Buffet Restoran Said Ali
(Post: Bahasa Melayu)
" Bagi mereka yang mahu membawa seisi keluarga untuk berbuka puasa di luar, tetapi masih tercari-cari harga bufet yang berpatutan apa kata berkunjung ke Restoran Said Ali di Jalan Rampai Niaga, Rampai Bussiness Park, Setapak. "
Restoran itu yang dibuka lebih setahun lalu menawarkan bufet untuk berbuka puasa pada harga di bawah RM20.
Menurut pemiliknya, Noor Azima Said, 21, setiap hari pelanggan akan dihidangkan dengan 12 menu yang akan diubah setiap hari.
"Antara menu yang disediakan ialah gulai kawah, ayam cili api, ikan keli berlada, sayur fatt choi, tempe goreng, kerang dan pelbagai lagi."
"Semua menu ini akan bertukar setiap hari. Selain nasi, pelanggan yang tidak mahu menjamah makanan berat, boleh mencuba mi kari, laksa dan lontong," katanya.
Tidak ketinggalan juga hidangan pencuci mulut seperti buah-buahan, bubur nasi, bubur biji nangka, kuih sagu dan sebagainya.
Malah, jika ada pelanggan yang tidak mahu berbuka puasa secara bufet, Restoran Said Ali turut menyediakan hidangan ala carte.
Pelanggan yang memilih menjamu selera secara ala carte disarankan mencuba hidangan istimewa Said Ali iaitu tom yam pok tek, siakap tiga rasa, kerabu udang dan tom yam Said Ali yang lazat.
Tom yam Said Ali dimasak dengan susu cair dan mengandungi pelbagai makanan laut.
Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM10 bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, dewasa RM19.90, manakala kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah percuma.
Memandangkan restoran tersebut hanya boleh memuatkan 120 orang pada satu-satu masa, mereka yang berminat membawa rombongan ke sana dinasihatkan membuat tempahan.
Bagi yang datang menjamu selera bersama 10 orang, individu yang ke-11 akan menikmati sajian secara percuma.
Sumber: Kosmo! Online
0 comments:
Post a Comment