Syarikat Percetakan
(Post: Bahasa Melayu)
"Beliau percaya hanya melalui kerja keras, penderitaan, kesungguhan dan kegigihan dapat merealisasikan impiannya itu."
Sebut sahaja Percetakan Surya, pasti terbayangkan raut wajah Sabdin Osman, 73, sambil dikelilingi anak-anaknya yang juga teman sekerja paling rapat beliau, sekali gus penggerak kepada syarikat yang beliau tubuhkan sejak 30 tahun dulu.
Pemilik dan juga Pengerusi syarikat itu, Sabdin bermula sebagai peniaga kecil-kecilan dengan modal wang simpanan sendiri yang berjumlah RM100.
"Saya mula membuat perniagaan percetakan ini dengan modal sendiri dengan mengusahakannya di rumah secara tradisional menggunakan sebuah mesin cetak tangan."
Mengenai sejarah awal penglibatan Sabdin dalam industri itu, katanya, dia sanggup menjadi budak suruhan oleh pemilik tempat kilang percetakan ketika bekerja sambilan semata-mata mahu menimba ilmu.
"Pada waktu itu, satu sahaja niat saya iaitu membuka sebuah syarikat percetakan sendiri. Alhamdulillah, pada hari ini, akhirnya saya boleh berbangga dengan kejayaan ini," katanya.
Selepas puas menimba ilmu dan pengalaman, beliau tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan segera memulakan perniagaan itu secara kecil-kecilan, bermula di rumah dan kemudiannya menyewa sebuah kedai di Bukit Beruang.
Katanya, kesusahan hidup yang dialami sebelum ini mengajar beliau untuk sentiasa mengamalkan budaya berjimat cermat walaupun sudah bergelar seorang usahawan berjaya.
"Kita tidak harus gentar pada persaingan kerana itulah yang menjadi pendorong untuk untuk kita terus berusaha."
Sumber: Utusan Malaysia Online
0 comments:
Post a Comment