Mesin Pengasing Biji Durian
(Post: Bahasa Melayu)
"Raja buah, durian (Durio zibethinus L.) adalah salah satu buah yang sangat digemari di kalangan rakyat negara ini. Aromanya yang menggoda, menjadikan buah ini menjadi popular dimakan segar."
Selain itu, isi durian diproses untuk menghasilkan bermacam-macam jenis makanan seperti dodol wajik, coklat, gula-gula, sos dan bahan perisa.
Bagaimanapun, apabila tiba musimnya buah menjadi terlalu banyak dijual di tepi-tepi jalan dan harganya akan merudum.
Pada masa sama, industri durian lebih tertumpu kepada penjualan buah mentah dan tidak ada mesin khas atau alat khas untuk pemprosesan secara besar-besaran.
Pemprosesan besar-besaran merujuk kepada bagaimana mengasingkan biji durian dengan isinya yang selama ini dilakukan secara manual.
Kerja-kerja ini memerlukan tenaga yang ramai dan mengambil masa yang lama dan rumit.
Di samping itu, pes durian yang diperoleh cara ini juga kurang bersih dan sudah tentu tidak menepati piawaian kebersihan makanan yang ditetapkan.
Oleh itu, selaku, peneraju dalam teknologi dan mekanisasi pertanian dan teknologi makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya menghasilkan satu inovasi mesin yang dikenali sebagai Mesin Pengasing Biji Durian.
Ciri-ciri mesin:
Mesin dibangunkan untuk memekanisasikan proses pengasingan biji durian. Durian telah digunakan dalam penghasilan pelbagai produk makanan yang berperisa durian seperti dodol durian, ais krim, kuih dan sebagainya.
*Bahagian utama mesin ialah mekanisme drum yang diperbuat daripada jaringan rod keluli tahan karat. Drum yang berputar ini menggunakan prinsip daya emparan untuk melepaskan biji daripada isi tersebut.
*Sistem penyembur angin berkelajuan tinggi digunakan untuk membersihkan isu durian yang melekat pada rod-rod tersebut.
*Mesin ini hanya memerlukan seorang pengendali dan tidak memerlukan kemahiran tinggi untuk mengendalikannya.
*Mesin ini digerakkan oleh motor dengan kelajuan boleh laras.
*Bahagian-bahagian mesin mudah dipasang dan dileraikan serta mudah dicuci dan diselenggara.
*Pemprosesan boleh dilakukan secara berterusan untuk pengeluaran pes yang maksimum.
*Boleh memproses sehingga 150 kilogram (kg) isi (ulas) dalam masa sejam.
Penggunaan:
*Pengendali memasukkan lebih kurang lima kg ulas durian ke dalam bekas (hopper) pengisian.
*Kemudian, mesin dihidupkan dengan kelajuan yang dimasukkan sederhana tadi akan berguling di dalam drum yang berputar.
*Selepas lebih kurang lima minit, sebahagian daripada biji durian akan terkeluar dengan sendirinya daripada mesin ini bekas (hopper) outlet biji.
*Isi durian atau pes dikumpulkan dalam hopper outlet.
*Biji-biji durian yang tertinggal boleh dikeluarkan secara manual dan proses ini diulangi untuk ulas-ulas seterusnya.
Keistimewaan:
*Mesin ini direka khas untuk pemprosesan is durian kerana kebanyakan mesin pengasing biji yang terdapat di pasaran di reka untuk pelbagai jenis buah, tetapi jika digunakan untuk durian, hasilnya tidak begitu memuaskan.
*Pes durian yang hasilkan tidak mengandungi serpihan biji-biji durian.
*Pes durian yang dihasilkan lebih bersih. Mesin inj mengelakkan berlakunya pencemaran pada pes, dengan meminimumkan pengendalian secara terus.
*Kadar perolehannya lebih tinggi berbanding penggunaan mesin pengasingan serbaguna yang terdapat di pasaran.
*Lebih kurang 60 peratus biji durian dapat dikeluarkan daripada mesin dengan sendirinya.
Potensi komersial:
Mesin ini sesuai digunakan oleh usahawan kecil dan sederhana (IKS) yang juga berperanan sebagai sebagai peraih/penjual buah durian mentah.
Pemprosesan buah durian kini boleh dijalankan untuk dibekalkan kepada industri pemprosesan hasilan durian di pasaran.
Kos pengeluaran boleh dikurangkan kerana mesin ini sangat mudah digunakan.
Sumber: Utusan Malaysia Online
0 comments:
Post a Comment