ATTENTION !!!

Saturday, November 1, 2008

Ayam Kampung Organik

(Post: Bahasa Melayu)
"Saya berasa bertanggungjawab untuk menyediakan makanan yang halal untuk semua orang khususnya yang beragama Islam kerana ia penting dalam memupuk kesejahteraan ummah."

Bagi kebanyakan pengusaha projek pertanian, mencongak keuntungan tentunya menjadi keutamaan, tetapi lain pula bagi seorang doktor perubatan yang menceburi bidang penternakan ayam kampung.

Baginya, apa yang menjadi keutamaan kini ialah menawarkan produk yang sihat dan halal kepada pengguna.

"Ini merupakan fardu kifayah yang menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam," kata Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja.

Bagi mencapai impiannya, beliau memperkenalkan pendekatan makanan organik untuk ternakannya, agar menjamin ia bebas daripada bahan kimia.

Beliau juga menubuhkan syarikatnya Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn. Bhd. bagi memudahkan projek ternakannya diurus secara tersusun dan memenuhi matlamatnya terbabit dalam perniagaan.

Beliau menggunakan makanan ayam yang dihasilkan daripada ekstrak herba seperti kunyit, halia, limau purut yang mengandungi antioksida dan pada masa sama tidak menggunakan antibiotik dan bebas hormon.

Hasilnya, ayam yang diternak hanya makan makanan organik dan bebas bahan kimia.

Kini, produk makanan hasil ternakannya sudah berada di pasaran dengan jenama Al Mumtaz dan dikeluarkan dalam bentuk sosej, bebola dan burger selain jualan segar.

Bagi melengkapkan lagi matlamatnya untuk mengembangkan industri makanan halal ,beliau juga menawarkan perniagaan berkonsepkan francais kepada mereka yang berminat.

Selaku francaisor, pihaknya akan membeli semua ayam yang dipelihara dengan harga antara RM14 dan RM18 seekor.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::