ATTENTION !!!

Thursday, June 3, 2010

Bioetanol Daripada Ubi Kayu

(Post: Bahasa Melayu)
" Perkembangan teknologi pada masa ini telah membolehkan penghasilan bahan bakar bioetanol daripada ubi kayu. Jika sebelum ini ubi kayu hanya dijadikan sebagai bahan makanan seperti kerepek, kini, potensi perusahaan ubi kayu telah dipelbagaikan dan sekaligus mampu meningkatkan aktiviti perladangan ubi kayu di Malaysia. "

Bioetanol adalah satu bahan bakar biologi y ang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di negara Asia.

Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian kepada, ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasolin dan diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.

Deskripsi Inovasi:

i) Kegunaan kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa.

Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae.

Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen.

Bioetanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai sebagi kegunaan minyak kereta.

Kebiasaannya, untuk menghasilkan 85 peratus bioetanol, sebanyak 85 peratus bioetanol yang terhasil akan dicampur bersama 15 peratus gasolin.

ii) Cara operasi inovasi berkenaan dalam menyelesaikan masalah teknikal yang telah dikenal pasti.

Inovasi ini dijalankan berdasarkan konsep pemotongan dan penapaian secara serentak untuk menghasilkan bioetanol.

Masalah teknikal yang sering dihadapi adalah penggunaan tangki yang banyak dan secara tidak langsung meningkatkan kadar penggunaan elektrik dan air.

Oleh itu inovasi ini diperkenalkan dalam langkah untuk pengurangan tangki dan kos operasi.

Proses pemotongan dan penapaian dilakukan dalam tangki yang sama secara serentak.

Etanol yang terhasil akan melalui proses penyulingan dalam tujuan mencapai 95 peratus kandungan bahan tersebut.

Tambahan lagi, ubi kayu yang digunakan adalah daripada jenis liar yang bukan digunakan dalam pembuatan makanan.

Maka tidak timbul masalah persaingan penanaman pokok untuk tujuan makanan dan bahan api.

iii) Manfaat kepada masyarakat dan pengguna.

Umum diketahui, bahawasanya, harga petroleum dunia akan meningkat seiring peningkatan ekonomi dunia.

Bahan bakar alternatif amat diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kehabisan petroleum pada masa kan datang.

Dengan terhasilnya bahan bakar alternatif daripada ubi kayu ini, ia dapat memberikan satu persepsi baru dalam penggunaan bahan bakar selain dari petroleum memandangkan kebanyakan negara maju di dunia telah menggunakan bahan bakar alternatif untuk enjin kereta.

Pelepasan gas daripada enjin bahan bakar petroleum menimbulkan masalah alam sekitar yang serius.

Pengangkutan jalan menyumbang kepada 22 peratus pelepasan gas rumah hijau.

Dengan penggunaan bioetanol, pelepasan gas rumah hijau dapat dikurangkan memandangkan pertumbuhan tanaman bahan bakar menyerap karbon dioksida.

Bioetanol juga adalah biodegradasi dan kurang toksik berbanding bahan bakar fosil.

Selain itu juga, dengan penggunaan bioetanol dalam enjin lama dapat mengurangkan jumlah karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan , secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti udara.

iv) Potensi pasaran.

Walaupun Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternative, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum dunia.

Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Kanada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta mereka.

Sumber: Utusan Malaysia Online
Foto: blog Kacier Kusuma

Bookmark and Share

1 comments:

Diah June 3, 2010 at 2:04 PM  

Bietanol alternatif lain,,,dan idenya bagus banget... Thanks for sharing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::