ATTENTION !!!

Thursday, November 27, 2008

Uniknya Apam Johol

(Post: Bahasa Melayu)
"Apam Johol ini istimewa kerana ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi kini diperluaskan kepada hidangan sampingan menggantikan pulut dalam campuran cendol serta boleh dimakan dengan sambal tumis ikan bilis."

Aroma mewangi, bentuk sederhana, tidak melekit serta keenakan rasa merupakan ciri-ciri yang menjadikan apam daun rambai atau lebih dikenali sebagai apam Johol begitu popular di Negeri Sembilan.

Pengusahanya di Kampung Masjid Tua, Johol, Zahariah Mohd Zin, 39, berkata, dia telah mengusahakan apam Johol sejak 2005 dan tidak pernah menjejaskan kualiti dan keasliannya.

Bahan untuk membuat apam Johol ialah tepung gandum, gula merah, gula pasir, ibu roti dan selepas diadun ia akan dikukus cuma 10 minit.

Proses membuat apam itu tidaklah begitu rumit tetapi memerlukan kesabaran dan seni apabila memotong daun rambai tersebut. Ini bagi memastikan kuih yang dikukus nampak cantik serta berkualiti.

Menurutnya, dia mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700 ketul kuih berkenaan sehari dan ia boleh mencecah sehingga 2,000 ketul sehari terutama apabila ada majlis kerajaan, keraian atau cuti sekolah.

Dia bukan sahaja berjaya memasarkan apam Johol ini di sekitar Negeri Sembilan malah ada juga tempahan yang diterima dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan juga Singapura.

"Harga seketul apam Johol 30 sen di sekitar pekan Johol dan 35 sen jika ia diedarkan di Seremban."

"Apam Johol ini tidak melekit dan dibuat pejal serta mampu tahan lama sekurang-kurangnya tiga hari."

CONTACT INFO:
Telefon: 013-6891620

Sumber: Utusan Malaysia Online , Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::