ATTENTION !!!

Monday, January 4, 2010

City Kiosk 1Malaysia

(Post: Bahasa Melayu)
"Konsep Satu Malaysia bakal dipromosikan melalui pembinaan 'City Kiosk 1Malaysia' iaitu konsep perniagaan makanan tempatan berbilang kaum di Malaysia, kata Pengerusi City Kiosk One Malaysia Sdn Bhd, Datuk Muhammad Adam Abdullah, syarikat yang akan membina kiosk itu."

Buat permulaan, beberapa kiosk akan dibangunkan di sini pada awal tahun depan, katanya, sambil menyatakan bahawa pembinaan kiosk itu akan dibangunkan secara usaha sama antara City Kiosk One Malaysia dan Pico International (M) Sdn Bhd.

Muhammad Adam berkata, beliau yakin pendekatan City Kiosk One Malaysia akan menjadi platform untuk mempromosikan makanan tempatan Malaysia di samping membantu menjayakan gagasan Satu Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - yang menekankan perpaduan kaum.

"Konsep perniagaan ini adalah tanggung jawab kami sebagai pihak swasta untuk menjayakan misi dan visi kerajaan di samping dapat membantu peniaga kecil untuk berniaga dalam satu suasana yang lebih canggih dan kondusif."

"Kami akan membangunkan City Kiosk ini di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dengan pembiayaan sendiri yang menggayakan reka bentuk Satu Malaysia. Kiosk ini akan menampilkan keistimewaan pendekatan Satu Malaysia," katanya.

Muhammad Adam berkata, kiosk itu akan mempunyai reka bentuk moden seperti di bandar raya negara maju dan beliau yakin ia akan memberikan satu impak yang cukup besar kepada kemajuan Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian usaha sama untuk membangunkan kiosk tersebut antara City Kiosk One Malaysia dan Pico International yang diwakili oleh Pengarah Urusannya Peter Teh dan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Eric Ho.

Mengikut perjanjian itu, Pico International, sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam bidang penjenamaan dan reka bentuk, akan membangunkan City Kiosk One Malaysia secara berperingkat di Kuala Lumpur.

"Kami akan mendirikan kiosk ini dengan kerjasama sektor swasta dan kerajaan, termasuk sokongan DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar serta Kementerian Pelancongan."

"Malah pemilik restoran juga boleh memperkenalkan konsep ini di restoran mereka," katanya.

Pihaknya, katanya juga sedang membuat kajian untuk mengembangkan konsep kiosk itu ke luar negara pada masa depan jika mendapat sokongan Kementerian Pelancongan.

Sumber: Berita Harian Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::