ATTENTION !!!

Showing posts with label bakul. Show all posts
Showing posts with label bakul. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Keranjang Bambu

(Post: Bahasa Indonesia)
"Dia membuka usaha di Jalan Puyuh. Selain menambah penghasilan, juga membuka lapangan pekerjaan, terutama bagi ibu rumah tangga. Bambu yang dibeli dari daerah Ambawang dan Tayan."

Biasanya ia membeli sebanyak 2,000 - 5,000 batang. Bambu diolah menjadi keranjang bambu yang banyak digunakan pengusaha buah, nelayan dan para petani sayuran. Keranjang itu digunakan untuk membawa hasil usaha dalam jumlah besar.

Dia mempunyai 10 karyawan. Salah satunya bernama Iwan. Dia karyawan kepercayaan Ali, untuk menjalankan usahanya. Semua kegiatan kerja diserahkan sama Iwan. Usaha itu sudah berdiri selama tujuh tahun.

Setelah keranjang bambu jadi, biasanya para pengusaha buah, nelayan, petani sayuran langsung datang untuk membeli. Ada juga orang dari Malaysia yang membeli, tapi untuk sekarang sudah tidak pernah lagi.

Dalam satu hari, keranjang yang dihasilkan sebanyak 135 buah. Waktu yang diperlukan untuk menganyam satu keranjang bambu selama 15 menit.

Harga satu keranjang Rp 6,000, untuk ukuran 50 kg. Dalam satu hari, bambu yang dijadikan untuk keranjang sebanyak 30 batang.

Satu orang karyawan bisa menghasilkan keranjang sebanyak 20 per hari. Pendapatan yang dihasilkan juga tidak menentu. Tergantung jumlah pesanan.

Dalam satu bulan keranjang yang terjual sebanyak 500 buah, maka pendapatannya bisa mencapai Rp 3,000,000 per bulan.

Pendapatan tergantung musim. Kalau musim buah, pendapatan bisa lebih besar dari penghasilan tiap bulan, karena jumlah pesanan bisa banyak sekitar 1,000 - 2,000 keranjang.

Ia menyewa lahan tempat usaha Rp 5,000,000 per tahun.

Selain menjual keranjang bambu, dia juga menjual bambu harga yang dijual Rp 2,000 - 5,000 per batang.

"Semenjak menjelang pemilu, bambu banyak digunakan untuk mendirikan baliho dan umbul-umbul parpol," kata Iwan.

Semenjak menjelang pemilu pendapatan satu bulan dari bambu saja bisa mencapai Rp 3,000,000 per bulan. Jadi, banyaknya parpol sekarang, banyak pula yang membeli bambu dari sana.

Adanya usaha ini bisa dirasakan karyawan, bernama Yusniar. Usaha ini bisa membantu suaminya dalam memenuhi kebutuhan sehari-hari. "Daripada di rumah tidak bisa mendatangkan uang," katanya.

Waktu yang diperlukan untuk bekerja, juga tidak lama dari pukul 8.00 - 15.00 Wib.

"Kerjanya santai dan banyak teman. Selesai kerja saya bisa berkumpul lagi dengan keluarga dan melakukan aktivitas sebagai ibu rumah tangga," katanya.

INFO:
keranjang = bakul

Sumber: Borneo Tribune
Foto:
blog Andreas Harsono

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Thursday, August 20, 2009

Baju dan Bakul Kucing

(Post: Bahasa Melayu)
"Mengujakan dan semuanya bagai tidak terduga apabila melihatkan bakul kucing yang berhias indah dihasilkan daripada jalinan rotan, manakala 'rumahnya' yang lazimnya diperbuat daripada besi, diubah ke dalam bentuk yang lebih bersifat semula jadi menggunakan rotan dan ukiran kayu penuh seni."

Bagi sesetengah orang, aksi si comel mungkin menjadi bahan melucukan tetapi bagi kakitangan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan, Promosi Kraf Malaysia 2009 diharap dapat mencetuskan idea dan inspirasi kepada usahawan kraf tempatan dalam usaha mempromosi serta memasarkan produk keluaran mereka.

Pereka fesyen yang bertanggungjawab mereka cantingan batik dan gaun untuk digayakan 100 kucing baka baik milik ahli Persatuan Kucing Beragam Malaysia (MCFA), Zaihasrina Zainal Abidin,23 , berkata melukis dan menjahit gaun batik untuk kucing dijelmakan berdasarkan idea daripada Kraftangan Malaysia.

Menurutnya, melalui rundingan bersama pemilik kucing terbabit dan kakitangan Kraftangan Malaysia, dia diberitahu Pertunjukan Fesyen Beragam Kucing bertemakan batik adalah yang pertama kali dianjurkan persatuan kucing di negara ini.

"Jadi boleh dikatakan ini kali pertama kita dapat melihat kucing bergaun batik lukis kerana kebiasaannya yang berbaju batik ialah manusia," katanya yang berganding bahu bersama kakaknya, Zaihasra, 25, yang juga seorang pereka tekstil.

Setiap pasang gaun batik lukis yang dihasilkan dijual pada harga antara RM75 hingga RM500 sepasang, bergantung pada material sama ada kain sutera, linen atau kapas. Malah, setiap pasang gaun didatangkan bersama aksesori comel seperti topi, sarung kaki dan sarung tangan.

Selain itu, terdapat juga tempat tidur kucing yang dihasilkan daripada anyaman rotan dan buluh serta dilapik dengan timlam empuk dan dihiasi dengan tirai.

Pelatih Kraftangan Malaysia Simpang Pertang, Jelebu, Zulkifli Md Yusuf, 37, berkata idea segar yang diutarakan Kraftangan Malaysia dalam menghasilkan produk kraf khusus untuk kucing sememangnya mendapat sambutan ramai.

"Ramai berminat mendapatkan bangsal kucing diperbuat daripada buluh dan rotan kerana rekaan yang dihasilkan unik, malah buluh juga menyerap suhu sejuk pada waktu malam dan membebaskannya pada siang ketika cuaca panas sekali gus memberikan keselesaan kepada kucing berbanding penggunaan bangsal besi," katanya yang banyak menghasilkan bangsal kucing berbentuk rumah tradisional Minangkabau, selain diselit kayu bermotif ukiran Melayu.

Pemilik Malina Kraf, Abdul Manaf Dahlan, 49, dari Kampung Cuai Hilir, Rembau, berkata pertama kali diminta menganyam bakul rotan untuk kucing, dia seakan-akan sukar menerima permintaan itu.

"Selepas menghasilkan tujuh rekaan bakul kucing siap dengan tilam dan hiasan, timbul kepuasan, malah apabila diletakkan kucing baka baik yang mahal harganya, saya rasakan bakul buatan tangan yang dihasilkan nampak setaraf dan sesuai dengan kucing berkenaan," katanya yang memasarkan bakul kucing pada harga minimum RM250 seunit bergantung kepada anyaman dan bentuk bakul.

Menurut Ketua Pengarah Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Mat Rasul Sidek, lebih membanggakan ialah apabila bakul kucing yang juga produk kraf buatan Negeri Sembilan sebenarnya sudah menempa pasaran luar negara apabila turut dibawa ke pasar raya terkemuka, Harrods di London pada Disember lalu.

"Jika di pasaran tempatan, harga untuk setiap bakul sekitar RM200 tetapi selepas dibawa ke sana, harganya mencapai RM1,000 setiap satu," katanya.

Namun, kata Mat Rasul, kucing baka baik yang dibela penggemar kucing mahal harganya, malah ada yang mencecah RM25,000 memberikan bayangan baik kepada industri kraf bercirikan kucing.

"Jika mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kucing, mereka juga tentunya mahukan sesuatu yang unik dan setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan. Justeru, produk berupa bakul rotan, gaun batik dan aksesori kucing dihasilkan pengusaha kraf tempatan mampu memberikan keunikan dan keselesaan yang mereka cari selama ini," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share

Monday, February 16, 2009

Kraftangan Dari Bahan Buangan

(Post: Bahasa Melayu)
"Berkat kegigihan dan sentiasa memanfaatkan bahan buangan, Saodah sekeluarga memperoleh pendapatan agak lumayan apabila hasil kraf tangan tersebut mendapat sambutan baik daripada orang ramai termasuk dari Singapura."

Seorang suri rumah, Saodah Sujak, 60, dari Kampung Parit Tengah, Sri Gading, Batu Pahat, Johor, menjadi contoh kepada wanita tempatan apabila mengusahakan industri kraf tangan secara kecil-kecilan daripada bahan buangan termasuk akhbar lama di rumahnya sejak 10 tahun lalu.

Menurut Saodah, selain akhbar lama, beliau turut menghasilkan kraf tangan daripada bahan plastik, kelapa, polestrin dan daun getah.

Katanya, antara yang dihasilkan adalah pokok dan daun bunga, pasu, bakul telur dan pelbagai cenderamata.

"Kesemua barang ini dibuat berdasarkan tempahan pelanggan dan boleh disiapkan antara dua hingga enam bulan," katanya.

"Harganya bergantung kepada sesuatu barang iaitu antara 60 sen hingga RM300 setiap satu."

Menurutnya, bagi bakul telur yang dibuat daripada akhbar lama untuk majlis perkahwinan, beliau mampu menyiapkan sebanyak 1,000 buah dalam masa dua bulan dengan harga 60 sen sebuah.

Saodah memberitahu, pengetahuan asas mengenai kraf tangan itu diperoleh daripada Kemas dan Risda yang kemudian dikembangkan mengikut daya kreativiti diri dan anaknya.

"Kedua-dua agensi ini banyak memberi sokongan termasuk membawa hasil kraf tangan kami ke beberapa pameran peringkat negeri dan kebangsaan," katanya.

Menurutnya, dia bersedia mengembang atau membesarkan industrinya itu pada masa akan datang jika mendapat bantuan dan sokongan daripada beberapa agensi kerajaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Read More ->>>
Read more...
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::