ATTENTION !!!

Showing posts with label buffet. Show all posts
Showing posts with label buffet. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Restoran Kelantan Delights

(Post: Bahasa Melayu)
" Mereka yang menggemari keenakan sajian negeri Cik Siti Wan Kembang seperti nasi kerabu atau nasi dagang, Restoran Kelantan Delights boleh menjadi lokasi sesuai untuk berbuka puasa. "

Lokasi yang terletak di Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur amat strategik untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang bekerja di kawasan sekitarnya.

Tarikan utama bufet Ramadan pada tahun ini pastinya lauk pauk dan manisan dari Kelantan. Menariknya, seleksi hidangan yang tidak terlalu banyak tetapi eksklusif membuatkan anda lebih mudah untuk memilih lantas menikmatinya.

"Menu kami sentiasa bertukar. Setiap hari sebanyak 12 aneka pilihan boleh dicuba. Juadah utama yang menjadi permintaan pelanggan setia ialah nasi kerabu dan nasi dagang."

"Kalau dua menu ini tidak ada, memang pengunjung akan tertanya-tanya. Jadi saya ambil keputusan untuk mengekalkan menu tersebut sepanjang Ramadan," jelas Pengerusi Eksekutif Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah.

Dalam pada itu, Kelantan Delights turut tidak lupa untuk menghidangkan pengunjung dengan menu popular dari negeri lain.

Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mahu menikmati kedua-dua nasi tersebut tidak perlu bimbang. Ini kerana lauk pauk lain seperti ayam masak lemak cili api, ayam goreng rempah, siakap sambal, udang sambal dan ikan bakar disediakan untuk dimakan bersama nasi putih.

Tambah membangkitkan selera apabila anda boleh menikmati seleksi mi, bihun dan kuetiau sup. Uniknya, sup tersebut menggunakan ramuan rebusan tulang lembu.

Restoran yang turut menyediakan ruang makan ala kampung seperti sudut bersila dibuka sehingga pukul 9 malam. Selain itu, bagi anda yang ingin menikmati panorama indah kota Kuala Lumpur boleh memilih berbuka di ruang luar.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, September 2, 2010

Buffet Restoran Said Ali

(Post: Bahasa Melayu)
" Bagi mereka yang mahu membawa seisi keluarga untuk berbuka puasa di luar, tetapi masih tercari-cari harga bufet yang berpatutan apa kata berkunjung ke Restoran Said Ali di Jalan Rampai Niaga, Rampai Bussiness Park, Setapak. "

Restoran itu yang dibuka lebih setahun lalu menawarkan bufet untuk berbuka puasa pada harga di bawah RM20.

Menurut pemiliknya, Noor Azima Said, 21, setiap hari pelanggan akan dihidangkan dengan 12 menu yang akan diubah setiap hari.

"Antara menu yang disediakan ialah gulai kawah, ayam cili api, ikan keli berlada, sayur fatt choi, tempe goreng, kerang dan pelbagai lagi."

"Semua menu ini akan bertukar setiap hari. Selain nasi, pelanggan yang tidak mahu menjamah makanan berat, boleh mencuba mi kari, laksa dan lontong," katanya.

Tidak ketinggalan juga hidangan pencuci mulut seperti buah-buahan, bubur nasi, bubur biji nangka, kuih sagu dan sebagainya.

Malah, jika ada pelanggan yang tidak mahu berbuka puasa secara bufet, Restoran Said Ali turut menyediakan hidangan ala carte.

Pelanggan yang memilih menjamu selera secara ala carte disarankan mencuba hidangan istimewa Said Ali iaitu tom yam pok tek, siakap tiga rasa, kerabu udang dan tom yam Said Ali yang lazat.

Tom yam Said Ali dimasak dengan susu cair dan mengandungi pelbagai makanan laut.

Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM10 bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, dewasa RM19.90, manakala kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah percuma.

Memandangkan restoran tersebut hanya boleh memuatkan 120 orang pada satu-satu masa, mereka yang berminat membawa rombongan ke sana dinasihatkan membuat tempahan.

Bagi yang datang menjamu selera bersama 10 orang, individu yang ke-11 akan menikmati sajian secara percuma.

Sumber: Kosmo! Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::