ATTENTION !!!

Sunday, May 1, 2011

Saudagar Batu Permata Impian

(Post: Bahasa Melayu)
" Pada awalnya mereka cuma berminat dengan cincin batu permata, tetapi lama-kelamaan timbul idea memasarkan batu permata selepas menganggap sakan perniagaan itu mempunyai potensi untuk berkembang berikutan minat ramai terhadap barang kemas - wanita sukakan batu permata manakala lelaki juga tidak kalah dengan cincin perak atau tembaga bertatahkan batuan berharga itu. "

Apa yang menarik, kedua-dua sahabat ini, Mohd Azim Muizz Mohd Makim dan Farul Rodhee Hamzan, masing-masing berusia 29 tahun, bukanlah pakar tetapi atas dorongan minat, mereka sanggup mendalami ilmu batu permata asli, sintetik dan tiruan berdasarkan pengalaman, buku dan melayari internet.

Ditanya mengenai minat mereka terhadap batu permata, Farul Rodhee, berkata ia timbul kerana datuknya pernah menjadi penjual batu permata di Jalan Masjid India yang terletak di tengah-tengah ibu negara.

"Saya selalu ikut dia berniaga dan secara tidak langsung, rasa minat untuk jejak langkahnya timbul. Mohd Azim pula memang minat dengan cincin. Jadi, kami memutuskan untuk menjalankan perniagaan batu pertama selepas menyedari potensinya."

"Memandangkan kami ada pekerjaan tetap, perniagaan ini dijalankan secara sambilan menerusi online. Hampir empat tahun dalam bidang ini, kami dapati ia mampu menambahkan pendapatan," katanya.

Menurut Mohd Azim atau lebih dikenali Muizz, batu permata juga dinilai menerusi empat 'C' iaitu clarity (kejelasan), cut (potongan), colour (warna) dan carat (karat), sama seperti kriteria yang perlu ada pada berlian.

Katanya, delima adalah batu permata paling berharga dan berkualiti tinggi yang mengambil masa sehingga berjuta tahun untuk terbentuk. Selain delima, zamrud dan nilam juga antara batu permata yang paling digemari.

"Delima Burma adalah yang paling berharga dan paling mahal manakala manakala daripada jenis zamrud, batu permata yang didatangkan dari Colombia paling diminati. Nilam Ceylon yang berasal dari Sri Lanka pula mengungguli batu permata nilam menjadi rebutan."

"Semuanya kerana kriteria seperti kejernihan, pancaran dan kekerasan batu permata itu. Delima misalnya mempunyai tahap kekerasan sembilan, kurang sedikit daripada berlian yang mempunyai tahap kekerasan 10," katanya.

Perniagaan online yang dijalankan kedua-dua sahabat itu mendapat sambutan baik kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga di kedai.

"Kedai emas selalunya menjual dengan mengira karat pada batu permata. Sebagai contoh, satu karat berharga RM25. Jika delima mempunyai empat atau lima karat ia sudah mencecah RM100. Zamrud Colombia pernah dijual pada harga RM5,000 untuk setiap satu karat. Namun kami menjualnya mengikut butir," kata Mohd Azim.

Ditanya mengenai bekalan batu permata itu, beliau berkata, ia diperoleh daripada pembekal dan ditempah menerusi internet.

Mereka juga memberi jaminan pelanggan memperoleh batu permata asli kerana mempunyai sijil pengesahan daripada Makmal Gemologikal Asia (AGL) yang bertanggungjawab mengesahkan keaslian batu permata.

Pelanggan yang berminat boleh melayari laman web Batu Permata Impian untuk melihat batu permata yang diidamkan dan seterusnya membuat tempahan.

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::