ATTENTION !!!

Friday, November 14, 2008

Buah Tangan Telur Merah

(Post: Bahasa Melayu)
"Warna merah memang menarik mata sesiapa yang memandang."

Perubahan zaman menyebabkan masyarakat meminggirkan banyak daripada amalan budaya tradisi.

Namun begitu, ada amalan yang terus kekal seperti memberi bunga telur kepada tetamu pada majlis perkahwinan orang Melayu.

Bunga telur diberikan sebagai buah tangan untuk menghargai kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan.

Walau bagaimanapun, sekarang ini, semakin ramai yang menggantikan telur rebus biasa dengan telur berwarna merah yang asal usulnya daripada adat resam orang Cina.

Bagi Amidah Ahmad, 62, yang menjalankan perniagaan membuat telur merah secara kecil-kecilan di Melaka, telur merah sememangnya istimewa mengikut tradisi dan kepercayaan masyarakat Cina.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina tradisional, telur adalah satu simbol kesuburan. Oleh sebab itu, pemberian telur merah seringkali dapat dilihat pada majlis perkahwinan atau menyambut kelahiran bayi.

"Walaupun hanya dicelup dalam pewarna merah, kepercayaan masyarakat Cina terhadap warna merah sebagai lambang kemakmuran dan kebahagiaan itulah yang menjadi sebab mengapa telur merah masih ada sehingga hari ini."

Walaupun bergelar usahawan kecil dan hanya dibantu kaum keluarga, Amidah kini mampu menghasilkan sehingga 5,000 biji telur untuk satu-satu tempahan.

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

1 comments:

Ismail N November 18, 2008 at 3:19 PM  

Idea yang menarik dan baik. Semakin kurang kita jumpai produk2 sebegini di pasaran. Ia menyedihkan kerana ia sebahagian dari khazanah bangsa yang wajar dijaga dan disimpan. Dulu selalu saya makan telur bagini, malah di kedai runcit pun ada dijual. Sekarang, mahu special order pula.

Sincerely,

Ismail N

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::