ATTENTION !!!

Sunday, May 22, 2011

Program ICT Mall di Cap Square

(Post: Bahasa Melayu)
" Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) akan melancarkan program ICT Mall@Cap Square antara Julai dan Ogos ini, sekali gus membolehkan ahli persatuan itu menyewa 90,000 kaki persegi (8361.3 meter persegi) ruang niaga di pusat beli-belah Cap Square di ibu negara pada harga jauh lebih rendah berbanding tempat lain. "

Presidennya, Shaifubahrim Mohd Salleh berkata, sehubungan itu, pihaknya menjangkakan pembabitan sekurang-kurangnya 300 ahli Pikom untuk menjadi penyewa di pusat beli-belah itu.

"Program ini ditawarkan khusus untuk ahli Pikom saja. Menerusi program ini, peserta atau peniaga boleh menyewa tapak niaga pada harga serendah RM2.50 sekaki persegi sehingga RM8.50 sekaki persegi."

"Dengan erti kata lain, program ini akan menjadikan keseluruhan pusat beli-belah Cap Square sebagai satu lagi pusat jualan barangan berkaitan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi)," katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Cap Square untuk membolehkan pusat belai-belah itu disewa bagi program ICT Mall@Cap Square untuk tempoh sembilan tahun.

Dalam perkembangan lain, Shaifubahrim berkata, Pikom mengunjurkan nilai dagangan keseluruhan sebanyak RM150 juta untuk tiga liga penganjuran Pikom PC Fair 2011.

"Bagi setiap kitaran, kami menjangkakan mampu mencatat RM50 juta. Pameran ini menyediakan peluang bukan saja kepada penjual untuk memperkenalkan produk baru, malah pengguna dapat memiliki pelbagai produk ICT pada harga berpatutan," katanya.

Menurutnya, sempena ulang tahun Pikom ke-25, Pikom menyediakan peruntukan RM300,000 untuk hadiah dan cenderamata kepada pengunjung melalui cabutan bertuah.

"Setiap pemenang layak untuk cabutan utama pada pusingan akhir PC Fair 2011 pada Disember nanti dengan hadiah sebuah kereta Mazda 2 menanti pemenang. Untuk keterangan lanjut, layari web Pikom," katanya.

Sumber: myMetro

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::