ATTENTION !!!

Tuesday, June 14, 2011

Spa D’Lugano

(Post: Bahasa Melayu)
" Urutan badan yang menenangkan dan pada masa yang sama dapat melangsingkan badan pastinya memberi nilai tambah kepada rawatan di spa. Kepada mereka yang berkesempatan, aktiviti merehatkan badan di spa adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. "

Apatah lagi, rawatan tersebut diiringi muzik tradisional. Hiasan dalaman spa dengan suasana ala kampung pasti menggamit memori yang sudah lama ditinggalkan. Di spa D’Lugano, pengalaman menarik itu boleh diperoleh.

Dimiliki oleh selebriti Diana Rafar, spa yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam itu menawarkan pelbagai terapi. Antara terapi paling istimewa yang ditawarkan ialah skrab badan, rawatan halia panas, pemutihan kulit dan urutan payu dara.

Konsep:
Bertemakan suasana kampung, pengunjung terpesona dengan hiasan dalamannya yang banyak menggunakan buluh sebagai bahan asas.

Tilam rawatan juga dilapisi kain batik dan dihiasi kelopak bunga mawar bagi menimbulkan ketenangan.

Menawarkan:
Antara rawatan yang ditawarkan termasuklah rawatan rambut, kuku tangan dan kaki, mandi wap, lulur, mandi susu atau rempah, mandi bunga, rawatan wajah dan bekam.

Menurut Diana, hampir semua produk seperti krim sapu, minyak urut, lulur dan pupur yang digunakan dalam rawatan dihasilkan sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Keistimewaan:
D’Lugano, pelanggan boleh merasai terapi urutan terbaru iaitu urutan Borneo dan urutan yin yang sejuk panas oleh pengamal kecantikan berpengalaman.

Selain itu, untuk rawatan istimewa yang disediakan, pelanggan boleh memilih pakej rawatan yang menjimatkan.

Harga:
Rawatan skrab badan yang berharga RM150 dijual pada harga RM1,000 untuk pakej 10 sesi rawatan.

Rawatan pelangsingan halia panas yang berharga RM370 untuk sekali rawatan dijual pada harga RM3,200 untuk pakej sepuluh sesi rawatan.

Bagi rawatan pemutihan kulit, ia dijual pada harga RM400, manakala rawatan pakej yang merangkumi sepuluh sesi rawatan berharga RM3,500.

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::