ATTENTION !!!

Tuesday, November 11, 2008

Pensil O'Bon - Pensil Mesra Alam

(Post: Bahasa Melayu)
"Percaya atau tidak, pensil ini dihasil menggunakan suratkhabar yang telah melalui beberapa proses tertentu."

Pensil berwarna-warni dengan efek kulit binatang pada batangnya itu cukup menarik perhatian.

Biarpun ia diperbuat daripada suratkhabar lama, pensil ini dapat berfungsi lebih baik berbanding pensil konvensional yang diperbuat daripada kayu.

Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan pensil ini ialah O'Bon. Berpengkalan di China, pensil adalah produk pertamanya.

Syarikat ini terbina atas idea mahu menghasilkan produk kitar semula yang mesra alam sekitar.

"Ketika mula-mula memasarkannya, kami dapati adalah penting dalam memastikan pensil ini berwarna-warni dan mempunyai reka bentuk grafik yang menarik."

Bersyukur kerana idea kreatif itu diterima baik, O'Bon terus bersemangat untuk menghasilkan produk yang mesra alam pada sifat dan rekaannya.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, O'Bon berhasrat untuk menguasai 30 hingga 40 peratus pegangan pasaran.

"Saya tidak nampak kenapa pasaran ini tidak boleh berkembang, kerana ramai yang menyukainya. Lagi pun, kami tidak mempunyai pesaing. Pensil ini juga tahan lama, tidak patah dan berkualiti tinggi."

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::