ATTENTION !!!

Wednesday, June 10, 2009

Bihun Sup Abang Dan

(Post: Bahasa Melayu)
"Harga bagi semangkuk bihun sup Abang Dan adalah RM3 untuk bihun biasa manakala RM4 untuk bihun sup istimewa."

Setiap orang yang berkunjung ke pekan Simpang Empat, Perlis, tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kenikmatan Bihun Sup Abang Dan.

Keenakan bihun sup Abang Dan bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, bahkan ada pelanggannya yang berkunjung buat kali pertama ke Perlis akan datang semula ke gerainya semata-mata untuk menikmati bihun itu.

Setiap pengunjung yang datang ke gerai milik Azizan Puteh, 55, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati bihun sup daging lembu yang dicampur bersama organ dalaman seperti lidah lembu, perut, limpa dan hati.

Bahan-bahan lain yang terdapat dalam bihun sup Abang Dan termasuklah ubi kentang, selain sambal kicap untuk menambah selera pengunjung.

Azizan yang berpengalaman menjual bihun sup selama lebih 30 tahun itu berkata, beliau menggunakan daging lembu tempatan dan import sebanyak 30 kilogram sehari manakala organ dalaman pula kira-kira 20 kilogram.

Bagi orang ramai yang ingin berkunjung ke sana, mereka boleh menikmatinya pada bila-bila masa kerana ia dibuka setiap hari kecuali cuti umum dari pukul 3 petang hingga 10 malam.

INFO LOKASI:
Gerai Bihun Sup Abang Dan boleh dikunjungi di lokasinya yang terletak berdekatan lampu isyarat pekan Simpang Empat, Perlis.

Sumber: Kosmo! Online

Bookmark and Share

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Unique Visitors

More Ideas to Make Money

Business Blogs Entrepreneurship Blogs - SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2011 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::