ATTENTION !!!

Saturday, January 2, 2010

Menang Peraduan Teka Kata Berita Harian

(Post: Bahasa Melayu)
"Seorang pembantu restoran di Subang Jaya, Sabri Salim, 27, tidak menyangka hobi mencuba nasib menyertai pelbagai peraduan akhirnya berhasil apabila memenangi Teka Kata Berita Harian Minggu 5, sekali gus meraih hadiah wang tunai sebanyak RM5,000."

Bakal bapa itu dipilih pemenang paling hampir berikutan tiada pemenang tepat dan baki RM5,000 lagi dibawa ke Minggu 6 menjadikan hadiah terkumpul bagi siri berkenaan berjumlah RM25,000.

Jika ada yang menjawab tepat bagi Minggu 6, pemenang terbabit layak memenangi semua hadiah terkumpul itu, tetapi jika sebaliknya hanya RM5,000 akan diberi kepada peneka hampir tepat.

Teka kata yang dijalankan sebanyak tujuh siri, mulai 16 November lalu hingga 3 Januari depan menawarkan hadiah keseluruhan RM70,000 atau RM10,000 setiap minggu.

Sabri ketika ditemui semalam melahirkan rasa gembira dan terkejut dan tidak menyangka beliau dipilih sebagai pemenang memandangkan hanya mencuba nasib menyertai peraduan tersebut.

"Kemenangan saya ini adalah rezeki anak, memandangkan isteri saya sedang mengandung empat bulan dan isteri saya adalah orang pertama mengetahui mengenai kemenangan ini. Saya akan menyimpan duit yang saya menangi untuk digunakan apabila anak saya akan dilahirkan kelak," katanya.

Sabri berkata, beliau sentiasa merujuk kamus dan bertanya kepada orang lain mengenai perkataan yang sesuai digunakan.

Selain itu, Sabri yang menjadikan akhbar Berita Harian antara bacaannya menjelaskan beliau menghantar penyertaan bagi Minggu 2, Minggu 3 dan Minggu 5 malah akan terus berusaha mencuba nasib menjawab tepat dalam siri berikutnya.

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::