ATTENTION !!!

Showing posts with label kulit kambing. Show all posts
Showing posts with label kulit kambing. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

Kusyen Kenderaan Kulit Kambing Jamnapari

(Post: Bahasa Melayu)
"Melihat kepada permintaan cukup tinggi, kami mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan ini bermula awal tahun 2009."

Permintaan kusyen kenderaan diperbuat daripada kulit kambing Jamnapari kini didakwa semakin mendapat sambutan.

Kamaruddin Rahmat Motor Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang bergiat dalam industri pemotoran sejak 13 tahun lalu, bercadang untuk memperkenalkannya secara agresif pada tahun depan.

Langkah itu diambil selepas sambutan yang amat menggalakkan diterima ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 baru-baru ini.

Pada pameran berkenaan, syarikatnya menerima kira-kira 400 tempahan daripada orang ramai yang mahu menggantikan kusyen kerusi kenderaan masing-masing dengan kulit haiwan itu.

Keistimewaan kulit kambing berbanding haiwan lain seperti lembu adalah ia lebih lembut dan berkualiti.

Kusyen itu juga memberi lebih keselesaan dan suasana nyaman kepada pemandu serta penumpang kerana ia menyerap udara sejuk yang dikeluarkan melalui penghawa dingin kenderaan.

"Ia juga senang dijaga kerana mudah dicuci jika terdapat kekotoran seperti air atau makanan tertumpah," kata beliau yang menyasarkan 1,000 tempahan untuk tahun depan."

INFO:
Mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau menjadi wakil pemasaran boleh menghubungi beliau.

Telefon: 03-55427373 atau 019-3977188

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::