ATTENTION !!!

Wednesday, December 3, 2008

Lintah Gemilang Agrotech

(Post: Bahasa Melayu)
"Dalam satu tong, sebanyak 10kg lintah dapat diternak, dan ini bermakna sekurang-kurangnya setiap tong akan menghasilkan jumlah jualan kira-kira RM5,000."

Potensi menternak lintah kini mendapat perhatian oleh segelintir pihak apabila menyedari ia mampu mendatangkan pulangan yang lumayan apabila diusahakan.

Gemilang Agrotech dengan kerjasama Kelab Usahawan Tani Parlimen Pulai mengambil peluang yang terbentang luas itu untuk mencuba nasib di dalam bidang penternakan lintah.

Projek usahasama yang dimulakan sejak 10 bulan lalu itu disertai 80 peserta dengan hampir 120 tong lintah.

Melalui usahasama sebegini, projek dapat dilaksanakan pada skala besar di mana penglibatan ramai individu membolehkan modal besar dapat dikumpul untuk melaksanakan projek tersebut.

Pengurus Gemilang Agrotech, Mohd. Shahrom Rahman, 38, berkata, hasil pertama ternakan lintahnya itu akan dijual pada Januari depan.

Katanya, setiap sekilogram (kg) lintah akan dijual dengan harga RM50 dan lintah daripada syarikatnya mendapat pasaran di Pahang dan Johor.

Para peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1,500 sebagai modal dan pihaknya akan menyediakan khidmat nasihat selain penjagaan ternakan.

Kebanyakan peserta di sini akan 'melawat' ternakan mereka pada hujung minggu. Pada waktu itu mereka akan memastikan ternakan mereka sihat dan melihat perkembangannya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

1 comments:

Anonymous,  December 11, 2008 at 6:32 PM  

Assalamu'alaikum ..

nama saya Mohamed Firdaus dari Johor Bahru..

saya amat berminat untuk mengetahui dgn lebih lanjut lagi berkenaan dengan projek tanaman lintah yg dijalan kan oleh gemilang agrotech ini..

bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenainya??

harap sesiapa yg ada maklumat boleh tolong e-mail kpd saya di alamat mohamedfirdaus.89@gmail.com
atau hubungi saya di talian 012-7251289

terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::