ATTENTION !!!

Showing posts with label ayam bakar. Show all posts
Showing posts with label ayam bakar. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Restoran dan Katering Nasi Lemak Cinta Sayang

(Post: Bahasa Melayu)
" "Jiwangnya nama restoran ni," usik penulis sambil disambut tawa pengurusnya, Azhar Mohamad Zain. Masakan tidak, tempat menjamu selera itu memilih perkataan cinta dan sayang sebagai nama restoran. "

Restoran dan Katering Nasi Lemak Cinta Sayang (NLCS) mendapat namanya disebabkan gerai pertama diusahakan ibu saudara Azhar, Zaiton Said, berdepan Cinta Sayang Golf & Resort, Sungai Petani.

Dibuka 24 jam, NLCS yang beroperasi hampir dua tahun di Seksyen 7, Shah Alam, berkonsep layan diri dengan nasi lemak sebagai sajian utama.

"Restoran ini beroperasi 24 jam untuk memenuhi keperluan pelanggan yang ingin menjamu selera tidak kira masa. Saya pernah menjadi pelajar dan tidak kira masa terasa mahu makan nasi lemak."

"Nasi lemak juga menu yang ringkas dan mudah disediakan, jadi pelanggan tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan pesanan. Di sini, jam 3 hingga 6 pagi pun orang masih cari nasi lemak," katanya.

Nasi lemak di NLCS sememangnya enak kerana cukup lemak selain sambal tumis yang istimewa begitu membuka selera.


Selain nasi lemak dan roti canai tersedia 24 jam, ia menawarkan menu nasi campur bermula jam 11 pagi hingga 3 petang manakala ala carte dari jam 3 petang hingga 3 pagi.

Pilihan lain sarapan pagi ialah kuetiau, mihun, mi goreng dan nasi goreng.

Berkonsep layan diri, pelanggan boleh memilih sendiri lauk untuk dimakan dengan nasi lemak seperti ayam masak merah, paru-paru, daging masak kicap, sambal ikan bilis, sambal tumis udang, ayam goreng, rendang daging, telur dadar, telur masin atau sambal sotong.

Menu sarapan pagi ditukar kepada lauk nasi campur bermula jam 11 pagi.

Lebih banyak pilihan lauk ditawarkan, terutama masakan kampung seperti masak lemak cili api, asam pedas, kari, sup, ikan keli bakar selain kembung dan pari, ayam bakar, pelbagai sayuran dan ulaman seperti timun, ulam raja, kacang panjang selain terung dan bendi celur.

Pilihan cicah ialah sambal belacan, sambal tempoyak, sambal kicap dan air asam.

"Ada 40 hingga 50 lauk yang sentiasa ditukar menu untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Menu sampingan ialah bihun sup dan laksa Pulau Pinang, manakala char kuetiau boleh dipesan bermula jam 3 petang."

"Kami mensasarkan pelanggan di kalangan penuntut dan keluarga. Restoran ini sesuai sebagai tempat bersantai, mengadakan perbincangan atau perjumpaan keluarga," katanya.

Mampu menampung 200 orang pada satu masa, ia cuma ditutup pada Aidilfitri dan Aidiladha. NLCS yang menerima tempahan katering turut mempunyai dua cawangan di Sungai Petani.

"Berdasarkan komen pelanggan, minuman di sini menarik kerana walaupun jenis yang biasa ditawarkan kebanyakan restoran lain, rasanya lebih pekat dan enak."

"Minuman menarik dicuba ialah teh tiga lapis menggunakan gula nipah sebagai bahan pemanis dan sirap bandung cincau," katanya.

Sumber: myMetro
Foto: eats.my

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, June 3, 2010

Pembakar Serba Guna MTM 01 L

(Post: Bahasa Melayu)
" Pernah lihat peniaga ayam percik atau ayam golek dan lemang? Lihatlah bagaimana susah payahnya mereka yang seolah-olah turut sama 'dipanggang' ketika menyediakan makanan kegemaran itu. "

Kaedah memanggang secara tradisioanal itu bukan sahaja memerlukan bahan api seperti arang yang banyak, tetapi juga memcemarkan alam sekitar dengan asap dan kotoran yang ditinggalkan.

Susah payah dan penat lelah golongan itu memberi ilham kepada Zuraidi Yaacub untuk mencipta satu alat memanggang yang menjimatkan.

Berpegang kepada prinsip di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan, dia menggunakan bakat yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang dapat membantu masyarakat.

Hasilnya, ciptaan itu bukan sahaja cukup membantu dalam kehidupan seharian, ia juga menjimatkan kos, masa dan tenaga bagi para peniaga.

Mesin pembakar serba guna yang dikenali sebagai MTM 01 L juga membuktikan anak tempatan mampu menghasilkan peralatan yang berguna.

Zuraidi yang merupakan Ketua Unit Bengkel Pembaikan Kenderaan, Jabatan Pertanian di Serdang, Selangor berkata, ilham untuk mencipta MTM 01 L selepas melihat masalah yang dialami peniaga ketika hendak membakar ayam, ikan mahu pun lemang.

"Mereka terpaksa berpanas, bersusah payah mendirikan tempat pemanggang tetapi hasilnya agak berkurangan dan tidak berbaloi."

"Malah kita sering lihat mereka membakar makanan tersebut di tepi jalan yang terdedah dengan habuk serta kekotoran," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran mesin tersebut di Serdang baru-baru ini.

Hasil pemerhatian serta daya kreativiti beliau maka MTM 01 L dicipta bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh para peniaga tersebut.

Jelas Zuraidi, mesin itu yang direka di bawah kelolaan syarikat CrewWork Engineering Constructions Sdn. Bhd. mampu membakar tiga jenis atau lebih masakan sekali gus.

"Kita boleh bakar ayam 24 hingga 30 ekor sekali gus dan pada masa yang sama ia juga boleh membakar 15 batang lemang, serta ikan (bergantung kepada saiz)," katanya.

Diperbuat daripada keluli tahan karat, mesin tersebut juga boleh digunakan untuk membakar kuih tradisional seperti baulu, kuih bakar dan sebagainya.

Ia hanya mengambil masa satu setengah jam untuk memanggang 30 ekor ayam.

Apa yang pasti kos penyediaannya adalah sangat murah iaitu hanya RM1 untuk setiap pembakaran.

Berbanding kaedah biasa yang menggunakan arang, dapur mesin tersebut dipanaskan dengan menggunakan api daripada gas memasak.

Pastinya kos membakar menggunakan arang jauh lebih tinggi berbanding menggunakan gas. Yang paling penting pembakaran adalah tertutup.

Maknanya ia dapat menjamin aspek kebersihan makan yang disediakan.

Kos membina MTM 01 L juga agak murah dan berbaloi dimiliki jika dibandingkan dengan mesin pembakar seumpamanya dipasaran.

Ini kerana, penggunaan motor untuk menggolek ayam adalah ringkas dan mudah diselenggarakan.

Terdapat tiga hingga empat besi menggolek ayam yang diputarkan oleh satu motor manakala satu motor lagi digunakan untuk memutar lemang.

Kedua-dua motor tersebut dijanakan menggunakan elektrik menerusi alat pengubah bagi mengawal kelajuan putarannya.

MTM 01 L didatangkan dengan dua saiz (L dan M) berbeza mengikut kemampuan para peniaga yang ingin mendapatkannya.

Mesin beraiz Lberharga RM9,900 seunit dan pengguna boleh mendapatkannya sebulan selepas tarikh tempahan.

Jelas Zuraidi, mesin ciptaannya juga boleh dibina mengikut kemampuan para peniaga.

"MTM 01 L mampu menghasilkan masakan yang sama kualitinya jika dibakar seperti biasa. Malah boleh dikatakan ia lebih baik daripada mesin yang sedia ada kerana dibuat khas mengikut kesesuaian jenis masakan seperti lemang."

"Sebelum ini saya juga ada mencipta alat pembakar lemang sahaja. Namun ia tidak begitu berkesan kerana jualan lemang hanya akan meningkat ketika musim perayaan," ujarnya.

Justeru, melalui MTM 01 L, jika di luar musim perayaan ia boleh digunakan untuk masakan lain.

Sesiapa yang berminat untuk menempah mesin ini boleh menghubungi terus Zuraidi di talian 013-2449601.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::