ATTENTION !!!

Tuesday, August 31, 2010

Bekas Berus Gigi Flipper

(Post: Bahasa Melayu)
" Rutin penjagaan gigi jadi lebih bergaya apabila ada bekas menyimpan berus gigi yang unik dan menarik. Itulah tarikan keluaran Orca, Flipper, yang tampil dengan tiga rekaan terbaru Big Eye, Ozy Joy dan Mira yang menjadi tambahan kepada rangkaian kanak-kanak siri Animo Jr. "

Flipper tampil dengan bekas menyimpan berus gigi unik dan dipatenkan di seluruh dunia dengan mekanisme satu sentuhan untuk membuka dan menutup bekas secara automatik apabila berus gigi ditekan atau direntap.

Dengan bekas unik dan menarik ini, Flipper melindungi berus gigi daripada kuman bawaan angin atau sebarang penyakit akibat jangkitan bakteria selain mengelak berus gigi dihinggapi cicak dan serangga menjijikkan seperti lipas.

Mudah dan praktikal, Flipper menjadi padanan tepat untuk penjagaan gigi seharian dan mampu menceriakan rekaan bilik mandi dengan pelbagai bentuk menarik selain mampu menggalakkan kanak-kanak supaya lebih kerap memberus gigi.

Menurut Ketua Inovasi Kreatif Orca, HY Cheong, setiap siri Flipper menggambarkan nukilan perasaan berbeza.

"Animo Jr begitu comel manakala siri Big Eye menyerlahkan sikap dan personaliti. Ozy Joy pula anggun menawan manakala Mira ringkas, tapi memikat," katanya.

Animo Jr
Mengandungi 12 rekaan berbentuk haiwan yang hampir pupus, haiwan liar dan binatang peliharaan comel dengan semuanya sudah melepasi segala ujian Orca dan Occo, dua penjaga pulau magis di Lautan Pasifik.

Orca dan Occo
Sunny, beruang matahari yang lembut, Eddy gajah berhati mulia, Hippy badak sumbu yang sopan, Lubby singa, raja di hutan, Pachy panda gergasi yang baik hati, Rumbo badak yang berani, Timmy harimau yang cerdik, Jiggie zirafah yang bijaksana, Zibby kuda belang yang kacak, Smarty monyet ceria dan Howdy lembu yang rajin.

Big Eye
Siri robot bermata besar setinggi tiga inci unik yang bergaya. Siri ini tampil bersama roda memboleh­kannya bergerak dan menjadi permainan menarik ketika memberus gigi setiap hari.

Pelbagai bentuk robot dalam siri ini dihasilkan bagi memenuhi personaliti yang berbeza.

Ozy Joy
Berbentuk seperti cengkerang, dihiasi grafik menarik ditambah dengan hasil seni memikat dengan kesan berlapis. Setiap rekaan dalam siri ini menyerlahkan rasa berbeza.

Mira
Siri Mira menggambarkan pendekatan baru dan asli terhadap Flipper dengan bebayang memikat, ilham daripada titisan embun dinihari.

Dalam mengejar kemuncak keaslian ciptaan, badan bekas berus gigi ini dan pendakap, buat pertama kali digabungkan sebagai binaan tunggal.

Jika diperhati dengan lebih dekat, pasti terserlah butirannya. Berwarna cerah dengan permukaan seakan cermin menjadikannya seakan-akan kristal. Mira tampil dengan empat variasi menarik iaitu zircon, amber, amethyst dan titanium.

Sempena pelancaran siri terbaru, Flipper menganjurkan pameran produk bertajuk It's Tick-Tack Time! di pusat beli-belah 1Utama ber­mula 27 Ogos sehingga 5 September ini.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan Living Wing Sdn Bhd, Terence Lee, pengunjung ruang pameran yang membelanjakan RM50 (atau RM30 bagi pemegang kad Onecard) akan mendapat Flipper edisi khas Ozy Spring Breeze secara percuma.

"Orang ramai digalakkan membawa Flipper terpakai ketika pameran dan mereka boleh menukarkannya dengan Flipper Ozy Spring Breeze percuma. Program pakai tukar ini akan diteruskan bermula 6 hingga 12 September di Homing Concept Store," kata Lee.

Turut diadakan adalah peraduan meneka jumlah Flipper yang diletakkan dalam bekas khas. Pemenang peraduan ini akan menerima baucar beli-belah Jusco bernilai RM500.

Flipper dijual pada harga RM12.90 hingga RM17.90 yang boleh didapati di Homing, Isetan dan Sogo serta di Jusco, Popular, Metrojaya, Ace Hardware dan Aussino terpilih.

Sumber: myMetro
Foto: Flipper

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::