ATTENTION !!!

Sunday, November 23, 2008

Popfolio.net

(Post: Bahasa Melayu)
"Selagi mereka bergelar artis atau pemuzik dan mempunyai karya asli sendiri untuk dipromosikan, mereka boleh menggunakan perkhidmatan Popfolio.net."

Ketika banyak pihak bimbang dengan gejala perkongsian fail di internet yang mengakibatkan penggiat muzik sukar 'mencari makan', Hardesh Singh, 31, melihatnya sebagai peluang 'membuat duit'.

Sikap inovatif dan kepekaan diri melayakkan Hardesh bergelar usahawan dalam bidang muzik.

Hardesh adalah pengasas Popfolio.net iaitu sebuah laman web yang menjadi platform memperkenalkan muzik dan pengedaran widget (kod boleh-alih yang boleh dipasang dan dimainkan dalam mana-mana laman web oleh pengguna tanpa memerlukan kompilasi tambahan).

"Sebagai usahawan muzik, saya sudah mengikuti pembangunan dalam industri muzik sejak beberapa tahun lalu."

Melalui pemerhatian dan pengalaman dalam bidang tersebut, telah meyakinkan Hardesh bahawa wujudnya potensi besar dalam bidang yang diceburinya ini.

"Saya sedar cabaran yang wujud dengan kemunculan teknologi dan juga kepayahan syarikat rakaman memastikan mereka terus relevan dalam dunia yang pantas berubah."

"Di Popfolio, kami menyediakan platform membenarkan pengguna memperoleh lagu kegemaran dan pada masa yang sama, menyalurkan keuntungan kepada pemilik karya."

Syarikat yang diterajuinya ini turut menghasilkan program televisyen internet yang antara lain menjadi landasan memasarkan karya hiburan.

Sumber: Berita Harian Online
Foto:
web Popfolio

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::