ATTENTION !!!

Saturday, May 7, 2011

Tawaran IPO Bumi Armada Berhad

(Post: Bahasa Melayu)
" Bumi Armada Bhd, syarikat perkapalan serta penyedia perkhidmatan minyak dan gas, bakal menyenaraikan semula sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia membabitkan tawaran awam permulaan (IPO) dianggarkan bernilai lebih RM3 bilion. "

Sumber berkata, syarikat itu bercadang menerbitkan 644.2 juta saham baru bernilai 20 sesaham dan menawarkan untuk jualan sehingga 234.4 juta saham kepada awam bagi IPO itu.

Draf prospektus untuk tujuan penyenaraian itu sudah dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi mendapatkan maklum balas dan kelulusan, katanya.

Berdasarkan prospektus itu, penasihat utama bersama bagi IPO itu ialah CIMB Investment Bank Bhd, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB) dan RHB Investment Bank Bhd.

Pengatur Bersama Global IPO itu pula ialah CIMB Invesment, Maybank-IB dan Credit Suisse.

Sementara itu, Pengurus Bidaan Bersama adalah CIMB Investment, CLSA, Credit Suisse, Maybank-IB, RHB Investment dan UBS.

Penganalisis berkata, IPO Bumi Armada itu bakal muncul yang kedua terbesar di negara ini selepas Petronas Chemical Bhd (PetChem) tahun lalu.

"Spekulasi pasaran kini adalah IPO berkenaan mampu menjana modal lebih RM3 bilion iaitu nisbah harga antara 18 hingga 20 kali ganda berbanding keuntungan sesaham syarikat itu," katanya.

Syarikat itu belum menetapkan harga IPO itu kerana penetapannya akan dibuat menerusi proses bidaan di kalangan pelabur institusi.

Mengikut draf prospektus itu, Bumi Armada bercadang menggunakan modal yang diperoleh daripada IPO itu untuk membayar balik pinjaman, sebagai perbelanjaan modal, modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian.

Katanya, penyenaraian itu akan membolehkan Bumi Armada menjana dana yang lebih kos efektif menerusi pasaran modal dan menyediakannya lebih pilihan untuk membiayai pengembangan perniagaannya.

Bumi Armada adalah penyedia perkhidmatan luar pesisir kepada industri minyak dan gas di Malaysia serta di lebih 10 negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Ia memiliki kepakaran dalam perkhidmatan sokongan luar pesisir dan menjadi syarikat tunggal di negara ini yang memiliki stor minyak dan gas terapung serta kapal pengangkut.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1995 itu menjalankan aktiviti perniagaan menerusi dua anak syarikat utama iaitu Bumi Armada Navigation dan Armada Marine Contractors.

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::