Terapi Bekam Cara Moden
(Post: Bahasa Melayu)
"Selain untuk kesihatan, kaedah rawatan alternatif ini juga membantu dalam menaikkan seri wajah kerana aliran darah telah lancar."
Salah satu rawatan alternatif yang boleh dilakukan untuk menghilangkan stress dan memulihkan kelesuan badan tanpa rasa sakit ialah melalui rawatan terapi bekam.
Bekam merupakan salah satu proses untuk membuang darah kotor dari dalam badan melalui permukaan kulit.
Berbanding dengan kaedah dahulu yang menggunakan buluh dan teknik torehan, kini, kaedah bekam telah mengalami satu revolusi apabila mangkuk kaca dan alat peniti khas berjarum halus digunakan.
Menurut pengasas Pusat Homeopati dan Bekam yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor, Dr. Nik Omar Nik Daud, teknik bekam menggunakan teknologi moden adalah selamat.
Mangkuk yang akan digunakan untuk proses bekam akan disterilkan terlebih dahulu. Mangkuk yang digunakan adalah pelbagai bentuk dan digunakan mengikut umur dan bentuk badan pesakit.
"Malah, jarum yang telah digunakan tidak akan digunakan ke atas pesakit lain," katanya lagi.
Menurutnya lagi, ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat banyak toksik yang terperangkap di dalam tubuh badan mereka. Ini menyebabkan mereka merasa lenguh-lenguh badan, penat dan tidak bermaya.
"Amalan berbekam penting bagi memulihkan kembali fungsi tubuh kepada asal," katanya.
Melalui proses bekam, darah yang dikeluarkan lazimnya berwarna merah kehitaman dan agak sedikit likat. Adakalanya ia juga berketul-ketul.
"Bergantung pada bahagian tubuh, kawasan yang mempunyai kandungan toksik tinggi akan mengeluarkan darah yang banyak," kata Dr. Nik Omar.
Di pusat rawatan ini turut terdapat dua orang pembantu wanita sebagai kemudahan untuk pelanggan wanita.
Secara purata, dalam sehari empat ke lima orang pelanggan lelaki atau wanita akan datang ke pusat ini untuk mendapatkan rawatan bekam sama ada untuk membuang toksik atau mempunyai penyakit.
Sumber: Kosmo! Online
0 comments:
Post a Comment