ATTENTION !!!

Showing posts with label pengiklanan. Show all posts
Showing posts with label pengiklanan. Show all posts

Saturday, October 2, 2010

Jana Pendapatan Bersama Nuffnang

(Post: Bahasa Melayu)
" Sebut sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina. "

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan."

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat."

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik."

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

Menjana pendapatan

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu RedMummy.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini."

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee."

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu ProudDuck.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu SayeSayangIz. Bagaimanapun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.

"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh."

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, April 13, 2010

Portal Pengiklanan Ads4bucks Network

(Post: Bahasa Melayu)
" Cita-cita asalnya sejak di bangku sekolah ialah menjadi anggota tentera. Mungkin disebabkan pengaruh ayahnya yang bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pada waktu itu tidak terlintas langsung di fikirannya untuk bergelar usahawan berjaya. "

Menceritakan kembali sejarah hidupnya yang disifatkannya sebagai kelam kabut, Ameer Noraizeedin Abdul Wahab, 40, berkata pembabitannya dalam dunia perniagaan dan kejayaannya hingga mampu memiliki syarikat sendiri berlaku tanpa dirancang.

Menurutnya Ameer, selepas tamat darjah enam di Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin, Johor Bahru, dia meneruskan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Anglo (ACS) Ayer Tawar, Perak dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Ambrose di daerah sama dari tingkatan empat hingga lima.

"Selepas mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1986, saya terus memohon menyertai TLDM dan ditawarkan menghadiri temu duga."

"Namun pada masa sama saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Manjung, Perak dalam jurusan pengurusan perniagaan."

"Hati saya berbelah bagi sama ada mahu terima tawaran belajar atau meneruskan cita-cita bergelar tentera. Disebabkan permintaan ibu yang mahu saya sambung belajar, saya turutkan saja demi masa depan," katanya.

Tambah Ameer, oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang ketenteraan, dia menyertai badan beruniform Kesatria sewaktu di UiTM selama setahun sebelum menamatkan pengajian.

Selepas tamat belajar, dia menjadi jurujual di Ipoh dan Kuala Lumpur sebelum bekerja sebagai Pegawai Perniagaan Korporat di Arab Malaysian Insurans, Kota Bahru, Kelantan sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Saya berkahwin pada usia muda iaitu 21 tahun. Waktu itu pendapatan memang tak cukup. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang senang, saya punya prinsip sendiri iaitu suka berdikari."

"Tak lama selepas itu saya berhenti kerja dan menjadi ejen insurans sepenuh masa. Risiko waktu itu memang tinggi sebab pendapatan kita bergantung pada pembelian insurans daripada orang ramai. Jika tiada pelanggan, tiadalah pendapatan."

"Kehidupan saya agak sukar pada waktu itu kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak tiga. Saya juga pernah menjual keropok ikan di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung kehidupan selepas berkahwin dua tahun," katanya.

Dalam usaha mengubah kehidupan supaya lebih berjaya, Ameer membuat tindakan drastik yang kemudian menjadi titik perubahan besar dalam kamus hidupnya iaitu berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengikut jejak langkah adik perempuan yang berkahwin dan tinggal di sana.

"Saya ke AS tanpa tujuan khusus. Untuk ke sana bersama anak dan isteri, saya menjual kereta dan rumah untuk beli tiket."

"Sewaktu mahu pergi, pelbagai halangan dilalui hinggakan saya terpaksa pergi berjumpa sendiri orang atasan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membolehkan saya sekeluarga pergi ke sana."

"Akhirnya, dengan segala usaha serta kekuatan yang ada, saya sampai juga dan tempat pertama dituju adalah rumah adik untuk sementara waktu," katanya.

Hari pertama di AS, Ameer memulakan kerja sebagai pelayan di restoran makanan segera Burger King di bandar Vichita. Tidak terhenti setakat itu, dia turut bekerja sebagai pencuci pejabat, sekolah dan premis perniagaan.

Yang pasti, kehidupan di negara orang banyak mengajarnya erti kesusahan dan hidup lebih berdikari.

Ameer berkata, disebabkan tidak mahu terus bekerja menghidangkan daging babi di restoran makanan segera itu, dia bekerja di restoran 'Passage To India' milik orang India selama empat bulan.

"Namun timbul masalah lain pula. Majikan saya panas baran. Jika ada perselisihan faham sedikit, pisau menjadi penyelesaian. Memikirkan keselamatan diri, saya berhenti kerja dan kembali bekerja di restoran makanan segera."

"Kali ini rezeki saya lebih baik kerana diberi kepercayaan untuk menjadi pengurus stor dan pendapatan yang diterima lumayan," katanya.

Bagaimanapun, atas semangat ingin berdikari yang membuak-buak selain mahu menumpukan lebih perhatian kepada anak yang sudah remaja, Ameer membuat keputusan berhenti kerja dan berniaga kecil-kecilan di rumah dengan menjual nasi lemak dan kuih muih.

"Pelanggan saya adalah pelajar yang menetap di sekitar tempat tinggal dan mereka sangat menggemari makanan dari Malaysia."

"Tidak lama selepas itu saya terfikir, sampai bila harus berada di negara orang. Hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lantas, saya kembali ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata, untuk mengelak menganggur dia bekerja semula di syarikat lama dalam bidang insurans sebelum seorang rakan mengajaknya membuka perniagaan yang berkonsepkan e-dagang menerusi Internet.

Daripada situ, lahirlah Ads4bucks Network Sdn Bhd pada November 2008 yang memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan melalui komisyen dan biarpun tidak sampai dua tahun beroperasi, syarikat itu kini berkembang maju dengan lebih 20 kakitangan dan hampir 40,000 ahli di seluruh negara.

"Sambutan diterima sangat menggalakkan. Saya membuka perniagaan ini tanpa modal tetapi banyak tenaga dan pengorbanan perlu dilakukan. Mungkin ramai menganggap perniagaan ini seperti Multi Level Marketing (MLM) atau skim cepat kaya."

"Hakikatnya syarikat ini menjalankan perniagaan berasaskan penjualan produk portal pengiklanan, di mana objektif utamanya ialah membina portal pengiklanan yang popular."

"Ia juga bakal mewujudkan komuniti usahawan yang mempunyai ilmu untuk mengembangkan perniagaan masing-masing melalui internet sebagai satu cara pemasaran," katanya.

Menurut Ameer, paling penting dalam perniagaan adalah kesungguhan, tidak cepat putus asa dan buang perasaan hasad dengki yang sinonim dengan masyarakat Melayu.

"Kadangkala dalam hidup, kita perlu mengambil risiko untuk menjadi lebih berjaya dan optimistik," katanya.

Sumber: myMetro

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Tuesday, December 1, 2009

Invite Media

(Post: English)
"Nat Turner and Zach Weinberg came up with the idea for Invite Media, a buying platform for online display media, while undergrads at Wharton."

Drawing on Turner's experience as an intern at VideoEgg, where he came up with an idea to help the firm sell its excess inventory, the duo launched the company in 2007.

Turner calls the site a "Bloomberg machine for online media" that allows agencies to log in and buy advertising space on Web sites.

So far, Invite, which makes money by selling the ads, has landed $2.5 million in venture capital from First Round Capital and Genacast, and Turner says it is close to landing an additional $6 million from a Sand Hill Road firm.

Invite now has 25 employees, about 30 clients, and hopes to expand beyond online banner ads into other mediums such as online video.

Last year, the outfit was "pre-revenue" but expects to earn $5 million to $10 million in 2009 and turn profitable by the first quarter of 2010.

INFO:
The Company: Invite Media
What It Does: Online advertising buying platform
Founders: Nat Turner, 23; Zach Weinberg, 23; Scott Becker, 23; and Michael Provenzano, 23
Based: Philadelphia

Source: BusinessWeek

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Wednesday, November 25, 2009

Ribbit Films

(Post: English)
"My advice to others, when you're talking about something people haven't seen before, it's hard for them to envision. So wherever you can, show them rather than tell them."

I was working as a photographer for an ad agency when a retailer came to us in a hurry wanting a video clip of a couple being cuddly.

I suggested we find a place that could sell us the footage without a background. Turns out, there was no such place.

I immediately saw how we could build an online library of moving images that could be superimposed on any backdrop.

So we started shooting clips of iconic moments: three seconds of a soccer kick, a home-run swing, a handshake.

My greatest challenge?
I knew I'd have to educate designers about our services. That's where I got stuck. I'd tell them what we did and they'd say, "Why would we want that?"

Using our clips (which cost $299 each) was like wearing a pink shirt to work: Nobody would do it until they saw others doing it.

How I overcame it:
I put footage in people's hands. I sent potential clients a disk of our work and put free clips on our Web site that people could download and play with.

They could put the soccer player in outer space if they wanted. Pretty soon people were asking, "Where have you been?"

INFO:
Name: Navarre Joseph
Age: 37
Started: 2004

Business: Ribbit Films, a New York City company that provides stock video footage for use in ads and promotions

Annual revenue: $900,000

Source: CNNMoney

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::