ATTENTION !!!

Wednesday, November 25, 2009

10 Tips Tambah Duit Poket

(Post: Bahasa Melayu)
"Kenaikan harga barang keperluan harian dan juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini memaksa orang ramai berjimat cermat ketika berbelanja."

Keadaan ekonomi di zaman sekarang ini menyebabkan semakin ramai yang berusaha mencari kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat.

Ini kerana jumlah gaji bulanan hanya sekadar mampu menyara kehidupan seharian sedangkan terdapat keperluan lain yang perlu dipenuhi seperti perbelanjaan persekolahan anak-anak, perubatan dan kos pengangkutan.

Oleh itu, di sini, Sahara Noon, Pengurus Pemasaran Avon Malaysia ingin berkongsi sepuluh idea menjana pendapatan yang mungkin dapat diaplikasikan bersama.

10 Tips Tambah Duit Poket:
(1) Menjadi wakil Avon:
- Dengan modal RM15 sahaja, Avon memberi peluang kepada anda untuk memulakan bisnes dan jadi bos sendiri.

- Anda boleh kerja dari rumah pada waktu yang fleksibel.

(2) Menjadikan hobi anda sebagai kerja sampingan:
- Ubah suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual.

(3) Memaksimum bakat menjahit atau membuat kuih:
- Mulakan bisnes anda dengan bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju atau membeli kuih dan kek anda.

(4) Bakat muzik:
- Kalau anda pandai bermain peralatan muzik, anda boleh mengajar dengan kadar RM30 sejam.

(5) Jika anda minat mengarang:
- Anda boleh jadi penulis sambilan atau penulis novel.

(6) Jualan garaj:
- Jual barang- barang lama yang tidak digunakan lagi.

(7) Tuisyen:
- Anda boleh memberi kelas tuisyen kepada pelajar sekolah berdekatan rumah anda.

(8) Sewa bilik di rumah:
- Jika anda ada bilik yang tidak digunakan, apa salahnya disewakan.

(9) Mendandan:
- Menawarkan perkhidmatan mendandan pengantin atau mereka gubahan hantaran perkahwinan.

(10) Mengasuh:
- Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-sahabat rapat.

Semoga tip yang diberikan dapat memberi ilham kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan.

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::