ATTENTION !!!

Monday, July 6, 2009

Minuman Penguat Minda RAUDHAH HERBS

(Post: Bahasa Melayu)
"Raudhah Herbs percaya kepada dunia perubatan dan konsep perniagaan Islam, dengan prinsip asas yang mudah, semua orang berhak mendapat taraf kesihatan yang baik."

Raudhah Herbs Sdn Bhd memperkenalkan produk terbaru keluarannya dalam penghasilan minuman penguat daya ingatan berbentuk paket.

Mengambil kira faktor kesihatan dan amalangaya hidup sihat, Raudhah Herbs ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah berkaitan kesihatan dan mendorong orang ramai mementingkan kesihatan tubuh badan.

Penghasilan minuman itu diiaplikasikan dalam bentuk moden, ringkas dan mudah dibawa ke mana saja bagi memenuhi keperluan kesihatan setiap isi rumah.

Minuman ini adalah gabungan herba semula jadi habbatus sauda bersama madu asli, kurma dan kismis, makanan sunnah perubatan serta penyembuhan herba terbaik di dunia.

Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan herba daripada keluarga Renonculacees berasal dari Laut Mediterranean. Ia dikenal pasti sebagai salah satu jenis herba punca sumber tenaga serta membantu merawat dan mencegah sebarang penyakit.

Madu pula diperakui penawar pelbagai penyakit zahir dan batin serta disyorkan menjadi makanan tambahan kerana khasiatnya bernilai tinggi.

Madu tidak mengganggu sistem penghadaman dan ia mudah dicerna oleh badan selain membekalkan tenaga dengan cepat.

Kurma mempunyai nilai zat makanan yang sangat bagus termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang cepat dicernakan tubuh.

Tidak perlu bimbang kemanisannya kerana gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap tubuh tanpa melalui proses yang panjang.

Kismis dapat memberikan kekuatan otak dan ingatan. Ia dipercayai unsur makanan kejiwaan yang baik kerana menenangkan sel saraf dan pelawas makanan paling berkesan.

INFO PRODUK:
1. Minuman Pati Pracampuran Kurma, Kismis dan Habbatus Sauda
- Ia membantu menyembuhkan pelbagai penyakit serta sumber penguat tenaga tubuh.
- Minuman ini membantu proses ingatan pembelajaran kanak-kanak dan meningkatkan daya tumpuan.

2. Minuman Pati Pracampuran Madu Asli dan Habbatus Sauda berperisa Pandan dan Strawberi
- Ia dirumus daripada madu tempatan dan herba terunggul selain campuran perisa pandan serta strawberi.
- Minuman itu memberi tenaga segera untuk pengguna yang sentiasa sibuk namun peka dengan keperluan kesihatan.

CONTACT INFO:
Hubungi Raja Azlan Raja Abdul Aziz di talian 013-3305134 atau 019-3305134

Email: azlan@raudhaherbs.com

Sumber: myMetro , web Raudhah Herbs

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::