ATTENTION !!!

Sunday, November 9, 2008

Seni Kraf Daun Serdang

(Post: Bahasa Melayu)
"Permintaan terhadap seni kraf ini semakin meningkat dari masa ke semasa, sekali gus menjadikan produk ini dikenali bukan sahaja di peringkat tempatan malah antarabangsa."

Kalau dulu rumah yang uzur dan usang menjadi tempat Idah Jilang, 63, membuat kraf bagi menambah pendapatan keluarga, kini dia boleh tersenyum riang kerana kampungnya telah dipilih oleh Kraftangan Malaysia sebagai Pusat Unit Satu Daerah Satu Industri (SDSI), di Kota Belud, Sabah.

Memang menjadi tradisi masyarakat Bajau di kampung ini berkongsi seni kemahiran kraf untuk dipelajari bersama dari generasi ke generasi agar ia tidak hilang ditelan zaman.

"Proses membuat tudung saji daripada daun serdang ini tidak susah jika kita sudah biasa melakukannya."

"Kalau dulu, produk yang dihasilkan terhad kepada tudung saji atau juga dipanggil tudung duang oleh masyarakat setempat, namun kini pelbagai produk telah dihasilkan dan telah dimodenkan," ujar Idah yang boleh memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan bergantung pada tempahan.

Anak perempuannya, Sharifah Artini Ajmain, 25, telah mengambil inisiatif untuk mengkomersialkan seni kraf tersebut secara serius di bawah syarikat yang dinamakan Sharifah Kraf Enterprise.

Justeru mereka berpeluang mendapat tempahan lebih besar seperti daripada Sabah Tea, Kraftangan Malaysia dan beberapa orang perseorangan lain.

Antara produk yang sering mendapat tempahan ialah tudung saji, bekas menyimpan barang, aksesori dan bekas hiasan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::