Tart Nenas Bakul La Nora
(Post: Bahasa Melayu)
"Lebih membanggakan Shaharom, syarikatnya kini telah berjaya menembusi beberapa pasaran dari luar negeri selain memasarkan produknya di pasar raya besar di sekitar Lembah Klang."
Tart nenas bakul mempunyai keunikan tersendiri dari segi reka bentuk dan rasanya yang cukup menyelerakan.
Proses penghasilan tart nenas bakul memerlukan kesabaran dan ketelitian yang cukup tinggi bagi memastikan kualiti penghasilannya terjamin.
Menurut pengusahanya, Shaharom Shamsuddin, 45, dia dan isterinya mula mengusahakan tart nenas bakul pada awal tahun lalu melalui syarikat mereka, La Nora Enterprise dalam usaha mempelbagaikan produk yang sedia ada.
Kuih itu hanya dihasilkan untuk musim perayaan kerana ketika itulah tempahan daripada orang ramai begitu menggalakkan.
"Tart nenas bakul ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan orang ramai selain usaha syarikat kami untuk mempelbagaikan produk dan secara keseluruhannya ia mendapat sambutan yang sangat baik daripada individu, syarikat swasta, pasar mini dan pasar raya," katanya.
Dalam masa sebulan, syarikatnya hanya mampu mengeluarkan kira-kira 36 balang yang mengandungi 20 biji tart nenas bakul kerana tenaga kerja yang terhad walaupun menerima tempahan yang banyak.
"Saya berharap produk yang dihasilkan oleh syarikat kami dapat menembusi pasaran antarabangsa dalam masa terdekat."
Sumber: Utusan Malaysia Online
1 comments:
wah menariknya... terimakasih di atas post ini... saya juga dalam usaha untuk mengeluarkan tart nenas di Perlis
Post a Comment