ATTENTION !!!

Tuesday, November 11, 2008

Murtabak Raja

(Post: Bahasa Melayu)
"Walaupun ia dijual pada harga RM10 sekeping tetapi ia amat berbaloi kerana diadun dengan inti padat daging, telur dan tepung sebanyak dua lapisan berbanding murtabak biasa yang hanya selapis."

Pengusaha Murtabak Raja, Raja Zairah Raja Zakariah dan suaminya, Nik Mohamad Fathilah Abdul Rahman yang menyertai projek Taman Halal Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan memanfaatkan sepenuhnya peluang itu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Melalui penyertaan dalam projek berkenaan, masalah pemasaran dapat diselesaikan apabila PKINK melaksanakan konsep syarikat tunjang yang akan mencari pasaran daripada produk dikeluarkan oleh syarikat vendor.

Selain itu, katanya, PKINK juga menyediakan kemudahan kilang, mesin dan peralatan canggih yang disediakan pada kadar berpatutan agar pengeluaran dapat dilakukan secara komersial.

"Kini saya mampu menyiapkan sehingga 500 biji Murtabak Raja dalam sehari."

"Ini adalah sebagai permulaan walaupun permintaan daripada syarikat utama ialah sekurang-kurang 1,000 biji sehari."

"Kami akan berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi permintaan ini."

Nik Mohamad Fathilah bersyukur kerana walaupun sebelum ini hanya menjalan perniagaan itu secara kecil-kecilan tetapi Murtabak Raja itu telah dikenali secara meluas di seluruh negara dan juga di luar negara.

Perusahaan kecil mereka semakin berkembang maju. Apatah lagi dengan bantuan dan kemudahan yang diberi, pasti usaha mereka ini akan menjadi semakin besar.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

1 comments:

y4n November 11, 2008 at 4:44 PM  

Salam kenal. Kumpulan artikelnya sangat inspiratif. Boleh tidak saya mengutip isi blog Sejuta Idea untuk blog saya. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::