ATTENTION !!!

Showing posts with label burger. Show all posts
Showing posts with label burger. Show all posts

Monday, January 4, 2010

Francais Long Burger

(Post: Bahasa Melayu)
"Menjual burger tidak boleh lagi dilabel sebagai perniagaan sampingan kerana ia mampu memberi pulangan besar kepada peniaga jika dilakukan dengan sistematik."

Pengarah Urusan Belisinnie Fast Food Holdings Sdn. Bhd., Razali Raja Jamaluddin berkata, anak muda tempatan yang berminat dalam perniagaan itu digalak menceburi bidang tersebut.

Sehubungan itu, syarikat makanan segera bumiputera tersebut berhasrat merekrut anak muda yang berminat menerusi perniagaan francais di bawah jenama Long Burger.

Menurut Razali, 44, menjual burger bukan sekadar bergantung pada cara pembuatan tetapi ia juga dibantu dengan sikap peniaga yang mengutamakan disiplin, kebersihan dan berbudi bahasa.

"Menerusi francais Long Burger, kami akan membantu mereka menyediakan sebuah gerai burger di tempat strategik."

"Selain itu, kami juga akan membantu peniaga tersebut mendapatkan pinjaman dan memberi kursus yang bersesuaian," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Damansara Aliff di sini kelmarin.

Beliau yang mesra dengan panggilan Joe dan sudah 26 tahun membabitkan diri dalam perniagaan burger berkata, pihaknya akan memantau peniaga berkenaan bagi memastikan mereka menjaga kualiti dan imej Long Burger.

Katanya, menerusi perniagaan francais, peniaga akan dibekalkan sebuah gerai, 12 jenis menu burger termasuk kentang goreng, wedges dan nugget.

"Kami menawarkan burger lembu, ayam, arnab, burung unta, rusa dan kambing selain empat burger istimewa iaitu burger ole, euro, samba dan vivo."

"Empat burger itu menggunakan mayonis yang dicipta khas untuk jenama Long Burger dan ia tidak boleh didapati di gerai atau kedai makanan segera yang ada," katanya.

Dalam pada itu, katanya, modal yang diperlukan untuk menceburi perniagaan francais Long Burger adalah sebanyak RM15,000.

Sehubungan itu, Razali menyasarkan penyertaan 200 usahawan baru di sekitar negeri ini dan Lembah Klang menyertai program perniagaan francais Long Burger bagi tahun ini.

Katanya, bagi yang berminat menyertai rangkaian perniagaan Long Burger boleh menghubungi pejabat di talian 07-2355782 atau 03-27110501 untuk keterangan lanjut.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, selain mengusahakan peniaga rangkaian Long Burger syarikat berkenaan turut menjadi pembekal burger menerusi D Sinnie Frozen Food Sdn. Bhd.

Sumber: Utusan Malaysia Online
Foto:
WikiStreetFood

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Friday, November 14, 2008

Otai Burger - Peluang Menjadi Francaisi

(Post: Bahasa Melayu)
"Perniagaan francais burger ini mempunyai sistem dan melalui pembelajaran dan praktikal, francaisi tidak menempuh jalan susah untuk membangunkan perniagaan ini."

Modal yang ada hanya RM100 ketika beliau mahu memulakan perniagaan menjual burger.

Berbekalkan wang sebanyak itu, Suhaimi Abas yang ketika itu berusia 20 tahun membeli bahan mentah dan apabila hasil jualannya mendapat keuntungan, wang berkenaan digunakan semula sebagai pusingan modal.

Selepas menempuh dua kegagalan daripada perniagaan sebelumnya, Suhaimi mendapat semangat baru apabila perniagaan burger yang diusahakannya mendapat sambutan. Dalam sehari, Suhaimi mampu menjual 100 hingga 150 burger.

"Tiga pengalaman berniaga iaitu membantu bapa saudara, jatuh bangun membuka gerai buah dan menjual mainan kanak-kanak mematangkan saya dalam perniagaan."

Kumpulan syarikat Otai kini mempunyai 17 gerai sendiri yang diuruskan di bawah Otai Utama Sdn Bhd manakala Otai Francise Sdn Bhd menguruskan francais perniagaan burger yang mempunyai kira-kira 150 cawangan.

"Lima belas tahun dulu, berniaga gerai burger dipandang rendah oleh orang Melayu, malah ada yang melabel sebagai tempat menjual dadah dan ganja, tempat lepak anak muda serta bohsia dan bohjan. Waktu itu, orang berniaga burger sebagai kerja sampingan saja," katanya.

Cemuhan orang sekeliling terhadapnya tidak sedikitpun melunturkan semangat Suhaimi meneruskan perniagaan.

"Saya percaya perniagaan ini boleh berkembang kerana burger dikenali di seluruh dunia dan dimakan tidak kira waktu. Sebab itu saya ambil peluang menjadikannya perniagaan francais," katanya.

"Ibarat menanam sebiji benih dalam tanah, kalau kita berani tanam hasrat dan cita-cita apa kita hendak jadi, melalui doa dan usaha, insya-Allah, kita akan mencapainya. Kalau Otai boleh berjaya dengan burger, tidak mustahil usahawan lain tidak boleh bangun seperti kami."

INFO:
Nama: Suhaimi Abas
Umur: 35 tahun
Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Otai Franchise Sdn Bhd

Sumber: myMetro , TheStar

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::