ATTENTION !!!

Monday, November 24, 2008

Naim Gulai Sembilang

(Post: Bahasa Melayu)
"Bermula kira-kira tiga hingga empat kilogram ikan sembilang sehari, kini jumlahnya meningkat antara 15 hingga 20 kilogram sehari."

Di Tanjung Dawai (Kedah) kini terdapat lebih 20 gerai dan restoran yang menyajikan makanan laut dengan menu tidak begitu banyak berbeza.

Namun, bagi pasangan suami isteri, Md. Ibrahim Hashim, 46, dan Zarina Bakar, 44, mereka memilih kelainan untuk menyajikan masakan laut agar dapat bersaing dengan gerai-gerai yang lain.

Menu pilihan mereka ialah masakan istimewa gulai ikan sembilang.

Gerai milik mereka, Naim Gulai Sembilang, terletak berdekatan Dewan Komuniti Bestari Kampung Sungai Pial, kira-kira 3 kilometer sebelum sampai ke pekan Tanjung Dawai.

Keenakan isi sembilang segar membuatkan gulai tersebut menjadi bertambah istimewa dan mampu menarik ramai pelanggan ke situ.

"Gulai ikan sembilang yang dimasak oleh kami akan dimasukkan ke dalam claypot dan dihidangkan dalam keadaan mendidih kepada pelanggan. Ini menjadikan ia cukup menarik terutama kepada para pelanggan yang mementingkan hidangan makanan panas-panas."

"Sejak itu, pelanggan masuk ke kedai tidak putus-putus dan menjadikan gulai kami cukup popular di kalangan pengunjung Tanjung Dawai." katanya.

Promosi dari mulut ke mulut oleh pelanggan yang pernah merasai sendiri keenakan gulai ikan sembilang ini turut membantu menarik lebih ramai pelanggan baru.

Ternyata sekali bahawa pilihan untuk menjual menu masakan yang lain dari yang lain adalah amat tepat dan telah berjaya menambat selera pelanggan.

CONTACT INFO:
Telefon: 019-4756548 (Md. Ibrahim) atau 019-5275014 (Zarina)

Sumber: Utusan Malaysia Online

Bookmark and Share

2 comments:

mancai November 24, 2008 at 1:48 AM  

hi,
teringat zaman kecik2 dulu...merajuk ngan mak kalau tak gulai ikan semilang ni... terima kasih dengan blog ni banyak memberikan idea dan pengalaman...

Panduan Clickbank November 24, 2008 at 4:00 PM  

Ikan sembilang memang favourite sy.
tgh bayangkan rasa dia jap... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::