ATTENTION !!!

Monday, August 30, 2010

Jus Jana Minda

(Post: Bahasa Melayu)
" Penemuan jus madu formula yang dihasilkan oleh seorang doktor homeopati berjaya mengubah keseluruhan perjalanan hidup seorang suri rumah dan ibu kepada lima cahaya mata, Ramlah Haleed, menjadi seorang wanita yang semakin maju. "

Daripada seorang individu yang agak pemalu, selain pernah berkhidmat sebagai tukang masak di restoran milik suaminya dan juruwang di sebuah pasar raya di Masai, Johor, kini beliau boleh tersenyum bangga dengan pencapaiannya.

Dengan jawatan sebagai Pengarah Urusan MH Traders, sebuah syarikat milik bersama keluarganya, beliau boleh dianggap sebagai role model kepada mana-mana golongan hawa di negara ini, yang sentiasa ingin maju dan berjaya dalam bidang perniagaan.

Syarikat yang diterajuinya itu kini semakin dikenali sebagai pengedar tunggal di Malaysia, selain Brunei, Indonesia dan Singapura bagi jus madu formula yang menggunakan jenama Transmax Mind Booster.

Minuman jus ini semakin mencipta nama dalam membantu meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak yang bermasalah terutama dari segi daya ingatan, kurang tumpuan dalam pembelajaran dan tidak aktif.

Ketika ditemui di ibu pejabat syarikatnya, di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini, Ramlah mendedahkan betapa kejayaan yang dikecapinya itu bukan berlaku dalam sekelip mata sebaliknya memerlukan pengorbanan dan kesungguhan.

"Semuanya bermula ketika saja berkunjung ke klinik Dr M Kadiri di Selangor. Saya terlihat sebuah botol jus madu di situ yang antara lain dikatakan mampu membantu meningkatkan keupayaan otak seseorang."

"Entah macam mana, saya terpanggil untuk mencuba jus itu untuk anak-anak memandangkan mereka kurang menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran masing-masing sehingga merisaukan saya dan bapa mereka, Moideen Mohamed."

"Sebagai seorang ibu, pendidikan anak-anak menjadi keutamaan kerana ia adalah jaminan untuk masa depan mereka. Jadi saya bertawakal kepada Allah SWT, supaya jus ini mampu mengubah hidup mereka," katanya.

Ramlah berkata, selama dua bulan menggunakan jus berkenaan, anak keempatnya, Nur Syafikah Moideen, 11, mula menunjukkan perubahan memberangsangkan apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.

Selain itu, katanya, anak keduanya, Saiful Azhar Moideen, 15, yang sebelum itu berdepan masalah untuk membaca, kini mampu berbuat demikian dengan lancar selepas meminum jus berkenaan.

"Selepas yakin khasiat jus Transmax Mind Booster berupaya memberi kesan baik kepada anak-anak kami, timbul pula idea untuk memasarkan minuman itu untuk membantu ibu bapa lain di negara ini."

Selepas mengadakan perbincangan dengan suami dan keluarga, Ramlah mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan mengedar jus itu dengan permulaan modal kira-kira RM100,000.

Kali pertama menjalankan perniagaan itu dengan menggunakan nama MH Traders, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh kerana mentaliti sesetengah masyarakat yang kurang mempercayai produk berasaskan kesihatan.

"Kali pertama melakukan roadshow di Johor Bahru, banyak reaksi negatif yang diterima. Antaranya ada yang mengatakan otak mereka tidak sakit, mereka sudah cukup pandai dan tidak gila. Bukan orang luar saja yang berkata begitu, sesetengah ahli keluarga lain juga serupa."

"Mereka seperti langsung tidak percaya dengan khasiat jus ini. Memang pada peringkat awal jualan saya tidak menjadi. Lebih banyak kutukan daripada sokongan yang saya terima pada masa itu."

"Apa yang saya boleh lakukan ketika itu hanyalah terus berusaha, berdoa dan bertawakal kerana niat saya adalah ingin membantu dan berkongsi rahsia yang diperoleh ini bersama ibu bapa lain di negara ini," katanya.

Ramlah berkata, sepanjang hampir sembilan bulan menjalankan perniagaan itu, beliau mampu tersenyum gembira kerana ia semakin diterima ramai.

Beliau kini mempunyai kira-kira 5,000 pengguna tetap jus madu berformula itu di seluruh negara, selain Singapura, Brunei dan Indonesia.

Katanya, syarikat yang diterajuinya itu kini merancang untuk mewujudkan sebuah kilang sendiri yang mampu menampung permintaan dari negara ini, selain wilayah rantau ini seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

"Selain itu, kami juga merancang untuk menubuhkan Kelab Transmax Mind Booster kepada semua pengguna kami yang setia dengan produk ini," katanya.

Setiap botol jus madu formula dijual dengan berharga RM49.90 di Semenanjung Malaysia dan RM59.90 untuk Sabah dan Sarawak.

Ia mengandungi 120 mililiter iaitu kira-kira 600 kali semburan boleh dilakukan dan mampu bertahan selama tiga bulan jika mengikut peraturan yang ditetapkan.

CONTACT INFO:
Ashraf Mohamad: 013-6616722
Pejabat: 06-2311300 atau 06-2332300

INFO PRODUK:
• TRANSMAX Mind Booster adalah jus madu berformula yang dipercayai mampu membantu penggunanya untuk mengatasi beberapa masalah seperti malas belajar, malas bangun pagi, berkhayal, kurang fokus dan mudah lupa.

• Jus ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

• Jus madu berformula ini diperkaya dengan lapan bahan terpilih - madu asli, kalsium phospericum, kalium phospericum, magnesium phospericum, asid phospericum, anacard, ganoderma dan ekstrak bunga jasmin yang membantu meningkatkan fungsi otak.

• Madu asli membantu meningkatkan daya pemikiran serta tenaga;

• Kalsium phospericum membantu menguatkan tulang dan gigi;

• Kalium phospericum membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan;

• Magnesium phospericum membantu menghilangkan perasaan jemu belajar, mengantuk dan menggantikannya dengan minat serta fokus pada pembelajaran;

• Asid phospericum bertindak sebagai tonik penyegar.

Anacard, ganoderma dan ekstrak bunga jasmin berfungsi sebagai baja kepada sel-sel otak supaya cergas dan pintar, menggalakkan pertumbuhan sel neuron, mengaktifkan sel darah merah, menyingkirkan kumuhan dalam badan serta membawa oksigen terus ke otak.

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::