ATTENTION !!!

Showing posts with label stokis. Show all posts
Showing posts with label stokis. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Teknologi Nano F'AiZ Cleansing Bar

(Post: Bahasa Melayu)
" SRF Impian Enterprise syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk kecantikan jenama F'AiZ, memperkenalkan F'AiZ Cleansing Bar, sabun khas yang diformulasi menggunakan teknologi nano dari Switzerland. "

Pengarah Urusannya, Siti Rohani Abd Latif berkata, produk berkenaan mengandungi esktrak biji anggur, sel stem epal, minyak jojoba serta serbuk emas 24 karat.

"Produk ini masih baru di pasaran namun mendapat sambutan amat menggalakkan. Kebanyakan pengguna berpuas hati kerana hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua minggu," katanya.

Menurutnya, sabun yang mengandungi stem sel epal itu dipercayai berupaya memperbaiki tisu dan sel kulit, menggalakkan penghasilan sel baru selain membantu memelihara fungsi kulit wajah yang sihat serta melambatkan kesan garis halus akibat proses penuaan.

Pihaknya juga akan menghasilkan pakej produk empat dalam satu mulai Jun ini yang mengandungi sabun pembersih, penyegar, krim malam dan BB Cream yang dijual pada harga RM79.90 di Semenanjung Malaysia serta RM83.90 di Sabah dan Sarawak.

PELUANG BISNES:
STOKIS & PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH NEGARA

Hubungi: 016-4890074 atau 016-4515003

SYARAT UNTUK MENJADI STOKIS PRODUK F'AiZ
Anda hanya perlu:-
1) Tawaran terbuka kepada mereka yang beminat menambah pendapatan sampingan, di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

2) Membuat belian minima stok pertama bernilai RM750.00

3) Maintain setiap stokis wajib membuat belian minima RM300.00 sebulan untuk mengekalkan status stokis anda

4) Setiap pesanan dihantar cara pos

5) Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh syarikat

KELEBIHAN MENJADI STOKIS PRODUK F'AiZ:
1) Mendapat komisyen yang HEBAT selaku stokis
2) Penghantaran percuma secara pos
3) Mudah meluaskan pasaran melalui kemudahan internet
4) Tidak membebankan dari segi modal

PRODUK SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT:
Terkini 5 dalam 1:
1) Anti jerawat dan anti jeragat (memudarkan jeragat mati)
2) Pencerahan semulajadi
3) Aura untuk menyerikan wajah
4) Mengurangkan garis-garis kedutan
5) Kulit sihat, bersih dan minimakan kulit berminyak

Sumber: myMetro

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, May 18, 2010

Legasi Ana Edar

(Post: Bahasa Melayu)
" Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah itu mungkin menjadi pegangan wanita kecil molek, Hasniza Hassan sehingga berjaya membantu mengangkat legasi perniagaan milik arwah bapa mertuanya, Othman Omar. Perniagaan itu diasaskan pada tahun 1983 dengan jenama Ana. "

Wanita berusia 37 tahun yang pernah bergelar pensyarah itu adalah Pengarah Pembangunan Perniagaan Ana Edar Sdn. Bhd. (Ana Edar). Hasniza membantu Pengarah Urusan Ana Edar, Lokman Othman, 37, yang juga suaminya.

Berbekalkan semangat dan tekad untuk meneruskan kelangsungan perniagaan warisan keluarga, pasangan suami isteri yang juga graduan Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berjaya menguruskan perniagaan dengan baik walaupun tanpa sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan.

Walaupun jenama Ana telah bertapak di pasaran sekitar tahun 1983 dengan memasarkan produk kegunaan harian, Hasniza mula terlibat dalam perniagaan tersebut pada tahun 2000 yang memasarkan produk makanan tambahan berasaskan Islam.

Menurut Hasniza, penglibatannya dalam Ana Edar lebih kepada membantu mengembangkan perniagaan suaminya.

"Jenama Ana yang sudah 27 tahun bertahan bermula dengan jualan produk minyak wangi, bedak dan syampu. Dulu Ana memasarkan produk yang memang dicari-cari seperti produk kegunaan harian yang suci dan terjamin halal pembuatannya."

"Dahulu perniagaan ini dijalankan oleh arwah ayah dan ibu iaitu Othman Omar dan Esah Omar yang menjadi pengasas Ana sebelum diserahkan kepada suami saya, Lokman pada tahun 2000 selepas arwah meninggal dunia," katanya.

Tambahnya, dia dan suami hanya meneruskan perjuangan arwah untuk memasarkan produk alternatif berupa rangkaian produk halal dan suci, pada masa yang sama melahirkan usahawan Muslim berdaya saing dan berkemahiran.

Pada tahun 1988, perniagaan Ana Edar yang berteraskan perniagaan pelbagai peringkat (MLM) mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Selain menjual produk yang bermutu dan sesuai untuk kegunaan masyarakat, Ana Edar pada masa yang sama memberikan peluang perniagaan kepada orang ramai dengan berlandaskan syariat."

"Kami mengamalkan pelan pemasaran lebih terbuka dan tiada apa yang perlu disorokkan kepada mereka yang terlibat. Pendapatan mereka adalah hasil daripada keuntungan jualan, komisen dan pembayaran bonus bergantung kepada hasil jualan," ujarnya.

Kini, Ana Edar mempunyai lebih 40 rangkaian produk termasuk makanan, kosmetik, barangan keperluan rumah, kelengkapan mandian dan kebanyakan produknya sudah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sementara yang lain masih dalam senarai menunggu.

Proses pembuatan produk Ana Edar disediakan di bawah piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang mendapat pengiktirafan Jakim.

"Setiap produk yang dihasilkan dalam persekitaran Islam. Tiada sembang-sembang kosong, semua pekerja mempunyai wuduk sepanjang operasi dan sebelum memulakan kerja mereka akan berdoa."

"Buat masa ini, Ana Edar bekerjasama dengan kilang-kilang lain dan merancang untuk mempunyai kilang sendiri suatu hari nanti," jelasnya.

Kata Hasniza, semua kilang-kilang tersebut dipantau bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk. Contohnya, produk kosmetik dan mandian tidak menggunakan bahan-bahan karsinogen.

Tahun ini, Ana Edar akan mengadakan siri latihan kepada pengedar dan stokis selain mengadakan siri jelajah ke seluruh Malaysia bagi mendidik masyarakat mengenai kebaikan produk Ana Edar.

Kepada yang berminat, Ana Edar mempelawa orang ramai yang ingin menjadi rakan niaga untuk produk Ana Edar meng hubungi talian 03-61890484 atau layari laman web Ana Edar

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, May 12, 2010

Terapi Magnet Hot Perfume

(Post: Bahasa Melayu)
" Meningkatkan kesihatan dan haruman menjadi dua elemen penting digabungkan dalam buah tangan terbaru keluaran syarikat Hot Perfume, Auraflux Perfume yang bakal menjengah pasaran tidak lama lagi. "

Produk yang menggabungkan wangian dan terapi magnet ini bukan sahaja berupaya meningkatkan tahap kecergasan pengguna, malah dapat membangkitkan aura seseorang di samping menikmati wangian yang digemari melalui gaya hidup sihat.

Usaha sama yang dijalin bersama syarikat Magnecares Resources dijadikan sebagai pemangkin dalam penciptaan produk bermutu tinggi yang seharusnya dimiliki oleh semua pengguna.

Auraflux Perfume adalah produk wangian dicipta menggunakan teknologi angkasa lepas yang mana ia turut menggabungkan potensi kesihatan melalui gelombang magnet.

Lazimnya, produk yang berasaskan terapi magnet hanya terdapat dalam bentuk pepejal seperti gelang dan rantai tetapi produk ini adalah satu-satunya produk terapi magnet yang menggunakan cecair sebagai medium terapi dan ditambah pula dengan wangian bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Pengasas dan Pengarah Urusan Magnecares, Syarhaimy Hashim, berkata Auraflux Perfumes bertindak sebagai pewangi badan dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai terapi kepada tubuh badan.

"Dengan menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat bagi menjalankan proses 'flux', kami memberi jaminan bahawa kualiti bagi setiap botol minyak wangi adalah berada pada tahap paling optimum."

"Kami memilih lima jenis wangian minyak wangi Hot Perfume yang mendapat sambutan di pasaran untuk menjalani proses ini bagi 'menyuntik' tenaga magnetik ke dalamnya," katanya ketika ditemui di pejabat urusan dan pusat pengeluaran Hot Perfume yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

Berdasarkan kajian dilakukan pakar, terapi magnetik dapat mengimbangi cas ion negatif dan positif di dalam badan dan secara tidak langsung meningkatkan kecergasan dan kecerdasan pengguna.

Syarhaimy berkata, produk itu yang lazimnya disapukan di pergelangan tangan dan leher bertindak merangsang denyutan nadi dan melancarkan pengaliran darah serta penyaluran oksigen yang mencukupi.

Kesannya ke atas kesihatan dan tenaga dapat di rasai dalam masa tiga saat sahaja dan ia juga berfungsi sebagai pendorong kepada proses penyembuhan.

Sementara itu, Pengarah EKsekutif Magnecares, Fakri Md, berkata bagi mereka yang mempunyai kesangsian terhadap produk ini, ingin dijelaskan bahawa ia menggunakan kaedah saintifik sepenuhnya dan tidak terdapat sebarang unsur mistik yang sinonim dikaitkan dengan produk mengembalikan aura.

Namun katanya,penggunaan produk ini bukan bermakna pengguna akan diberi tenaga tambahan sebaliknya ia berfungsi menjana tenaga semula jadi yang terdapat dalam badan secara optimum.

Sebagai permulaan, pihaknya memasarkan lima jenis wangian iaitu dua wangian untuk lelaki dan tiga wangian untuk wanita yang dipilih berdasarkan wangian Hot Perfume yang mendapat permintaan yang tinggi.

"Jika sambutan yang diterima menggalakkan, kami akan merancang untuk menambah lebih banyak lagi jenis wangian dan bercadang untuk memasarkannya dalam botol yang lebih besar."

"Lebih istimewa, Auraflux Perfume dijual dengan harga mampu milik iaitu serendah RM14.90 bagi setiap botol yang mengandungi 5 mililiter (ml) dan ia adalah yang terendah di pasaran," katanya.

Hot Perfume yang bertapak kukuh dalam pasaran sebagai syarikat pengimport dan pengeluar produk minyak wangi alternatif haruman antarabangsa tanpa alkohol turut memasarkan beberapa produk lain seperti semburan wangian kereta serta rumah, sabun mandian pati minyak wangi, aroma terapi dan pewangi kain.

Hot Perfume kini mempunyai lebih 200 stokis dan lebih 10,000 ejen bergiat aktif dalam pemasaran produk di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk di Brunei dan Singapura.

Mereka yang berminat menjadi stokis mahupun ejen boleh menghubungi syarikat bagi mendapatkan informasi mengenai produk yang ditawarkan.

Sumber: Berita Harian Online
Foto: Hot Perfume

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, December 4, 2009

King Of Kebaya

(Post: Bahasa Melayu)
"Dari dulu hinggalah kini dan baik yang tua mahu pun muda, walau ke mana pergi kebaya tidak segan dipakai kerana apabila disarungkan pada tubuh, baju kebaya ia seolah-olah memberikan nyawa dan menyingkap kecantikan yang tersembunyi, sekali gus memperlihatkan keindahan bagi pemakainya."

Namun, untuk memiliki sepasang baju kebaya yang cantik dan menarik, penggemarnya perlulah teliti dan bijak memilih fabrik sesuai untuk dijadikan busana diidamkan.

Membeli baju kebaya siap mungkin ada banyak pilihan, tetapi alangkah baik, jika membeli fabrik dan menempahnya sendiri supaya selesa serta terletak pada tubuh apabila dipakai dan digayakan.

Bagi yang inginkan fabrik khusus untuk membuat kebaya, Fieyka Collection 'King Of Kebaya' menawarkan koleksi fabrik menambat hati dari Indonesia.

Pemiliknya, Siti Zulaikhah Ahmad Azmi, berkata fabrik itu didatangkan dari beberapa kota di Indonesia termasuk Jogjakarta, Jakarta dan Bandung. Semua fabrik itu didatangkan lengkap iaitu untuk membuat baju kebaya dan sarung serta selendang.

Siti Zulaikhah berkata, pilihan fabrik yang ditawarkan adalah pelbagai termasuk, semi sutera, baldu, sutera, sutera Korea dan kain kapas.

Pelanggan boleh menghasilkan pelbagai potongan atau jenis kebaya daripada fabrik berkenaan mengikut cita rasa sendiri seperti kebaya labuh, kebaya singkat dan sebagainya. Warnanya juga ada pelbagai daripada rona lembut hinggalah terang.

"Fabrik yang diketengahkan itu lengkap dihiasi sulaman yang indah dan menawan. Justeru, pelanggan tidak perlu lagi menempah untuk membuat sulaman pada kebaya yang sudah siap dijahit itu nanti."

"Sulaman itu juga ada beberapa pilihan termasuk sulaman kerawang, sulaman manik dan juga labuci daripada sederhana hinggalah rumit serta boleh digayakan ke majlis glamor ataupun bertunang dan pernikahan."

"Istimewanya, hasil kerja sulaman itu dibuat dengan terperinci dan menampilkan kehalusan seni kerja sulaman, sekali gus mutu kualitinya adalah tinggi," katanya.

Siti Zulaikha berkata, antara jenis fabrik yang digemari pelanggan ialah semi sutera kerana lembut dan menyerap peluh serta memberikan keselesaan kepada pemakai walaupun dalam keadaan cuaca panas.

Fabrik kain kapas meskipun menyerap peluh, memperlihatkan kesan dan ini menyebabkan ia kurang menjadi pilihan. Warna yang mendapat permintaan tinggi pula antaranya ialah merah, putih, hitam dan merah jambu.

Katanya, apa yang menarik pelanggannya bukan saja Melayu, tetapi juga berbilang bangsa dan kebanyakan membelinya untuk diri sendiri dan memang suka bergaya dengan kebaya tetapi ada juga yang membelinya untuk dijadikan hadiah.

"Kebaya bukan saja diminati orang Melayu tetapi bangsa lain. Malah, pernah seorang pelanggan Sikh membeli sehingga lima pasang sekali. Katanya, selain untuk diri sendiri, ahli keluarga yang lain juga menggemari baju kebaya sebab itulah dia membeli dalam kuantiti banyak," katanya.

Siti Zulaikha yang juga peminat kebaya berkata, buat masa ini koleksi itu dijual melalui perniagaan laman web yang sudah dibangunkan sejak lebih setahun lalu.

Buat masa ini lebih 100 pasang berjaya dijual. Koleksi itu terbahagi kepada tiga mengikut sulaman dan jenis fabrik serta dijual pada harga RM85, RM100 dan RM120 sepasang.

Sebagai insentif dan meraih hati pelanggan, diskaun sebanyak RM5 turut diberikan iaitu bagi yang membuat belian yang keenam untuk mana-mana jenis fabrik.

Pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk koleksi diminati tanpa perlu membayar deposit dan diberi jaminan, stok yang ditempah itu tidak akan dijual sehingga tiga hari. Tetapi jika pelanggan membayar deposit RM30, jaminan diberi ialah sehingga sebulan.

Bagi berkongsi perniagaan yang sudah dibangunkan itu, Siti Zulaikha berkata, pihaknya mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat menjadi wakil pengedar dan stokis untuk memasarkan fabrik berkenaan.

Sumber: Berita Harian Online
Foto:
blog Fieyka Collection

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, August 4, 2009

Royal Juice TLH

(Post: Bahasa Melayu)
"Kami menawarkan insentif menarik kepada stokis dan pengedar yang berminat menyertai TLH iaitu margin keuntungan sehingga 45 peratus dan 30 peratus masing-masing bagi membantu pengenalan produk baru Royal Juice di pasaran."

TLH Product Industries, pengeluar produk kesihatan berasaskan madu lebah yakin usahanya melantik sehingga 70 stokis baru di seluruh negara membolehkan syarikat mencapai unjuran jualan 50 peratus lebih tinggi tahun ini berbanding sebelumnya.

Syarikat itu memperkenalkan Royal Juice di pameran Mihas di ibu kota, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Zulkarnain Yunus, berkata unjuran itu disokong pelan pemasarannya bagi tahun ini membabitkan pelantikan lebih ramai stokis baru iaitu 14 stokis mengikut zon di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, pelantikan stokis baru membolehkan produk madu yang dikeluarkannya mendapat sambutan menggalakkan dan berkhasiat dijual secara menyeluruh ke seluruh negara.

Ketika ini, TLH mempunyai tujuh stokis dan 50 pengedar.

"Sambutan menggalakkan terhadap produk madu lebah mendorong kami memperkenalkan produk Royal Juice yang dihasilkan daripada kombinasi tujuh hasilan lebah iaitu lilin lebah, propolis, bisa lebah, debunga lebah, madu krim, jeli raja dan pupa lebah," katanya.

Sementara itu, syarikat itu turut memasarkan produk Green Propolis yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan disahkan halal.

"Green Propolis memang tinggi kualitinya disebabkan flavonoid yang bertindak sebagai sumber kepada sistem imunisasi yang diperlukan mencegah daripada sesuatu yang tidak berfaedah kepada tubuh kita seperti bakteria, fungus, virus dan toksik," katanya.

Produk itu tiada kesan sampingan kerana ia makanan semula jadi dan bagi mereka mengambil ubat doktor, boleh menggunakan TLH Green Propolis selepas setengah jam.

Dalam perkembangan sama, syarikat itu memperuntukkan RM200,000 bagi kajian, penyelidikan dan pembangunan produk serta program pemasaran terancang.

Mereka yang berminat menjadi pengedar dan stokis TLH Green Propolis boleh menghubungi 013-3968308 atau 018-3932996.

Sumber: myMetro , web TLH

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, May 12, 2009

Bisnes Kopi Sawda'

(Post: Bahasa Melayu)
"Idea untuk menggunakan ramuan itu apabila mereka kajian menunjukkan habbatus sawda' mengandungi fostat, ion, karbohidrat dan antibiotik."

Sebuah syarikat pemasaran tempatan, Corpora Corporation Sdn. Bhd. tidak mahu ketinggalan menyertai kerancakan bisnes minuman berasaskan kopi dengan memperkenalkan produk kopi habbatus sawda'. Ia merupakan sejenis minuman yang dicampur dengan tumbuhan herba.

Kopi itu juga ditambah dengan beberapa jenis herba dan bahan lain seperti ubi jaga, tongkat Ali, gingko biloba, krimer dan gula halus.

Meskipun baru beroperasi selama dua tahun, syarikat Corpora Corporation Sdn. Bhd. cukup menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Ini kerana pada tahun pertama bisnes itu, kopi sawda' mampu meraih jualan antara 30,000 hingga 40,000 unit kopi setiap bulan.

"Angka itu cukup membanggakan walaupun pengguna mempunyai pelbagai pilihan jenis kopi yang lain, namun kemasukan produk kami turut mendapat perhatian."

"Selain menjual dalam bentuk kotak yang mengandungi 15 paket, kami juga menjualnya secara papan khusus untuk edaran di kedai-kedai makanan," jelas pengarah urusannya, Mohd. Hasyim Ngadiman.

Menurutnya lagi, kopi sawda' bukan saja mengandungi khasiat herba habbatus sawda', malah ia juga dikisar bersama tongkat Ali yang terkenal sebagai raja herba.

Sementara itu, penggemar minuman kopi juga tidak perlu risau dengan status halal produk kopi sawda'. Ia dikilangkan di bawah Mais Food Industries Sdn. Bhd. (Mais Food) yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Terbaru, syarikat tersebut mengeluarkan produk lain yang berunsurkan produk kesihatan iaitu colostrum bioactive plus dan kapsul sawda.

INFO:
Bagi memperluaskan lagi pasaran produk-produk tersebut, Corpora Corporation Sdn. Bhd. mempelawa mereka yang berminat untuk menjadi stokis atau wakil pengedar.

CONTACT INFO:
Telefon: 03-40246563

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, November 3, 2008

Minyak Burung Unta

(Post: Bahasa Melayu)
"Jika Kedah dikenali dengan minyak gamat, Perak pula akan dikenali dengan minyak burung unta."

Pengeluar tunggal minyak burung unta, MS Worldwide Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (MWM) yang mengeluarkan Minyak Burung Unta atau Ostrich Oil tidak saja menghasilkan minyak itu secara tradisional, bahkan menggunakan pati lemak burung itu untuk dijadikan minyak bermutu tinggi.

"Syarikat ini mengeluarkan pelbagai produk daripada burung unta, antaranya minyak serba guna, minyak urut, minyak aromaterapi, minyak mesra, minyak bayi, krim masalah kulit, tonik rambut dan produk terbaru losyen melangsingkan badan."

Selain itu, syarikat tersebut juga akan membuka restoran makanan berkonsepkan makanan segera berasaskan burung unta yang berbentuk makanan Barat.

Untuk mempelbagaikan lagi produk, spa akan dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai mencuba dan menikmati kehebatan minyak burung unta.

Kepada sesiapa yang berminat mendapatkan produk berasaskan minyak burung unta atau ingin menjadi pengedar atau stokis boleh berhubung terus dengan pihak syarikat.

INFO:
Lokasi: Batu 14, Kampung Padang Marhom, Perak Tengah, Lambor Kanan, 32900 Parit, Perak

Telefon: 019-5699115 atau 013-3905114

Sumber: myMetro
Foto:
BigBirdShoppe

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::