Pendapatan Lumayan Menternak Cacing
(Post: Bahasa Melayu)
"Bagi empat sahabat yang mengusahakan ternakan cacing secara komersial, menternak haiwan tidak bertulang itu dapat menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan."
Zawilham Amir, 32, Hambali Mohid, 45, Mohd. Faizal Yusuf, 27, dan Daim Abas, 60, yakin pendapatan hasil menternak cacing yang mereka usahakan akan mencecah pendapatan melebihi RM1 juta hanya dalam tempoh tiga tahun.
Sasaran itu dapat dicapai memandangkan harga pasaran bagi satu kilogram (kg) cacing adalah antara RM450 hingga RM500, malah haiwan itu juga cepat membiak.
Bagi satu kilogram cacing yang diternak, ia akan membiak sehingga menjadi empat kilogram hanya dalam tempoh masa dua bulan.
Berbekalkan modal RM20,000 mereka nekad memulakan perusahaan menternak cacing pada 19 Ogos lalu dengan menyewa sebuah bangunan kilang di kawasan Perindustrian Sri Purnama, Kangkar Tebrau di sini dengan bayaran RM1,000 sebulan untuk dijadikan tempat menternak cacing.
Pada peringkat awal, mereka hanya menternak satu kilogram cacing sebelum ditambah kepada 25 kilogram dua minggu kemudian.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami sudah memiliki kira-kira 120 kilogram cacing."
Tidak banyak masalah yang perlu dihadapi dalam menternak cacing malah ia tidak menelan belanja yang banyak. Namun perhatian harus diberikan kepada aspek kesesuaian makanan dan suhu kawasan ternakan cacing.
Mengenai pemasaran, mereka telah mengikat kontrak selama tiga tahun untuk menjual cacing yang diternak kepada syarikat Balqis Agrotech yang juga mengendalikan kursus ternakan cacing yang diikuti.
Sumber: Utusan Malaysia Online
0 comments:
Post a Comment