ATTENTION !!!

Tuesday, December 29, 2009

Lampin Kain Wuddah

(Post: Bahasa Melayu)
"Selesa dan tidak mendatangkan kerengsaan kepada kulit bayi antara kriteria penting dalam memilih lampin untuk bayi, selain boleh menampung 'bahan buangan' dengan baik."

Lampin kain moden Wuddah, lampin terkini di pasaran menawarkan ciri yang pastinya menepati apa yang dicari ibu bapa prihatin bagi memberikan keselesaan kepada bayi mereka tanpa campur tangan sebarang bahan kimia.

Pengarah Urusan AMS Awra Marketing, Alias Mohamed Sharuddin, berkata Wuddah adalah lampin bayi yang bebas daripada sebarang bahan kimia dan toksik yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada bayi.

Lampin kain moden Wuddah diperbuat daripada bahan semula jadi seperti fabrik kapas dan buluh serta tidak mengandungi sebarang bahan kimia seperti yang ada dalam lampin pakai buang.

"Tidak seperti lampin pakai buang, Wuddah boleh dibasuh berulang kali seperti pakaian," katanya.

Lampin Wuddah boleh diperoleh dalam lima jenis, iaitu Wuddah microfibre snap button, microfibre printed, microfibre velcro, bamboo snap button dan bamboo velcro yang didatangkan dalam pelbagai warna ceria dan menarik bagi menyerlahkan penampilan si kecil seperti hijau, kuning, ungu, merah jambu, biru, oren dan merah juga empat cetakan corak menarik.

Selain itu, dua jenis pelapik daripada bamboo dan microfiber ada dijual secara berasingan bagi mereka yang ingin menggunakan pelapik berganda bagi penggunaan yang lebih lama terutama bagi waktu malam dan dalam perjalanan jauh.

"Istimewanya lampin ini dapat menjimatkan untuk jangka masa panjang dan ia lebih selamat, praktikal dan efektif bagi ibu bapa moden masa kini. Cara pelapik yang lebih tebal dan lebar untuk model terbaru lebih berkesan menangani kebocoran tepi berbanding model sebelum ini." katanya.

Lampin ini didatangkan dalam satu saiz yang boleh diubahsuai dengan melaraskan kedudukan butang bagi disesuaikan dengan saiz si kecil.

Dibuat dengan tujuan untuk memudahkan pengguna, terutama ibu yang pastinya ingin memastikan bayi mereka memperoleh terbaik dalam segala aspek, Wuddah turut disediakan dengan ciri poket tersembunyi dan kedudukan butang menegak pada bahagian pinggang bagi jenis snap button yang sangat sesuai bagi si kecil yang lasak.

Lampin jenis bamboo snap button adalah produk terlaris Wuddah kerana kualitinya dan harga menarik yang ditawarkan.

Alias berkata, sejak November lalu, semua jenis lampin terjual melebihi 10,000 unit sebulan dan ia menerima permintaan yang semakin menggalakkan daripada pengguna.

"Buat masa ini, kami mempunyai 25 pengedar di seluruh negara dan bercadang meluaskan pasaran sehingga ke Sabah dan Sarawak termasuklah Indonesia dan Brunei menjelang 2010," katanya.

INFO Harga Produk:
Wuddah microfibre snap button = RM42 seunit
Wuddah microfibre printed = RM46 seunit
Wuddah microfibre Velcro = RM48 seunit
Wuddah bamboo snap button = RM50 seunit
Wuddah bamboo Velcro = RM52 seunit

Produk Wuddah juga tersedia dalam pakej-pakej diskaun yang lebih menjimatkan.

CONTACT INFO:
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pengedar produk Wuddah, boleh menghubungi AMS Awra Marketing.

Bilik Pameran Wuddah: No.58, Tingkat 1, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Email: amsstore@gmail.com atau wuddahcd@gmail.com

Telefon: 013-8511203 atau 012-2540864

Sumber: Berita Harian Online
Foto:
Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::