ATTENTION !!!

Tuesday, June 14, 2011

Seni Grafik Karyana Resources

(Post: Bahasa Melayu)
" Cetusan idea seni grafik yang mempunyai nilai estetika tinggi dapat menarik minat orang ramai menghargai sesuatu hasil karya. Kerana itu, seni grafik hari ini turut membuka peluang kepada pengkarya seni tersebut menjana pendapatan menerusi perniagaan. "

Ini terbukti apabila Pengurus Karyana Resources, Hairul Izwan, 30, membangunkan laman web KaryaPrint semata-mata minat mendalam terhadap seni grafik.

"Saya telah berkecimpung dalam bidang seni grafik sejak di kolej lagi dan naluri hati mengatakan industri ini mempunyai masa depan yang cerah untuk berjaya sekali gus menjana pendapatan."

"Detik itu telah membuka hati saya berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan dalam industri percetakan secara kecil-kecilan di rumah untuk melahirkan karya menarik," katanya kepada Kosmo!.

Bagaimanapun Hairul menambah, dia sama sekali tidak menduga permintaan pelanggan semakin banyak sehingga sukar membahagikan masa menghasilkan karya cetakan.

Katanya, sukar memenuhi permintaan yang tinggi jika bekerja seorang diri kerana dia sentiasa mementingkan kualiti dan penelitian dalam penghasilan sesuatu karya cetakan.

"Justeri itu, saya telah membuka sebuah kedai di Shah Alam untuk memastikan setiap tempahan dapat dipenuhi dengan lebih teratur dan sistematik."

"Pembukaan kedai tersebut pada tahun lalu juga dapat membantu saya mengawal kualiti dengan lebih mendalam agar dapat memberi hasil terbaik kepada pelanggan," ujarnya lagi.

Laman webnya menawarkan pelbagai produk cetakan jet dakwat berkualiti tinggi termasuk banner, banting, tirai latar, poster, pelekat dan banyak lagi.

Selain daripada itu, terdapat juga cetakan ofset seperti kalendar, majalah, buku, buku tahunan, beg kertas dan sampul surat ditawarkan kepada pengguna.

Pemegang Diploma Seni Grafik dari sebuah kolej swasta itu memberitahu, antara produk yang mendapat sambutan daripada pelanggan termasuk kad nama, banner dan banting kerana ia memerlukan cetakan pantas.

Katanya lagi, dia mengenakan bayaran mengikut bahan yang ditempah seperti kuantiti dan saiz.

Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, dia berharap dapat mengembangkan lagi perniagaan percetakan yang dijalankannya.

"Saya ingin memastikan perniagaan ini dapat berkembang dan berharap dapat menambah cawangan jenama KaryaPrint ini, katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::