam rak telur.

Elly Yuza berkata, melalui syarikatnya, Bella Projek Sdn Bhd, telur berkenaan dijual di seluruh negara.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, April 7, 2009

Usahawan Itik Telur

(Post: Bahasa Melayu)
"Segala-galanya bermula pertengahan tahun 2008, selepas kira-kira tiga bulan menamatkan kursus, beliau mendapati ternakan itik telur berpotensi dikembangkan di negeri Kelantan, walaupun pada awalnya mempelajari bidang ternakan lembu dan kambing."

Sejak mula menceburi ternakan itik telur spesies Khaki Campbell mulai pertengahan Ogos 2008, lulusan Institut Veterinar Kluang, Johor, Mohd Asyrafuddin Mohd Ghazali, 24, kini mampu berbangga apabila lebih 600 itik telur peliharaannya, memberi pulangan bersih antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan hasil jualan telur segar dan masin.

Ketika anak muda sebayanya yang lain masih tercari-cari pekerjaan sesuai dan sesetengahnya dilanda musibah akibat kehilangan pekerjaan kerana kegawatan ekonomi, Mohd Asyrafuddin sedang melangkah jauh dalam usahanya menternak itik telur apabila turut dipilih oleh kerajaan untuk membantu penduduk miskin negeri ini mengubah kehidupan mereka dengan ternakan itik.

"Saya belajar ternakan lembu dan kambing, tetapi selepas belajar, saya dapati ternakan itik lebih berpotensi untuk dikembangkan sebagai perniagaan kerana mudah dan murah."

"Selepas berbincang dengan keluarga, saya mencari sendiri bekalan itik di Perak dengan membeli kira-kira 500 itik dewasa dan 100 anak itik untuk memulakan perusahaan ini atas tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang disewa."

"Selepas kira-kira tiga bulan, itik yang diternak ini mula mengeluarkan hasil, membolehkan saya mengutip kira-kira 400 biji telur sehari yang dijual sebagai telur segar dan diproses sebagai telur masin menerusi peniaga pasar sekitar Wakaf Bharu, Kota Bharu dan Tumpat,"

Telur itik segar dijual borong pada harga 40 sen sebiji, manakala 58 sen sebiji bagi telur masin yang dihasilkannya sendiri di pusat ternakan itik miliknya itu, membolehkan beliau memperoleh pendapatan bersih antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Selepas lapan bulan berlalu, permintaan terhadap telur itik yang diusahakannya semakin meningkat dan keadaan itu mendorongnya kini menambah bilangan ternakan itik yang diternaknya itu sebanyak 4,400 ekor lagi yang akan diterimanya dalam tempoh terdekat.

"Semua itik ini mampu menghasilkan telur sehingga usia tiga tahun sebelum disembelih untuk jualan daging segar. Semua itik ini saya beri makan dua kali sehari bermula jam 6 pagi sambil mengutip telurnya dengan kira-kira 100 butir diproses sebagai telur masin."

Anak muda berjiwa besar itu kini dijadikan contoh usahawan muda dan dilantik oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan sebagai Mentor Program e-Kasih anjuran Kerajaan Pusat bagi membantu keluarga penduduk miskin negeri ini yang berminat menceburi ternakan itik telur itu.

Sumber: Berita Harian Online
Foto:
Khaki Campbell

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, November 14, 2008

Buah Tangan Telur Merah

(Post: Bahasa Melayu)
"Warna merah memang menarik mata sesiapa yang memandang."

Perubahan zaman menyebabkan masyarakat meminggirkan banyak daripada amalan budaya tradisi.

Namun begitu, ada amalan yang terus kekal seperti memberi bunga telur kepada tetamu pada majlis perkahwinan orang Melayu.

Bunga telur diberikan sebagai buah tangan untuk menghargai kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan.

Walau bagaimanapun, sekarang ini, semakin ramai yang menggantikan telur rebus biasa dengan telur berwarna merah yang asal usulnya daripada adat resam orang Cina.

Bagi Amidah Ahmad, 62, yang menjalankan perniagaan membuat telur merah secara kecil-kecilan di Melaka, telur merah sememangnya istimewa mengikut tradisi dan kepercayaan masyarakat Cina.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina tradisional, telur adalah satu simbol kesuburan. Oleh sebab itu, pemberian telur merah seringkali dapat dilihat pada majlis perkahwinan atau menyambut kelahiran bayi.

"Walaupun hanya dicelup dalam pewarna merah, kepercayaan masyarakat Cina terhadap warna merah sebagai lambang kemakmuran dan kebahagiaan itulah yang menjadi sebab mengapa telur merah masih ada sehingga hari ini."

Walaupun bergelar usahawan kecil dan hanya dibantu kaum keluarga, Amidah kini mampu menghasilkan sehingga 5,000 biji telur untuk satu-satu tempahan.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Perusahaan Telur Pindang Warisan

(Post: Bahasa Melayu)
"Keunikan telur pindang terletak pada warna dan rasanya. Warna telur pindang yang gelap membuatkannya berbeza daripada telur rebus biasa."

Tradisi memberi bunga telur semasa majlis persandingan masih kekal sehingga hari ini.

Siti Aishah Md Kosim, 25, dari Perusahaan Telur Pindang Warisan (ELPIN) berkata, telur pindang yang merupakan makanan tradisional Johor mempunyai rasa dan cara pembuatan yang unik.

"Rasa yang unik pula adalah hasil daripada pelbagai herba dan ramuan yang digunakan semasa direneh bersama telur."

"Walaupun berasal dari Johor, namun kini telur pindang semakin kerap dijadikan pemberian kepada para tetamu pada majlis perkahwinan, tanpa mengira negeri mahupun kaum."

Menurut Pengasas Perusahaan Telur Pindang Warisan, Jalil Nasir, perusahaannya mampu menghasilkan sehingga 25,000 biji telur pindang untuk diedarkan ke lebih 385 kiosk, stesen-stesen minyak, gerai dan warung serta restoran di seluruh Lembah Klang.

Keunikan rasa telur pindang membuatkan ia sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.

"Kalau Jepun terkenal dengan sushi, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia juga boleh terkenal kerana telur pindang," katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::