ATTENTION !!!

Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Semburan Haruan Rawat Luka

(Post: Bahasa Melayu)
" Ikan haruan secara turun temurun telah digunakan bagi mengubati luka-luka dalaman terutama di kalangan ibu-ibu selepas bersalin. Justeru Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan kajian bagi meluaskan penggunaan ikan haruan. "

Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Sekolah Sains Farmaseutikal, Profesor Saringat Bai@Baie menunjukkan ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus mengandungi asid amino yang berfaedah dan asid lemak yang dibuktikan berupaya menyembuhkan luka.

"Haruan Channa striatus digunakan kerana mudah ditemui di sungai di sini," katanya ketika ditemui semasa Pameran BioMalaysia 2010 di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Saringat telah menformulasikan ekstrak haruan yang sama sebagai krim dan tablet dan produk berkenaan telah pun dikomersialkan.

"Kini kajian yang dijalankan menjurus kepada filem nipis bagi membalut dan merawat luka terutama luka kebakaran dan pesakit diabetes," katanya.

Saringat berkata, semburan haruan menggunakan semua ciri-ciri ekstrak haruan dan diformulasikan dalam bentuk tulen untuk mengubati luka serta lecur terbakar.

Semburan berkenaan mengandungi ekstrak haruan yang boleh meningkatkan proses penyembuhan.

Tujuannya adalah untuk menghasilkan semburan aerosol sebagai bahan aktif yang boleh menghasilkan filem sintetik bagi rawatan luka dan melecur.

"Masalahnya filem penjagaan luka biasanya terdapat dalam saiz yang tertentu dan dibungkus secara berasingan," katanya.

Malah ia juga tidak boleh menutupi saiz luka yang pelbagai selain ia juga mudah dijangkiti apabila dikeluarkan daripada bungkusan.

Penyelesaiannya beliau adalah polimer biocompatible dalam produk sedia ada dengan pekatan aerosol dan boleh menghasilkan satu lapisan filem apabila disemburkan pada kawasan yang cedera dan boleh menutupi apa saja saiz luka.

"Apa yang menarik produk aerosol akan terus berada dalam keadaan steril kerana tiada bahan asing boleh memasuki bekas berkenaan," katanya.

Kajian menunjukkan luka dan lecur boleh diubati lebih cepat menggunakan semburan ekstrak haruan.

Malah semburan filem nipis ekstrak haruan telah diuji pada pesakit yang mengalami luka yang sukar sembuh akibat diabetes.

"Produk ini sedang dalam proses untuk dikomersialkan dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Saturday, January 23, 2010

Fighting Cancer Thru Gene Therapy

(Post: English)
" Many biotech startups get their money from venture capitalists or by hitting up friends and family. SanoGene Therapeutics has found another source of cash: winning contests for the best startup business plan. "

The Chicago company has scored $139,500 from 10 national and international competitions over the past two years.

It has been nip and tuck, however. SanoGene was launched in early 2006 by two former MBA classmates at the University of Illinois at Chicago - Dr. Cara-lynn V. Nowinski and Chirag V. Patel - to research a gene therapy that might work in fighting cancer.

By that fall, the company was almost out of money. Just in time, Nowinski won a $50,000 grant from the Illinois Commerce & Economic Opportunity Dept. in the annual Midwest Venture Summit competition.

SanoGene is using the money to fund research by Jasti S. Rao.

The head of cancer biology and pharmacology at the University of Illinois College of Medicine at Peoria, Rao developed a process to turn off a genetic switch that makes a cell cancerous.

Co-founder Patel, 26, left SanoGene in 2007. For now, acting-CEO Nowinski, 29, is keeping her day job as an associate at ARCH Development Partners.

Source: BusinessWeek

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, January 13, 2010

Kid-Friendly Tongue Depressor

(Post: English)
"After piling away savings while working at dot-coms in the 1990s, Catherine Drogin, 39, and her husband, Peter, 40, decided it was time to make the switch from employees to entrepreneurs."

They also chose a market about as far from the glamour of the Net as they could get: tongue depressors.

The Drogins saw their opportunity in 2001 when a pediatrician told them that the worst part of a doctor's visit for children, after getting a shot, is the oral exam.

They thought kids might be less scared if the wooden probes were printed with colorful cartoons of dinosaurs or smiley faces.

They founded Silver Consumer Products in Brooklyn, N.Y., and spent two years and $50,000 finding a manufacturer in China, test-marketing, and registering with the FDA.

Sales took off after major medical-supply distributors added their FunDepressors in 2005, with revenue rising 20% this year.

A jar of 200 sells for $22.99. Their business is also profitable, the couple says.

Source: BusinessWeek

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, June 9, 2009

Pakar Pulih Tenaga Batin Lelaki

(Post: Bahasa Melayu)
"Bukan sembarangan orang boleh belajar waima cucunya sendiri pun tidak tahu. Namun Tok Aki akhirnya mendedahkan segala misteri dan rahsia urut batin diwariskan untuk Bonda pula agar ilmunya itu tidak ‘putus’ setelah dia meninggal dunia."

Segala-galanya bermula ketika dia pulang ke Kampung Kelola di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang lebih tiga dekad lalu.

Waktu itu dalam usia baru 27 tahun, Ummul Hana hairan dengan pujian penduduk setempat terhadap moyangnya yang digelar Tok Pawang Daud.

“Saya nak tahu kenapa orang kampung sering kata Tok Aki hebat. Lalu masa dia sedang mengasah parang panjang, saya cuba tanya,” bicaranya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai Bonda ketika ditemui di rumahnya di Bachang, Melaka.

Akibatnya, kepala beliau nyaris bercerai daripada badan. Apa tidaknya, soalan tersebut menyebabkan moyangnya itu menghayun parang hampir mengenai leher Bonda. Ironi, Tok Aki cuma senyum semacam tahu cicitnya itu bakal mewarisi ilmu urut keluarganya.

Dari situ barulah Bonda faham tindakan Tok Aki nyaris memenggal kepalanya itu kerana tergamam mendengar soalan tersebut. Walhal semua anak lelakinya seumur hidup tidak pernah malah takut bertanyakan rahsia kehebatan bapa mereka itu.

Bayangkan untuk ‘pelajaran’ pertama, Tok Aki membuka bungkusan kain putih mengandungi teras kayu merbau sebesar lengan orang dewasa. Ia diukir berkilat menyerupai kemaluan lelaki yang lengkap dengan urat, bulu halus, biji zakar dan lubang kencing.

Hari ini dalam usia 60 tahun, Bonda nyata bukan calang-calang tukang urut dan mungkin bomoh wanita tunggal di Malaysia.

Beliau hingga kini telah memulihkan lebih 1,000 zakar lelaki bermasalah termasuk kes mati pucuk kronik yang gagal dirawat pakar perubatan moden.

"Wanita biasa barangkali akan malu tetapi Bonda rasa sebaliknya. Tugas ini Bonda buat demi membantu masyarakat dan bukan untuk memuaskan nafsu seks."

"Agaknya sebab itu Tok Aki ‘berani’ ajar malah Tok Aki tahu ilmu tersebut tidak akan disalahgunakan," katanya jujur.

Selepas tiga tahun berguru dengan Tok Aki, ibu tunggal dengan lima anak itu kemudian membuka dua buah salon rawatan kecantikan wanita di ibu kota. Bonda cuma menjadi bomoh urut sepenuh masa pada usia 40-an hasil simpanan wang bisnes salonnya itu."

Kerjaya urut alat kelamin yang diusahakannya hanya bermula sebaik saja dia pulang ke tanah air setelah memperoleh segulung diploma.

Bonda ialah graduan bidang kaji saraf dan seksologi dari sebuah sekolah perubatan ternama di Jakarta, Indonesia pada awal 1980-an.

"Mungkin sebab itu ribuan klien lebih yakin kerana Bonda tidak sekadar menumpang nama Tok Aki. Cara kerja Bonda juga profesional malah Bonda membuat ‘perjanjian’ tidak sekali-kali jatuh cinta dengan pesakit biar macam mana hebat sekalipun zakar mereka," selorohnya.

Bagi mendapatkan rawatan, bakal pelanggan perlu menghubunginya terlebih dulu untuk temu janji.

Sebelum datang, Bonda akan bertanya pelbagai perkara peribadi khasnya sejarah diri sama ada pernah mengalami kecederaan di mana-mana anggota badan.

Setiap rawatan lazimnya mengambil masa tiga sesi dan satu sesi biasanya berlangsung sekitar sejam mengikut tahap keseriusan masalah.

Bagi keselesaan klien, Bonda tidak menetapkan waktu khusus untuk rawatan malah kadar bayaran juga boleh dirunding.

"Tidak hairanlah ada pesakit yang datang tengah malam atau menjelang subuh sebelum pergi kerja. Ada juga yang datang dari Brunei, Sarawak dan Singapura. Mereka sanggup tunggu Bonda untuk menetapkan waktu rawatan," jelasnya.

Sebelum memulakan rawatan, beliau akan memeriksa setiap titik pada tubuh pesakit dan mencatatkan di beberapa lampiran kertas semakan diagnostik yang memaparkan rajah anggota badan. Tanda O bermaksud tiada kesakitan dirasai sementara tanda X bererti ada kesakitan.

Bonda memang amat teliti dan tidak kekok membetulkan balik urat pada kerandung zakar jika alat kelamin itu didapati bengkok beberapa darjah tanpa pelanggan itu berasa sakit atau terangsang nafsu. Kebanyakan kes yang dirawatnya, menurut Bonda, adalah akibat suka melakukan onani.

"Secara jujur, Bonda agak sedih apabila mendapati banyak tukang urut seks di pasaran boleh menyebabkan pesakit mereka ketagih melakukan onani."

"Ini diakui pelanggan yang jumpa Bonda selepas mendapatkan rawatan dengan bomoh ‘palsu’ itu," tegasnya kesal.

Malangnya, usaha Bonda merawat zakar lelaki kerap dianggap tidak bermoral. Bonda pernah dicaci termasuk menerima panggilan berbaur lucah.

Namun beliau tetap tabah kerana berpegang kepada amanat Tok Aki yang yakin niat Bonda menjadi garis sempadan.

Meskipun sudah memulihkan ribuan lelaki daripada umur serendah belasan tahun hingga orang kenamaan berusia emas, Bonda merendah diri menasihatkan golongan lelaki lemah batin supaya jangan malu membicarakan isu kelamin asalkan mengikut saluran yang sepatutnya.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, May 13, 2009

Terapi Bekam Cara Moden

(Post: Bahasa Melayu)
"Selain untuk kesihatan, kaedah rawatan alternatif ini juga membantu dalam menaikkan seri wajah kerana aliran darah telah lancar."

Salah satu rawatan alternatif yang boleh dilakukan untuk menghilangkan stress dan memulihkan kelesuan badan tanpa rasa sakit ialah melalui rawatan terapi bekam.

Bekam merupakan salah satu proses untuk membuang darah kotor dari dalam badan melalui permukaan kulit.

Berbanding dengan kaedah dahulu yang menggunakan buluh dan teknik torehan, kini, kaedah bekam telah mengalami satu revolusi apabila mangkuk kaca dan alat peniti khas berjarum halus digunakan.

Menurut pengasas Pusat Homeopati dan Bekam yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor, Dr. Nik Omar Nik Daud, teknik bekam menggunakan teknologi moden adalah selamat.

Mangkuk yang akan digunakan untuk proses bekam akan disterilkan terlebih dahulu. Mangkuk yang digunakan adalah pelbagai bentuk dan digunakan mengikut umur dan bentuk badan pesakit.

"Malah, jarum yang telah digunakan tidak akan digunakan ke atas pesakit lain," katanya lagi.

Menurutnya lagi, ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat banyak toksik yang terperangkap di dalam tubuh badan mereka. Ini menyebabkan mereka merasa lenguh-lenguh badan, penat dan tidak bermaya.

"Amalan berbekam penting bagi memulihkan kembali fungsi tubuh kepada asal," katanya.

Melalui proses bekam, darah yang dikeluarkan lazimnya berwarna merah kehitaman dan agak sedikit likat. Adakalanya ia juga berketul-ketul.

"Bergantung pada bahagian tubuh, kawasan yang mempunyai kandungan toksik tinggi akan mengeluarkan darah yang banyak," kata Dr. Nik Omar.

Di pusat rawatan ini turut terdapat dua orang pembantu wanita sebagai kemudahan untuk pelanggan wanita.

Secara purata, dalam sehari empat ke lima orang pelanggan lelaki atau wanita akan datang ke pusat ini untuk mendapatkan rawatan bekam sama ada untuk membuang toksik atau mempunyai penyakit.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, April 6, 2009

Lintah Bekam

(Post: Bahasa Melayu)
"Usianya masih muda, perjalanan hidupnya masih jauh, tetapi cintanya pada kampung membawa kepada perniagaan berasaskan produk tradisi yang menjadikan kebanggaan diri dan masyarakat."

Bermula daripada menternak lintah di dalam 15 bekas tangki yang memuatkan lebih 20,000 ekor lintah, kini Arjuna Raja Ahmad, 29, mengembangkan ilmunya kepada perubatan tradisional iaitu berbekam menggunakan lintah yang dipeliharanya.

Mengulas lanjut proses pembiakan lintah yang diternaknya, Arjuna menjelaskan, lintah peliharaannya diberi makanan sejenis lumut bertujuan membersihkan sistem penghadaman lintah kerana haiwan yang sama akan digunakan untuk perubatan berbekam.

Lintah dewasa yang panjangnya kira-kira sejengkal akan dipilih untuk berbekam kerana ia mampu menghisap darah lebih banyak. Lintah yang sudah digunakan untuk berbekam akan diasingkan di tangki khas dan dibiarkan di situ sehingga kembali ke saiz normal dan bertelur.

"Menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit Aids. Walaupun kita paksa dengan meletakkan lintah di tapak yang disediakan, lintah itu tidak akan menghisap darah. Itulah istimewanya makhluk Tuhan ini," katanya.

Kini, beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM130 sebotol mengikut dua saiz botol yang disediakan.

INFO:
Bagi satu pakej berbekam akan menggunakan 13 tabung plastik. Setiap bulatan hasil bekas tabung akan diletak antara dua hingga tiga ekor lintah. Seekor lintah akan dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM7.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::