Menjadi Jutawan Direct Selling (MLM)
(Post: Bahasa Melayu)
"Usia baru 21 tahun tetapi Kenny Tan sudah berupaya memperoleh pendapatan lima angka serta memandu kereta mewah idaman ramai."
Perjalanan hidup usahawan ini yang terbabit dalam perniagaan berkonsep pemasaran pelbagai peringkat (multi level marketing atau MLM) mampu memberi inspirasi kepada generasi muda.
Kisah bermula apabila Tan menyertai perniagaan MLM antarabangsa berasaskan produk jus kesihatan buah manggis iaitu Xango, kira-kira dua tahun lalu. Langkah Tan itu didorong bapanya yang juga mentornya dalam bidang ini.
Apa yang menarik, Tan berjaya mencapai status premiere (pengedar peringkat tinggi) termuda dalam Xango seluruh dunia dengan jumlah ahli bawahan (downline) melebihi 3,000 orang. Ahli ini bukan saja di sekitar Malaysia tapi juga di Taiwan, Singapura, Sydney dan Hong Kong.
Q: Apa yang mendorong anda untuk bergiat dalam bidang ini?
"Saya tertarik dengan bidang ini selepas melihat bagaimana bapa saya boleh setia dan berjaya dalam bidang ini dalam tempoh yang lama. Beliau berkecimpung dalam bidang MLM ini sejak saya dilahirkan lagi."
"Kehidupan kami bukanlah amat mewah, tapi kami hidup selesa. Sambil bekerja, bapa masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama dan sering membawa kami melancong ke tempat menarik."
Q: Apa resipi kejayaan anda?
"Saya perhatikan apa yang orang berjaya lakukan dan saya tiru betul-betul langkah mereka. Ini terbukti berkesan. Untuk berjaya, ia bukan bergantung kepada siapa anda atau berapa usia anda tapi apa yang anda lakukan."
Q: Apa sikap paling penting yang perlu diamalkan untuk berjaya dalam kerjaya MLM?
"Pemikiran adalah aspek yang paling penting selain disiplin diri yang kuat. Dalam hidup ini, ada dua pilihan saja, sama ada kita di atas ataupun di bawah."
"Kita juga harus tahu bagaimana untuk melawan sifat negatif yang ada dalam diri."
Q: Nasihat anda kepada mereka yang berminat dengan dunia MLM?
"Saya amat menggalakkan anda di luar sana, terutama golongan muda membabitkan diri dalam perniagaan secara MLM yang 'sihat', contohnya yang memasarkan produk kesihatan seperti Xango, bukan seperti skim piramid cepat kaya dan seumpamanya."
"Saya syorkan anda melakukannya secara sambilan kerana ia memang berbaloi. Jika anda bersungguh-sungguh, ia bukan saja boleh menjadi sumber pendapatan tapi dapat membina banyak kemahiran pengurusan dan perniagaan."
Sumber: Berita Harian Online
Foto: web XanGo Malaysia
0 comments:
Post a Comment