ATTENTION !!!

Wednesday, November 19, 2008

Kubikel Sauna Zazen FIR

(Post: Bahasa Melayu)
"Bersesuaian dengan kehidupan moden, Zazen FIR adalah satu kaedah penjagaan kesihatan yang baru di pasaran terutama bagi mereka yang tiada masa untuk bersenam dan melakukan aktiviti luar."

Bagi seorang pesara, Dasar Bakar, 60, beliau memilih bidang perniagaan berasaskan francais pusat perkhidmatan produk kesihatan, Zazen Health Solution yang menawarkan perkhidmatan unik menggunakan sinar inframerah jauh atau 'Far Infrared' (FIR), iaitu kaedah penjagaan kesihatan terbaru di pasaran.

Beliau yang membuka perniagaan berkenaan di Simpang Kuala, Alor Star, Kedah sejak Mei 2007 apabila tertarik dengan pengalaman sendiri menikmati kelebihan produk Zazen FIR di Kuala Lumpur.

"Sebelum ini saya banyak pergi ke pusat rawatan mandi wap dan sauna, namun selepas saya menggunakan kaedah ini masalah saluran jantung tersumbat yang dialami semakin berkurangan."

Dengan modal hampir RM80,000, beliau kini berjaya membuktikan kepada rakannya bahawa lelaki juga boleh berjaya dalam bidang berkenaan asalkan tahu matlamat perniagaan yang dipilih.

"Dengan bayaran hanya RM20 untuk tempoh rawatan selama 30 minit, kaedah ini mampu membakar lemak secara efektif antara 600 hingga 900 kalori."

"Tambahan pula, terapi pemanasan dalam FIR ini akan mengeluarkan air daripada tubuh badan antara 80 hingga 85 peratus yang mengandungi kolesterol, toksin, ammonia dan asid urik dan sekaligus membantu menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan."

Sumber: Berita Harian Online
Foto:
web Gua

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::